Sistem Kebajikan Sosial Pencen Perlu Diubah Bukan Beri Bakul Makanan Kata Pakar


Minderjeet KaurSeorang pakar ekonomi berkata, fokus harus diberikan terhadap peningkatan kualiti hidup, bukan hanya kelangsungan pendapatan asas atau pemberian bantuan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Negara perlu melaksanakan pembaharuan terhadap sistem kebajikan sosial dan pencen, bukannya mengagihkan bakul makanan ketika berlakunya krisis, kata pakar ekonomi.
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, pembaharuan itu penting dan perlu dilaksanakan segera bagi mengimbangi bantuan dan insurans sosial serta mewujudkan pekerjaan dengan gaji setimpal sebagai asas.
Katanya, cara yang terbaik adalah dengan mewujudkan persekitaran lebih bermakna serta pekerjaan yang memberikan pendapatan lebih baik.
“Sokongan terhadap masalah pengangguran harus dihadkan kepada penyediaan insentif untuk menggalakkan mereka mencari pekerjaan. Ia harus dilakukan atas dasar kemanusiaan, bukannya sebagai ganti kepada pendapatan mereka,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, sistem kebajikan sosial perlu memberi perlindungan penyakit, bantuan kembali bekerja, jagaan perubatan dan jagaan jangka panjang, insurans kecederaan pekerjaan, manfaat ilat, sokongan untuk warga emas, sokongan keluarga serta yang berikhtiar meneruskan kehidupan.
Katanya, krisis akibat Covid-19 membuktikan bahawa sistem seperti itu harus diwujudkan bagi menampung keperluan keluarga atau individu, mengikut keadaan masing-masing.
“Ia mesti menggalakkan libat urus secara aktif, pemerkasaan dan penyediaan peluang pekerjaan berbanding kebergantungan,” katanya.
Beliau mencadangkan supaya negara meneliti beberapa perkara seperti pendapatan asas yang menyeluruh bersama simpanan berkaitan pendapatan ketika masih bekerja, majikan serta kerajaan.
Katanya, amalan menabung awal harus digalakkan sebagai fleksibiliti kepada pekerja ekonomi gig dan mereka yang bergantung pada pendapatan harian agar mempunyai simpanan mencukupi.
Williams juga berkata, mereka juga perlu meneliti pelaksanaan skim pengambilan semula untuk mengelakkan persaraan secara mengejut dan melancarkan peralihan pekerja untuk bersara.
Katanya, sokongan kepada warga emas pula perlu membabitkan skim pencen untuk mereka yang tidak mempunyai perlindungan mencukupi.
Menurutnya, fokus harus diberikan terhadap peningkatan kualiti hidup, bukan hanya kelangsungan pendapatan asas atau pemberian bantuan.
“Kita tidak harus terus memberikan bungkusan makanan lagi. Bantuan perlu diberikan secara saksama berdasarkan sifat kemanusiaan,” katanya.
Katanya, pemberian bungkusan makanan menandakan keruntuhan sistem kebajikan sosial dan rakyat terpaksa menangani krisis ini tanpa menangani punca sebenar.
Mengenai cukai untuk menyokong pembaharuan itu, Williams berpendapat ia wajar dikenakan ke atas mereka yang memiliki pendapatan dan ia lebih baik daripada membiarkan mereka tanpa sebarang sokongan sosial ketika menghadapi masalah atau usia tua kerana tidak membayar cukai yang mencukupi.
“Malaysia tidak perlu ikut dengan ‘lazy tax’ yang diamalkan di luar negara. Opsyen baharu boleh dibangunkan dengan mendapatkan pandangan daripada pekerja, majikan, kerajaan serta dana pelaburan,” katanya.
Malah katanya, wakaf atau dana pembiayaan boleh diwujudkan sebagai sistem kebajikan yang kukuh bagi menyokong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sekiranya ia digubal dengan baik.
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh menjadi sebahagian penyelesaian tetapi ia mesti disusuli dengan portfolio pembiayaan termasuk daripada individu, majikan, kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dana pelaburan.
Simpanan untuk dana kebajikan boleh dilaburkan untuk pembangunan ekonomi dan sosial, katanya.
“Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi boleh menjadi penyelesaian menang-menang sekiranya diuruskan dengan baik.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/sistem-kebajikan-sosial-pencen-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Tidak Perlu Pertikai Keabsahan Pm Melalui Usul Undi Percaya Kata Pakar

Pembangkang Tidak Perlu Pertikai Keabsahan Pm Melalui Usul Undi Percaya Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 204 hits
BERNAMA Yang di Pertuan Agong sangat teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak dalam membuat sebarang keputusan memilih pemimpin nombor satu negara itu Yang di Pertuan Agong telah meminta surat akuan bersumpah daripada ahli Parlimen d...
Koperal Makan Debu Ketika Hantar Bakul Makanan

Koperal Makan Debu Ketika Hantar Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 229 hits
TENOM Walaupun terpaksa makan debu sepanjang lebih 30 kilometer perjalanan ke Kampung Rundum Kemabong itu bukan halangan bagi sepasukan pegawai dan anggota polis menyampaikan bakul makanan kepada penduduk terjejas menerusi Op Bantu Keadaan ...
Sistem Pilih Parti Bukan Calon Terbaik Kata Bekas Pengerusi Spr

Sistem Pilih Parti Bukan Calon Terbaik Kata Bekas Pengerusi Spr

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 221 hits
Samuel ChuaPETALING JAYA Perlu ada perubahan dalam sistem pilihan raya dengan mengadakan undian awam untuk parti politik bukan calon individu kata seorang bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Rashid Abdul Rahman berkata ini dapat ...
Lhdnm Berjaya Agih Ribuan Bakul Makanan

Lhdnm Berjaya Agih Ribuan Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah berjaya mengagihkan sebanyak 11 070 bakul makanan di seluruh negara setakat ini Menurut kenyataan media di laman web rasmi LHDNM pemberian bakul makanan itu dibuat di bawah Progra...
Kata Kata Semangat Manfaatkan Masa

Kata Kata Semangat Manfaatkan Masa

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 296 hits
Kata kata Semangat Manfaatkan Masa Masa akan terus berjalan ke hadapan Masa tidak akan pernah undur ke belakang Anda dan saya akan semakin menjadi tua Kita tidak akan menjadi muda semula Inilah lumrah kehidupan Ia tidak boleh kita ubah dan ...
Kata Kata Semangat Pentingnya Meletak Matlamat

Kata Kata Semangat Pentingnya Meletak Matlamat

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 286 hits
Kata kata Semangat Pentingnya Meletak Matlamat Seringkali saya memperkatakan mengenai pentingnya meletak matlamat tahukah anda kenapa Kerana meletak matlamat bagi saya amat penting dalam hidup kita Hidup kita ini sentiasa berjalan ke depan ...
Panas Menteri Agama Kata Beri 5 Hari Sahaja Untuk Buat Perubahan

Panas Menteri Agama Kata Beri 5 Hari Sahaja Untuk Buat Perubahan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 413 hits
September 1 2021Tular video di media sosial harini berkenaan dengan kenyataan Menteri Agama yang baru dilantik Idris Ahmad dari PAS berkenaan pemerintahan 5 hari Dalam rakaman video tersebut Idris mendabik dada berkata beri 5 hari sahaja ke...
Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 216 hits
Peribahasa Melayu pernah menyebut masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia siakan Perumpamaan itu memberi makna yang tersendiri hari ini apabila jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkifli sec...
265 Kes Varian Delta Dikesan Dalam Tempoh 2 Minggu Kata Kp Kesihatan

265 Kes Varian Delta Dikesan Dalam Tempoh 2 Minggu Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 270 hits
BERNAMA Setakat ini jumlah kes jangkitan dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan dan varian yang perlu diberi perhatian adalah sebanyak 1 221 kes Petugas kesihatan mengambil sampel ujian swab untuk saringan Covid 19 Kajian berterusa...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Cepat Untuk Move On Dari Mantan Kekasih

Orang Banyak Bercakap Elokkah

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami