Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari




Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari, antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan.

Inilah antara kesempitan hidup dialami pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

Ramai yang mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik.

Wartawan BH yang menyelami sendiri kehidupan pelajar terbabit, mendapati pilihan makanan kebanyakan pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ialah yang berharga murah, termasuk mi segera atau apabila di kampus, membeli ‘nasi bujang’ yang mengandungi nasi putih, sup kosong, telur dan sambal belacan antara RM2 hingga RM2.50.

Pelajar jurusan Bahasa Melayu Profesional di Akademi Pengajian Melayu UM, Ilmah Ismail, 21, dari Kampung Keramat, Semporna, Sabah, berkata kadangkala dia hanya minum air suam dan makan sekali sehari pada waktu malam, untuk menjimatkan belanja.

PENSYARAH MASAK MAKANAN

“Ada juga pensyarah memasak untuk mahasiswa miskin, selain persatuan pelajar sediakan kupon makanan RM5, tetapi bukan semua dapat bantuan itu.

“Saya pula hanya dapat wang saku RM100 sebulan untuk makan dan minum menerusi Projek Biasiswa Tamanni, iaitu inisiatif beberapa pertubuhan bukan kerajaan,” kata anak pekebun ini.

Projek Biasiswa Tamanni adalah hasil inisiatif Persatuan Belia Harmoni Serdang, Yayasan Bunga Raya, Akademi Penokohan Pemuda IKRAM, Yayasan Buruj serta Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Pelajar Fakulti Pergigian UM, Nur Atikah Ghazali, 22, anak pemandu lori dari Bachok, Kelantan, turut mengakui nasi lemak RM1 antara menu utamanya, selain merebus sendiri telur untuk mengisi perut bagi menjimatkan belanja, tambahan pula dia kini terpaksa menyewa kediaman di luar kampus sejajar peraturan universiti.

“Saya bersama sembilan rakan lain terpaksa menyewa pangsapuri dua bilik yang terletak berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) .

“Setiap seorang bayar RM267 sebulan, ini tak termasuk bil elektrik dan air. Sebenarnya, rumah kami ini hanya diduduki empat orang saja seperti ditetapkan pemilik.

“Namun, kami terpaksa tinggal bersesak sembilan orang semata-mata untuk jimatkan belanja dan lagipun, jarak rumah sewa ke kampus hanya berjalan kaki saja,” katanya.



Nur Atikah mengakui dengan pendapatan ayahnya di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan adalah sukar untuk menampung kos pengajian dan sara hidupnnya.

“Mujurlah ada bantuan Projek Biasiswa Tamanni kerana jika tidak, mungkin saya sudah berhenti belajar,” katanya yang mempunyai tiga adik yang masih bersekolah.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik, Muhammad Nurfathi Abdul Hamid, 23, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor, berkata, makan sekali sehari bukan perkara asing dan apabila terpaksa mengikat perut, dia lazimnya hanya makan pada waktu malam dengan ‘nasi bujang,’ sebuku roti atau roti naan berharga RM2 sekeping.

“Saya juga selalu cari peluang hadir program, aktiviti atau majlis di dalam dan luar kampus, yang biasanya turut sediakan makanan.

“Kadangkala, saya berpuasa atau tidur awal pada waktu malam untuk lupakan rasa lapar. Sepanjang pengajian, saya tidak boros dan beli barang ikut keperluan sahaja, malah tiada motosikal atau kereta,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, keluarganya cuma bergantung pada bayaran pencen bapanya RM1,200 sebulan, manakala ibu tidak bekerja dan bersyukur kerana menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KELUARGA TAK MAMPU

Pelajar Perakaunan, Muhamad Aiman Basyir Mohammad, 22, dari Kuantan, Pahang, mengakui dia terpaksa berhutang dengan rakan dan makanan pilihan pula selalunya nasi berlaukkan seekor ikan atau sayur berharga antara RM3 hingga RM4 atau roti canai RM1.

“Dalam seminggu, biasanya tiga hari saya terpaksa berhutang dengan kawan,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik ini, yang bergantung pada baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) RM300 selepas ditolak yuran setiap semester, selain wang saku RM200 kiriman ibu bapanya setiap dua bulan.

“Saya pernah terfikir berhenti belajar dan bekerja, namun rakan banyak memberi dorongan supaya berjaya dalam pelajaran demi mengubah nasib keluarga,” katanya yang bekerja sambilan pada setiap cuti semester.

Seorang lagi pelajar, Muhammad Izzat Hakimi Abd Halim, 20, pula mendedahkan ada rakannya tidak meneruskan pengajian akibat masalah kewangan, manakala dia sendiri kerap berpuasa dan makan cuma sekali sehari, kerana perlukan purata perbelanjaan RM10 sehari untuk membeli makanan pada waktu tengah hari dan malam.

Sumber : bharian.com.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Siswa miskin terpaksa ikat perut hanya makan sekali sehari,kerap berpuasa dan bergantung sebuku roti untuk dua hari

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/03/siswa-miskin-terpaksa-ikat-perut-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ada Rezeki Makanlah Kalau Tak Kos Hidup Tinggi Pelajar Universiti Dedah Terpaksa Makan Sehari Sekali

Kalau Ada Rezeki Makanlah Kalau Tak Kos Hidup Tinggi Pelajar Universiti Dedah Terpaksa Makan Sehari Sekali

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 273 hits
Zaman belajar boleh dikatakan sebagai fasa yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seseorang Segala detik pahit manis akan terngiang dalam ingatan apabila seseorang itu mula bekerja atau telah tamat belajar Namun tidak dinafikan kebanyaka...
Mak Tak Masak Tengahari Sebab Demam Anak Dgn Menantu Terpaksa Pergi Makan Luar Mungkin Ini Hanya Helah Anaknya

Mak Tak Masak Tengahari Sebab Demam Anak Dgn Menantu Terpaksa Pergi Makan Luar Mungkin Ini Hanya Helah Anaknya

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 381 hits
Selama ni saya selalu terbaca tentang ketidakpuasan hati terhadap mak mertua Saya tampil untuk meluahkan Mempunyai seorang anak lelaki yang di tatang bagai minyak yang penuh Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak semuanya berubah sedang...
Potong Bajet Bas Um Punca Pelajar Ikat Perut

Potong Bajet Bas Um Punca Pelajar Ikat Perut

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 403 hits
By 19 Mac 2019 Timbalan Naib YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Muhammad Haziq Azfar bercakap semasa perjumpaan meja bulat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Ketua Mahasiswa dan siswi UM di Kafe Kompleks Perdana Siswa Universi...
Anwar Arah Siasat Segera Dakwaan Pelajar Ikat Perut

Anwar Arah Siasat Segera Dakwaan Pelajar Ikat Perut

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 503 hits
By 19 Mac 2019 Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan laporan daripada media ada pelajar di Universiti Malaya terpaksa ikat perut ekoran kesempitan wang Beliau telah mengarahkan pegaw...
Makcik Bersyukur Tak Lagi Ikat Perut Bila Orang Macam Kita Rajinkan Diri Nak Bersedekah

Makcik Bersyukur Tak Lagi Ikat Perut Bila Orang Macam Kita Rajinkan Diri Nak Bersedekah

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 441 hits
TIADA lebih menggembirakan warga emas daif di sini apabila menerima makanan percuma yang disumbangkan pihak prihatin Mak cik sangat bersyukur dengan sumbangan ini kerana boleh meringankan beban belanja yang hanya bergantung kepada upah meng...
800 000 Kad Harapan Diagih Elak Mahasiswa Ikat Perut

800 000 Kad Harapan Diagih Elak Mahasiswa Ikat Perut

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 279 hits
800 000 Kad Harapan diagih elak mahasiswa ikat perut800 000 KAD HARAPAN DIAGIH ELAK MAHASISWA IKAT PERUTPASIR M23 Mac Sebanyak 800 000 Kad Harapan akan diagihkan kepada golongan mahasiswa bagi mengelakkan mereka ikat perut akibat masalah ke...
Selepas Hampir Dua Hari Mendapatkan Rawatan Juruteknik Mahb Direm Puh Kapal Terbang Pergi

Selepas Hampir Dua Hari Mendapatkan Rawatan Juruteknik Mahb Direm Puh Kapal Terbang Pergi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 844 hits
Juruteknik MAHB direm puh kapal terbang mening gal dunia Pacuan empat roda dinaiki mangsa dilan ggar sebuah pesawat peribadi ketika mendarat di landasan Juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd yang parah dalam insiden di landasan Lapangan...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas