Sistem Undi 18 Pendaftaran Pemilih Secara Automatik Bermula Februari Tahun Hadapan




KUALA LUMPUR - Pilihan raya di negara ini akan mula menggunakan sistem berkaitan had usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik bermula Februari tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan perkara membabitkan peraturan dan perundangan bagi pelaksanaan dua perkara itu selesai menjelang 31 Disember tahun ini, dan ia sedia digunakan awal tahun depan.
Katanya, SPR ketika ini sedang mempersiapkan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik, seperti yang diluluskan Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-14.
"Persiapan dilaksanakan SPR meliputi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP), dan penyediaan sistem serta infrastruktur bagi melaksanakan kelayakan mengundi 18 tahun dan daftar pemilih automatik.
"SPR juga mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan mengundi 18 tahun dan daftar pemilih secara automatik.
"Antaranya ialah membuat semakan maklumat bakal pemilih, semakan di lapangan membabitkan bakal pengundi berusia 90 tahun dan ke atas, semakan di lapangan atas alamat untuk memastikan penentuan bahagian pilihan raya yang tepat.
"Selain itu, sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan, program pendidikan pengundi kepada bakal pemilih dan menyemak keperluan logistik bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, di Dewan Rakyat, Wan Junaidi dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan mengemukakan rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik perlu dilaksanakan menjelang 31 Disember tahun ini.
Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Persekutuan akan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan merintis usaha terbaik bagi memastikan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik di negara ini berupaya dilaksanakan lebih awal daripada jadual asal.
Mahkamah Tinggi Kuching membuat keputusan itu pada 3 September lalu, selepas Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Beliau turut membenarkan permohonan kelima-lima anak muda untuk mendapatkan perintah 'certiorari' bagi membatalkan keputusan responden (Perdana Menteri ketika itu, kerajaan dan SPR) yang menangguhkan pelaksanaan Seksyen 3 berkenaan selepas September 2022.
Seksyen 3 menyatakan bahawa umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
Alexander berkata, mahkamah turut mendapati bahawa adalah tidak masuk akal bermula dari 2019 hingga 10 Mac 2021, responden berulang kali menyatakan bahawa mereka di landasan yang betul untuk melaksanakan Seksyen 3 menjelang Julai 2021, namun dua minggu kemudian pada bulan sama, mendakwa bahawa pelaksanaannya hanya boleh dilakukan paling awal pada September 2022. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/sistem-undi-18-pendaftaran-pemilih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Usaha Laksanakan Undi18 Daftar Pemilih Automatik Wan Junaidi

Kita Usaha Laksanakan Undi18 Daftar Pemilih Automatik Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 204 hits
Kita usaha laksanakan Undi18 daftar pemilih automatik Wan Junaidi Kerajaan akan berusaha yang terbaik dalam melaksanakan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik menjelang 31 Dis tahun ini seperti yang telah diputuskan Mahkamah Tingg...
Penggambaran Mission Impossible 7 Sudah Selesai Bersedia Untuk Temui Penonton Pada Tahun Hadapan

Penggambaran Mission Impossible 7 Sudah Selesai Bersedia Untuk Temui Penonton Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 223 hits
Selepas ditunda beberapa kali akhirnya penggambaran Mission Impossible 7 berakhir seara rasmi Berita itu hadir selepas peminat melihat gambar dari Instagram gaffer yang berpengkalan di UK Martin Smith yang menunjukkan penggambaran untuk fil...
Sepak Mula Piala Malaysia Bermula Hari Ini Bangkitkan Kembali Nostalgia 100 Tahun Bola Sepak Negara

Sepak Mula Piala Malaysia Bermula Hari Ini Bangkitkan Kembali Nostalgia 100 Tahun Bola Sepak Negara

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 414 hits
PIALA Malaysia yang memasuki tahun ke 100 FOTO Arkib NSTP Sepak mula Piala Malaysia hari ini bangkitkan kembali nostalgia 100 tahun bola sepak negara KUALA LUMPUR 25 Sept Pejam celik pejam celik Piala Malaysia yang merupakan kejohanan bola ...
Sekolah Dibuka Semula Mengikut Fasa Ppn Guna Sistem Giliran Bermula 3 Oktober

Sekolah Dibuka Semula Mengikut Fasa Ppn Guna Sistem Giliran Bermula 3 Oktober

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 452 hits
MALAYSIA NOW Murid akan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan dengan sistem giliran Radzi Jidin ketika melawat sekolah Menteri pendidikan itu melawat ratusan sekolah dalam usaha memahami e...
Vaksinasi Remaja 12 Hingga 17 Tahun Di Sabah Bermula Hari Ini

Vaksinasi Remaja 12 Hingga 17 Tahun Di Sabah Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 269 hits
Remaja Labuan mendapat suntikan vaksin Covid 19 mereka pada 11 September 2021 KOTA KINABALU Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi suntikan vaksin COVID 19 kepada remaja berusia 12 sehingga 17 tahun bermula hari ini Ketua Menteri Sabah Da...
Ulang Tahun Ke 40 Ariel Noah Terharu Sang Ibu Masih Ingat Dan Mengucapkan Selamat Padanya

Ulang Tahun Ke 40 Ariel Noah Terharu Sang Ibu Masih Ingat Dan Mengucapkan Selamat Padanya

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 263 hits
Di momen seperti ini Ariel pun mengingatkan publik untuk menghubungi atau bahkan memeluk sosok yang telah melahirkan kita ke dunia
5 Alasan Kenapa Mimi Peri Layak Tampil Di Ajang Met Gala Tahun Depan Pasti Bisa

5 Alasan Kenapa Mimi Peri Layak Tampil Di Ajang Met Gala Tahun Depan Pasti Bisa

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 214 hits
Kalau Mimi Peri berhasil masuk Met Gala Kim Kardashian pun bakalan dibikin melongo
10 Video Game Paling Berpengaruh Dari Tahun 1980 An Beruntung Kalau Pernah Memainkannya

10 Video Game Paling Berpengaruh Dari Tahun 1980 An Beruntung Kalau Pernah Memainkannya

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 415 hits
Deretan video game berikut ini dianggap penting karena sangat memengaruhi industri hingga hari ini berkat inovasi yang dibawanya
Sambut Ulang Tahun Ke 13 Debut Iu Derma Rm3 Juta Buat Golongan Memerlukan

Sambut Ulang Tahun Ke 13 Debut Iu Derma Rm3 Juta Buat Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 489 hits
IU ataupun Lee Ji eun sememangnya terkenal dengan kebaikannya Meskipun sudah popular dia langsung tidak lokek untuk memberi kepada golongan yang memerlukan Terbaru wanita genit itu telah telah menderma sebanyak 850 milion won barangan kepad...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid