Site Visit Ke The Kandu Gopeng
Masa k.fiezz & mr hubby balik kampung hujung tahun lepas, mama ajak kitaorang ke The Kandu Gopeng ni. Bukan menginap, saja mama ajak tinjau kawasan..Ewah..Mana tahu boleh jadi port lokasi untuk buat family day kat sini. Jadi kita tengok tempat dulu mana tahu tempat ni sesuai. Kebetulan mama kenal dengan owner The Kandu Gopeng ni. Owner tu yang ajak mama ke sini tengok tempat dia & makan kat kedai makan sebelah je dengan tempat ni. Mama nak pergi seorang, malas. Haritu kitaorang balik kampung, mama ajak k.fiezz & mr hubby site visit ke sini kejap..
THE KANDU GOPENGSo let tour The Kandu Gopeng ni. Nak masuk ke sini, lokasi dia agak ke dalam sikit & jalan kecil. Kalau berselisih dengan kereta dari arah bertentangan, salah seorang kena beralah dulu bagi laluan.
On the way nak masuk ke The Kandu Gopeng ni, k.fiezz perasan macam ada satu bukit. Tak pasti boleh hiking ke idak. Tapi siapa yang suka nature, sesuai sangat bercuti ke sini. Dikelilingi bukit-bukau & hijau...Aktiviti yang boleh buat kat sini, tak pasti lah k.fiezz.. hehe. Mama cakap dia pernah berkelah kat area ni tapi dari The Kandu Gopeng nak ke tempat berkelah tu, idak lah boleh jalan kaki. Kena naik kereta juga. Jadi k.fiezz rasa siapa yang menginap kat sini, memang santai-santai je lepak dalam bilik menikmati hijau sekeliling. Tenang gitu..
Kat The Kandu Gopeng ni buat masa ni belum ada kolam renang lagi, yea tapi kata staff (dalam gambar kat bawah), ada perancangan cuma tak pasti bila akan dilaksanakan..Gitu..Kemain ayat laksana..hehe..
Di The Kandu Gopeng ni, keseluruhan ada 22 unit bilik (kalau tak silap) & 2 bilik ada mini kolam renang. Untuk budak-budak yang umur 6 tahun ke bawah. Masa kitaorang ke sini, staff bawa masuk ke salah satu bilik yang ada mini kolam renang tu sebab kebetulan bilik tu kosong tak ada orang menginap. Dalam bilik boleh tahan besar..Ada 1 katil king size & 2 single..Mini kolam kat bahagian luar bilik & memang comel je kolamnya..Sesuai untuk budak-budak saja. Lupa k.fiezz nak snap gambar dalam bilik. Apa daaa sis ni..
Lepas dah tour dalam bilik, kitaorang ke kedai makan kat sebelah je. Siapa yang menginap kat sini, boleh makan kat kedai makan ni sebab jauh sikit nak ke pekan.
Mama interview pekerja dia kejap..hehe..Mama yang tanya boleh tengok ke bilik yang ada kolam renang tu. Kebetulan tak ada orang menginap situ, staff dia bawa je lah.
Cantik hotel dia..Kemas..Sis loike..
Dari bahagian luar..Deretan bilik-bilik yang ada kat The Kandu Gopeng ni.
Kedai makan dia..Sebelah je.
Dekorasi berkonsepkan 60-an, gituuu...Nak tengok dalam kedai, boleh klik video kat bawah tu..
Sekitar The Kandu Gopeng..
SANTAI-SANTAI KAT THE KANDU GOPENGSo untuk korang yang suka pada alam, sesuai cuti-cuti kat sini. Dikelilingi pemandangan hijau sekitar kawasan penginapan.
Kalau kata nak buat family day, melibatkan game-game bagai tu masa jalan-jalan ke sini tak nampak ada ruang kosong yang besar. Tak pasti lah secara keseluruhan sebab k.fiezz & mama jalan-jalan yang berdekatan area penginapan & tempat makan tu saja. Cuba lah korang check it out sendiri dengan pihak hotel sebelum buat tempahan. K.fiezz cuma info yang mana nampak je..hehe..
Overall okey lah tempat dia cuma mr hubby tak berapa sangat kat sini sebab kawasan parking dia tak berturap elok secara keseluruhan. Ada yang elok ada yang tak. Mr hubby part parking kereta, memang teliti sikit. Dia bukan boleh tempat parking tak berapa nak elok sangat..Risau kereta calar-calar...Lagi satu kat sini lokasi dia macam dalam hutan, mr hubby tak berapa gemor juga..hehe. Lepas tu..Eh banyaknya komen.haha..Okey, udah lah tu. Ikut pada masing-masing lah yea. Korang suka nature, tempat ni sesuai untuk bersantai-santai.
#sukaalamsemulajadi..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/01/Site-Visit-Ke-The-Kandu-Gopeng.html