Koperal Makan Debu Ketika Hantar Bakul Makanan



TENOM – Walaupun terpaksa ‘makan debu’ sepanjang lebih 30 kilometer perjalanan ke Kampung Rundum, Kemabong, itu bukan halangan bagi sepasukan pegawai dan anggota polis menyampaikan bakul makanan kepada penduduk terjejas menerusi Op Bantu.
Keadaan jalan tidak berturap dan kering selain hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda menyebabkan pakaian seragam serta badan tiga anggota polis diselaputi debu tebal sebaik tiba di lokasi.
Koperal Sabhi Julahi yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memberitahu, sejak Op Bantu dilancarkan pada Julai lalu tugas itu sudah menjadi sebahagian tanggungjawab mereka membantu rakyat.
“Kami sudah biasa untuk program Op Bantu penduduk termasuk di pedalaman tetapi ini kali pertama berdepan dengan pengalaman debu ‘melekat’ di baju seragam dan seluruh badan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika membawa bakul makanan untuk penduduk Kampung Rundum pada Isnin.
Sabhi bersama dua rakannya, Koperal Md Muzafar Azrin Khan Abdul Hasan serta Koperal Fidelis Alla yang menaiki ruang belakang pacuan empat roda bertahan selama hampir dua jam perjalanan menuju ke kampung berkenaan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais berkata, sebanyak 30 bakul makanan disumbangkan kepada penduduk di kampung berkenaan.
“Kampung ini dimajukan sebagai pusat pelancongan sebelum ini namun sejak pandemik Covid-19 melanda ia ditutup menyebabkan ramai penduduk hilang punca pendapatan dan terpaksa bergantung kepada hasil pertanian.
“Bagaimanapun keadaan jalan tidak berturap dan jauh dari pekan menyebabkan hasil pertanian juga sukar dipasarkan sekali gus menjejaskan pendapatan penduduk kampung,” katanya.
Jalan menuju ke Kampung Rundum tidak berturap dan kering menyebabkan anggota polis terpaksa mengharungi debu jalan sepanjang perjalanan.
Oleh itu, Yusuh berkata, atas inisiatif Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, Asisten Superintendan Zukri Abidin seramai 30 ketua isi rumah disalurkan bantuan bakul makanan bagi mengurangkan beban mereka.
Sementara itu, seorang penerima bakul makanan, Yansuku Impar, 55, bersyukur kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) prihatin dengan nasib penduduk seperti mereka yang tinggal jauh di pedalaman.
“Sejak pandemik pendapatan kami terjejas teruk kerana bukan saja sektor pelancongan tidak dapat beroperasi tetapi juga hasil pertanian biji kopi sukar dipasarkan kerana kilang di Tenom juga turut tidak beroperasi.
“Disebabkan itu, kami jarang keluar ke pekan Tenom ditambah pula terlalu jauh menyebabkan barang bekalan makanan kadang kala terputus. Jadi dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk yang terjejas,” katanya.
Koperal ‘makan debu’ ketika hantar bakul makanan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat Amerikat Syarikat biayai Taliban Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral Azmin bakal jadi TPM, kata sumber Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia TMJ mahu tinggalkan JDT? Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’ Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu! Layari Laman Facebook MYKMU
Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]

The post Koperal ‘makan debu’ ketika hantar bakul makanan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/25/koperal-makan-debu-ketika-hantar-bakul-makanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dis4mun Ketika Hantar Makanan Tangan Kanan Siti Nur Azizah Terpksa Dip0tong

Dis4mun Ketika Hantar Makanan Tangan Kanan Siti Nur Azizah Terpksa Dip0tong

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA Tangan kanan seorang gadis berusia 17 tahun yang menjadi mngsa samun di Jalan Kuching menghala pusat bandar Khamis lalu terpaksa dip0tong sehingga paras bahu kerana ced3ra p4rah dan mulai membiru
Mencintai Makanan Yang Dihidangkan Orang Tua Ketika Membesar Adalah Patriotik

Mencintai Makanan Yang Dihidangkan Orang Tua Ketika Membesar Adalah Patriotik

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 277 hits
Saya membesar di Penanti sebuah kampung di Seberang Perai Pulau Pinang Kawasan itu masuk dalam kariah Kubang Semang Bila solat jumaat semua bertumpu ke Masjid besar tepi jalan di Kubang The post appeared first on
Cik B Makan Makanan Sihat Masuk 20an Kompem Lawa

Cik B Makan Makanan Sihat Masuk 20an Kompem Lawa

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 291 hits
Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali dengan nama panggilan Cik B ini adalah anak kepada usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida Personaliti Cik B yang merendah diri biarpun anak orang kaya ini telah membuatkan warganet senang denganny...
Resepi Pisang Rebus Makanan Terkenal Suatu Ketika Dahulu Yang Sangat Berkhasiat

Resepi Pisang Rebus Makanan Terkenal Suatu Ketika Dahulu Yang Sangat Berkhasiat

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 418 hits
Mak saya dulu rajin masakkan pisang rebus ni Katanya sangat popular sewaktu zaman dahulu Sama popular dengan menu ubi kayu rebus Dua duanya sangat penuh khasiat dan mengenyangkan Kiranya snek ini menjadi santapan orang zaman dahulu hampir s...
5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 356 hits
PETALING JAYA Persatuan Waris Keturunan Anak Minang Malaysia mengagihkan 50 kotak bakul makanan kepada ahli dan asnaf di Lembah Klang bagi membantu meringankan bebanan Presiden Wakam Tuan Putera Jefrizal Jasman berkata selain asnaf pengagih...
Jho Low Serah Telefon Bimbit Ketika Najib Di Talian Saksi

Jho Low Serah Telefon Bimbit Ketika Najib Di Talian Saksi

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 182 hits
satuberita myBy August 13 2021 GAMBAR ARKIBMAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada bekas Pengerusi 1Malaysia Development Be...
Hiburan Zahiril Adzim Diganggu Teruk Ketika Jalani Pengambaran Filem Ada Hantu

Hiburan Zahiril Adzim Diganggu Teruk Ketika Jalani Pengambaran Filem Ada Hantu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 553 hits
Pelakon hebat Zahiril Adzim kongsi detik cemas apabila berdepan dengan kejadian seram semasa pengambaran filem Ada Hantu yang dijalankan di sebuah banglo terbiar pada Disember tahun lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Zahiril atau n...
Isu Buat Content Ziarah Kvbur Siti Sarah Shuib Hantar Satu Pesanan Suara Kpd Aisar Khaled

Isu Buat Content Ziarah Kvbur Siti Sarah Shuib Hantar Satu Pesanan Suara Kpd Aisar Khaled

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 507 hits
KONTR0VERSI melawat kubur Allahyarham Siti Sarah nampaknya selesai apabila suami penyanyi itu iaitu Shuib Sepahtu memaafkan personaliti media sosial Aisar Khaled
Scam Dalam Talian Semakin Menjadi Jadi Ketika Pkp

Scam Dalam Talian Semakin Menjadi Jadi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 217 hits
Penipu tawarkan harga lebih murah daripada barang yang dibeli di kedai KUCHING Polis sedang berusaha mencari 18 individu termasuk dua wanita untuk membantu siasatan kes penipuan e dagang atau pembelian secara dalam talian Ketua Polis Daerah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan