Sistem Beraja Sudah Kuno Tidak Boleh Dipertahan Kata Aktivis Ph


25 Syawal 1439H, Isnin – Seorang peguam, Fadiah Nadwa Fikri hari ini mempertikaikan kewujudan sistem beraja di Malaysia yang pada pendapatnya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.Beliau yang juga sorang aktivis Pakatan Harapan (PH) berkata, kewujudan sistem pemerintahan di bawah seorang raja atau sistem monarki sudah lapuk ditelan zaman.Malah, katanya, sejarah menunjukkan bahawa absurditas institusi ini tidak lagi boleh diterima, dipertahan, dan diwajarkan.“Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu pemikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani,” katanya menulis dalam laman Facebook Malaysia Muda yang turut disiarkan dalam blog pergerakan itu.Malaysia Muda adalah gerakan berasaskan kebudayaan dan pendidikan yang terdiri dan menjurus kepada anak muda di Malaysia yang berusaha untuk memajukan kesedaran mengenai isu sosial, ekonomi dan politik, dalam mencapai kesatuan nasional dan menyumbang kepada proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang bermakna.
Matlamat dan visi kerja pemberdayaan dan penyusunan ini akhirnya untuk menegakkan dan meniupkan panji keadilan sosial, pembebasan dan demokrasi bagi masyarakat Malaysia yang lebih baik dan bermakna.Dalam tulisannya, Fadiah merujuk kepada perbuatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membongkok dan mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pertemuan di Johor Bahru, baru-baru ini.
Mengulas mengenainya, Fadiah berkata, apa yang meresahkan mengenai perlakuan yang diabadikan dalam gambar itu adalah budaya feudal yang tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar yang disampaikannya.“Dalam melawan lupa, kita perlu diingatkan bahawa rata-rata di dunia, kewujudan monarki telah lama lapuk ditelan zaman. Sejarah menunjukkan bahawa absurditas institusi ini tidak lagi boleh diterima, dipertahan, dan diwajarkan.“Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu permikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani,” katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, tatkala masyarakat terus bangkit merampas kembali makna kebebasan dan martabat insani dalam dunia yang penuh dengan kekuasaan yang menindas, konsep perhambaan yang tidak lagi boleh dipertahankan ini menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dirungkai.“Mengapa golongan yang darahnya merah, semerah darah mereka yang dipaksakan kepatuhan kepada golongan itu mempunyai hak keistimewaan tersendiri? Mengapa golongan yang memerah hasil keringat mereka yang bersusah payah berjuang untuk terus hidup dan mencari kehidupan yang manusiawi perlu diberikan layanan dan pemujaan persis tuhan?“Mengapa golongan yang dikurniakan secara mutlak mengikut budi bicara sendirinya kuasa besar dan kekayaan yang dirampas daripada mereka yang diperhambakan, kebal daripada kepertanggunjawaban?,” katanya.Katanya, jawapan kepada persoalan ini membawa kita kepada satu kesimpulan jelas iaitu bukan sahaja monarki antidemokrasi, malah ia serangan langsung ke atas martabat kita sebagai manusia.“Tatkala penyokong peninggalan kuno ini menghujahkan bahawa monarki sebagaimana wujudnya pada hari ini hanyalah perhiasaan perlembagaan yang neutral, realiti menunjukkan sebaliknya.“Kita harus melihat melampaui apa yang tertulis di dalam Perlembagaan untuk memahami politik yang diamalkan institusi ini, kepentingan siapa yang ia wakili, dan di pihak mana ia berada,” katanya.Fadiah turut mengulas kenyataan Tengku Mahkota Johor (TMJ) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu yang meminta rakyat Johor untuk tidak menjatuhkan kerajaan sedia ada ketika itu.Beliau berpendapat kenyataan TMJ sebelum PRU14, tatkala masyarakat terbanyak dirasuk kemarahan, bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri daripada situasi menindas sekian lamanya, adalah sesuatu yang dirancang.“Perlakuan ini jelas dilaksanakan atas dasar ketakutan kepada sesuatu yang tidak diketahui – ketakutan hilangnya keistimewaan dan kuasa yang diberikan oleh kerajaan yang menindas yang mana turut bersubahat dalam memperhambakan masyarakat, sekiranya perubahan kerajaan berlaku.“Perlakuan seperti ini bukanlah sesuatu yang terpencil dan ia adalah bukti bahawa institusi ini tidak pernah berlaku neutral. Jelas sekali bahawa ia tidak pernah memihak kepada masyarakat terbanyak.“Mereka yang percaya bahawa institusi kuno ini adalah satu simbol penyatuaan, dengan memihak kepada penindas sementara masyarakat terbanyak dinafikan hak untuk kehidupan yang baik dalam negara yang dibina atas dasar kekuasaan, ketidaksamarataan, dan eksploitasi hanya akan membangkitkan satu penyatuan: penyatuaan dalam penindasan,” katanya.Sehubungan itu, katanya, untuk bebas bukan dan tidak boleh bermakna bahawa kita hanya bebas daripada dinding penjara konkrit yang jelas di mata.Kebebasan, katanya, mestilah bermaksud kita secara kolektif bebas daripada batas dinding yang telah lama dibina untuk merampas martabat insani kita, batas-batas dinding yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.“Untuk bebas, kita perlu bersama tanpa lelah bangkit dan melawan segala bentuk kekuasaan yang menindas,” katanya. - ismaweb 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/sistem-beraja-sudah-kuno-tidak-boleh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harap Polis Siasat Segera Video Pasangan G Dipukul Kata Aktivis Hancing

Harap Polis Siasat Segera Video Pasangan G Dipukul Kata Aktivis Hancing

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 423 hits
Aktivis masyarakat Numan Afifi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian dua lelaki dipukul kerana didakwa melakukan hubungan sejenis di dalam kereta Menurut Numan Afifi kejadian berkenaan yang dirakam dalam bentuk video dan ditulark...
Kita Bagi Royalti Pada T Ganu Bila Ada Duit Kata Tun M Boleh Percaya Ke

Kita Bagi Royalti Pada T Ganu Bila Ada Duit Kata Tun M Boleh Percaya Ke

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 445 hits
MARANG Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan pimpinannya telah membuat keputusan untuk membayar baki royalti minyak kepada Terengganu Bagaimanapun katanya ia akan disalurkan kemudian apabila kerajaan Pakatan Harapan m...
Sistem Beraja Sebenarnya Sudah Lapuk Ketinggalan Zaman Fadiah Nadwa

Sistem Beraja Sebenarnya Sudah Lapuk Ketinggalan Zaman Fadiah Nadwa

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 403 hits
PEGUAM dan aktivis Pakatan Harapan mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan didalam institusi demokrasi negara berikutan kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman dikebanyakan negara di dunia Fadiah Nadwa Fikri berkata demi...
Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini Bayi Boleh Kembung

Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini Bayi Boleh Kembung

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 507 hits
Betulkah andaian orang tua tua bahawa ibu menyusukan tidak digalakkan minum air sejuk atau berais kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut Juga benarkah jus buah buahan seperti tembikai mangga dan nanas tidak elok diminum kerana berbisa ...
Dap Bekuasa Apa Yang Umno Kata Benar Tajuddin

Dap Bekuasa Apa Yang Umno Kata Benar Tajuddin

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 306 hits
Wartawan Watan Online Akhirnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata ia sekali gus membuktikan dakwaan ...
Dakwaan Najib Mengenai Harga Sawit Tidak Bertanggungjawab Kata Teresa Kok

Dakwaan Najib Mengenai Harga Sawit Tidak Bertanggungjawab Kata Teresa Kok

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 314 hits
Menteri Industri Utanma Teresa Kok berkata seperti komoditi lain minyak sawit berhadapan turun naik harga PETALING JAYA Menteri Industri Utama Teresa Kok menolak dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa pembatalan projek diterajui negara China...
Dbp Bukan Untuk Melayu Sahaja Kata Kp

Dbp Bukan Untuk Melayu Sahaja Kata Kp

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 501 hits
January 15 2019 7 26 AMDBP akan menterjemahkan karya dalam Bahasa Melayu kepada bahasa lain KUALA LUMPUR Dewan Bahasa dan Pustaka akan menjadikan institusi itu inklusif kepada semua kaum di negara ini dalam usaha memartabat dan memperluaska...
Kp Imigresen Paling Singkat Di Dunia Kata Lokman

Kp Imigresen Paling Singkat Di Dunia Kata Lokman

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 305 hits
Lokman Norr AdamKUALA LUMPUR Pelantikan Ketua Pengarah Imigresen yang baharu didakwa ada unsur campur tangan politik selain wujud amalan kronisme dakwa Datuk Lokman Noor Adam Sambil menyifatkan sebagai suatu yang tidak sepatutnya berlaku Ah...
Rakyat Rindu Zaman Saya Jadi Pm Kata Najib

Rakyat Rindu Zaman Saya Jadi Pm Kata Najib

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 321 hits
Najib Razak berkata ramai rakyat menghubunginya mahukan beliau jadi perdana menteri sekali lagi Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin SAMBIL memuji rekod pencapaian Barisan Nasional Najib Razak berkata ramai rakyat mahukan beliau ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je