Anwar Himpun Sarjana Selebriti Dalam Persidangan Balas Sidang Kl


FMT ReportersPersidangan International Unity in Diversity Conference 2020 akan diadakan pada 8 Jan ini. KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim menghimpunkan sekumpulan sarjana Islam yang dari segi teologi sejajar dengan Arab Saudi untuk satu persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur bulan ini, dalam apa yang dilihat sebagai respon pemimpin PKR itu kepada Sidang Kemuncak KL yang dijauhi Riyadh dan sekutu.

Penganjur utama persidangan International Unity in Diversity Conference 2020 adalah International Institute of Islamic Thought (IIIT), sebuah institut Islam yang berpangkalan di Amerika Syarikat di mana ahlinya termasuk ahli-ahli akademi universiti yang mempunyai kaitan dengan Anwar sejak dulu lagi.

IIIT, yang dipengerusikan Anwar, terpaksa ditutup sementara pada 2002 selepas siasatan pasca 9/11 oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung dakwaan berkaitan terorisme.

Institut itu, dipercayai didanai pembiaya-pembiaya Saudi, sudah lama dikaitkan dengan sarjana-sarjana yang bersimpati dengan Ikhwanul Muslimin, tetapi gerakan Islamis se-Arab dilihat sebagai “cabang progresif” Wahhabisme, fahaman Islam yang diamalkan di Arab Saudi.

“Tetapi Ikhwan dari segi teologi ditoleransi oleh elit Saudi Wahhabi. Mereka mungkin tidak berkawan dari segi politik, tetapi dari segi falsafah menentang sebarang pengiktirafan Iran Syiah sebagai komponen utama dunia Islam,” kata seorang bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kumpulan yang pernah diketuai Anwar sebelum diundang Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Umno pada awal 80-an.

Abim juga penganjur bersama persidangan 8 Jan, bersama Muslims Professional Forum (MPF), sebuah lagi jaringan yang dipengaruhi Ikhwan, yang dulu pernah dianggotai oleh bekas menteri pendidikan Maszlee Malik.

Persidangan itu, seperti Sidang Kemuncak KL juga bertemakan “isu-isu kontemporari Ummah”, akan menampilkan 4 speaker, termasuk anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang tidak menonjolkan diri sejak berundur daripada jawatan dalam PKR pada penghujung 2018.

Namun sumber memberitahu FMT bahawa selain Nurul Izzah akan keluar daripada hibernasi politik adalah 3 speaker lain adalah “orang-orang yang Anwar lebih selesa dampingi” berbanding orang-orang yang menghadiri Sidang Kemuncak KL.

Mereka termasuk Omar Suleiman, seorang warga Amerika Syarikat lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang kemudian mengasaskan sebuah badan pemikir Islam di Texas;
Nuruddin Lemu, anak kepada mufti besar Nigeria, Ahmed Lemu, yang menjalankan kursus latihan Islam berbayar; dan Yasir Qadhi, seorang warga AS berketurunan Pakistan lulusan Saudi, yang seperti Omar, sebahagian daripada yayasan pendidikan Islam berasaskan seminar, AlMaghrib Institute.

“Orang-orang ini adalah penceramah selebriti Islam. Tetapi apa yang menarik adalah ketiga-tiga orang itu pada satu ketika pernah terlibat sirkit ceramah Saudi,” kata sumber.

Persidangan ini diadakan tidak lama selepas Sidang Kemuncak KL bulan lalu, yang Mahathir teruskan walaupun Saudi rasa tidak senang hati.

Riyadh marah kerana Mahathir mengundang 3 pengkritiknya yang paling lantang: Turki, Qatar, dan Iran yang menghantar ketua negara masing-masing.

FMT sebelum ini melaporkan persidangan itu seolah-olah meminggirkan Anwar yang tidak tersenarai sebagai speaker walaupun beliau pernah melibatkan diri dalam gerakan Islam.

“Anwar lebih suka didampingi golongan salafi yang dikatakan progresif, terutama di sebalik perselisihan antara Saudi dan Qatar,” kata seorang bekas pemimpin Abim kepada FMT.

Sementara itu, sumber berkata ini bukan pertama kali Anwar membalas persidangan yang menampilkan Mahathir dengan persidangan lain.

“Dua minggu selepas Mahathir menghadiri Kongres Maruah Melayu pada Okt, Anwar juga menyertai persidangan lain tetapi bertemakan kepelbagaian,” katanya, merujuk kepada Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia pada 26 Okt tahun lepas.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/anwar-himpun-sarjana-selebriti-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Gesa Henti Sidang Anti Jawi

Anwar Gesa Henti Sidang Anti Jawi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 405 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dong Zong agar tidak meneruskan sidang anti jawi kerana dikhuatiri akan meningkatkan suhu politik dan kaum di negara ini Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini beliau ...
Jawi Pro Atau Anti Jangan Teruskan Sidang Kata Anwar

Jawi Pro Atau Anti Jangan Teruskan Sidang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 388 hits
BERITAAnwar Ibrahim menggesa penganjuran sidang berkaitan Jawi sama ada menolak atau menyokong tidak diteruskan Presiden PKR berkata beliau bimbang ia akan menghangatkan suhu politik dan kaum Justeru itu saya menggesa semua pihak termasuk D...
Batalkan Sidang Anti Tulisan Jawi Anwar

Batalkan Sidang Anti Tulisan Jawi Anwar

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 472 hits
Persidangan anti Jawi anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia yang dijadualkan akan diadakan Sabtu ini wajar dibatalkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu susulan khuatir tindakan itu ...
Aktivis Terangkan Kenapa Sidang Anwar Mengecewakan

Aktivis Terangkan Kenapa Sidang Anwar Mengecewakan

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 261 hits
Anwar Ibrahim tiba di International Unity in Diversity Conference bersama Liew Chin Tong dari DAP Omar Suleiman Nuruddin Lemu dan Yasir Qadhi di Kuala Lumpur semalam KUALA LUMPUR Ketua sebuah kumpulan reformasi Islam berkata persidangan ten...
Sidang Kemuncak Kl Persidangan Negara Negara Islam Di Malaysia

Sidang Kemuncak Kl Persidangan Negara Negara Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 347 hits
Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 merupakan persidangan pertama dianjurkan Malaysia bagi mengetengahkan isu isu hal ehwal umat Islam dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam Pandangan terarah kepada perbincangan ...
Golden Globe 2020 Para Selebriti Kompakan Berbusana Hitam Putih

Golden Globe 2020 Para Selebriti Kompakan Berbusana Hitam Putih

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 340 hits
Para selebriti dunia kompakan berbusana hitam putih di karpet merah Golden Globe 2020
Tpm Mengadakan Pertemuan Dengan Sarjana Islam

Tpm Mengadakan Pertemuan Dengan Sarjana Islam

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 255 hits
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan tokoh tokoh sarjana dunia Islam iaitu Omar Suleiman Yasir Qadhi dan Nuruddeen Lemu dalam Forum Profesional Muslim yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim Pertemuan...
Melayu Akan Bersatu Dibawah Pimpinan Anwar

Melayu Akan Bersatu Dibawah Pimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 281 hits
Menghadiri upacara Mubahalah Najib tadi Tulang Besi dapat merasakan kebencian orang Melayu sekarang ini bukanlah kepada PH tapi lebih kepada Dr Mahathir Hampir 70 orang Melayu mengundi samada PAS atau UMNO dalam PRU 14 yg lepas Ramai mereka...
2 Penyiram Novel Ditangkap Saut Situmorang Tunggu Persidangan

2 Penyiram Novel Ditangkap Saut Situmorang Tunggu Persidangan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 186 hits
2 Penyiram Novel Ditangkap Saut Situmorang Tunggu Persidangan Saut mengaku menghargai Polri menjerat dua tersangka dalam kasus ini Apalagi Polri menyebut dua tersangka merupakan anggota institusi Bhayangkara aktif
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi