Sisi Gelap Dunia Korporat Memaksa Saya Bekerja Sendiri


Dulu saya bekerja sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di sebuah syarikat kimia, namun saya malu untuk menceritakan perkara yang saya lakukan ketika berada dalam dunia korporat, kerana apabila kami ingin memecat pekerja, apa yang sepatutnya adalah kami menawarkan pampasan, tetapi sebaliknya kami menyusahkan hidup mereka.


Kami malukan mereka di dalam mesyuarat, kami beritahu bahawa prestasi mereka teruk, kami membuat penstrukturan semula organisasi dan menurunkan pangkat senior mereka dan kami jadikan pekerja junior sebagai majikan-majikan mereka.

Akhirnya, pekerja yang paling kuat pun tak tahan dan akan tinggalkan syarikat dengan sendirinya.

Ini apa yang diajarkan kepada saya dalam dunia korporat, dan inilah apa yang saya lakukan. Namun anda tak sedar ia akhirnya akan kembali kepada anda.

Lebih malang, syarikat ini tak pernah kekurangan pekerja yang sukarela untuk melakukan kerja "kotor" dalam merendah-rendahkan rakan sekerja masing-masing, tanpa menyedari bahawa satu hari nanti mereka juga mungkin akan mengalami nasib yang sama.

Jika anda seorang pengurus peringkat pertengahan, anda tak ada masalah kerana anda beroperasi seperti biasa, namun sebaik sahaja anda sampai ke pangkat pengurus kanan, ketika itulah persekitaran politik akan bermula.

Orang-orang akan mula cemburu, "tikam belakang" anda dan sanggup lakukan apa saja untuk singkirkan anda. Ini adalah sisi gelap dalam budaya korporat dan malangnya ia adalah sisi gelap dalam diri manusia juga.

"Mengapa awak berhenti dari dunia korporat?"

Pada satu malam saya menyingkap album gambar keluarga saya, melihat gambar-gambar anak-anak dan isteri tercinta saya. Ketika itu, saya menyedari bahawa 20 tahun telah berlalu dalam keadaan tidak sedar.

Saya hampir tidak dapat mengingat detik-detik anak-anak saya membesar dan isteri saya telah semakin berusia. Ia seolah-olah saya baru terjaga dari koma dan hilang ingatan.

Saya tersangat menyesal dan ketika itulah saya memutuskan untuk mengubah hidup saya dengan melakukan perkara yang sepatutnya.

Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang kedua dalam hidup saya, dan ini adalah peluang kedua saya.

Kini, saya memiliki perniagaan sendiri yang bersaiz sederhana. Pada hujung minggu, saya juga berniaga di pasar pagi untuk menjual barangan yang tidak diperlukan dan telah melakukannya untuk tempoh 2 tahun.

Dengan ini, saya sebenarnya dapat menyimpan lebih banyak wang, berbanding ketika saya dalam dunia korporat kerana saya juga mempelajari cara menguruskan kewangan saya dengan lebih berhemat dan menyedari wang dibazirkan terhadap kehidupan mewah yang tidak sepatutnya.

Sebagai contoh, saya sangkakan saya tak mampu hidup tanpa Astro kerana saya menonton bola sepak Liga Perdana Inggeris setiap hujung minggu.

Dan apabila saya tidak lagi melanggan Astro untuk menjimatkan wang, saya sedar bahawa saya tidak begitu berasa kehilangan atau rindukannya.

Jadi, kini saya menjual barangan yang tidak diperlukan yang mana sangat jarang digunakan, kadang-kadang hanya sekali atau dua kali sahaja. Saya mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki dan 2 perempuan.

2 daripadanya di universiti dan seorang lagi baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia. Sebaik sahaja anak bongsu saya juga mengikuti langkah ke menara gading, saya dan isteri akan berpindah ke apartment yang lebih kecil.

Sebaik sahaja anda membuang apa yang tak perlu dalam hidup anda, anda mampu untuk memberikan perhatian terhadap perkara yang benar-benar penting.

Ketika berada dalam dunia korporat, saya perlu melaporkan diri kepada lembaga pengarah dan mempunyai hampir 10 orang majikan. Tetapi sekarang saya hanya mempunyai seorang boss, iaitu isteri saya!

Inilah kehidupan saya sekarang, ia lebih ringkas, namun saya semakin gembira!

BACA INI JUGA:
8 Pekerjaan 'Susah' Di Malaysia Yang Dibayar Gaji Murah10 Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/sisi-gelap-dunia-korporat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tamat Semester Pertama Master Komunikasi Korporat Upm

Tamat Semester Pertama Master Komunikasi Korporat Upm

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 556 hits
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Minggu lepas aku sudah berjaya menamatkan Semester Pertama aku untuk Master Komunikasi Korporat UPM Secara kebetulan aku masuk pada Semester Kedua 2018 2019 Rasa macam suasana lebih tenang dan damai...
Syarikat Korporat Individu Disaran Sokong Usaha Penjagaan Kesihatan

Syarikat Korporat Individu Disaran Sokong Usaha Penjagaan Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 279 hits
JohorTimes Penjagaan Kesihatan ini perlu diamalkan oleh semua manusia supaya tidak menyusahkan ahli keluarga untuk melayani semasa tidak sihat Ajal dan Jodoh adalah rahsia Allah swt Akal dan fikiran kita tidak tercapai kerahsiaan Allah ini ...
Nexea Lancar Program Rintis Syarikat Permulaan Korporat Terima Permohonan Sekarang

Nexea Lancar Program Rintis Syarikat Permulaan Korporat Terima Permohonan Sekarang

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 250 hits
Kuala Lumpur 17 JUN 2019 NEXEA Angels Sdn Bhd firma pelaburan permulaan terkemuka hari ini mengumumkan pelancaran Program Rintis Syarikat Permulaan Korporatnya yang bertujuan mempertemukan syarikat permulaan teknologi tempatan dengan syarik...
4977 Majlis Mesra Aidilfitri Peringkat Korporat Tnb 2019 Ppim 13 06 2019

4977 Majlis Mesra Aidilfitri Peringkat Korporat Tnb 2019 Ppim 13 06 2019

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 668 hits
Ketua Aktivis PPIM menghadiri Majlis Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran TNB di Ibu Pejabat TNB Bangsar pada hari ini
Genap 10 Tahun Bekerja

Genap 10 Tahun Bekerja

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 607 hits
Alhamdulillah syukur yang tak terkira hendaknya kerana pada 1 Julai 2019 ini telah genap 10 tahun aku berkhidmat di sektor awam Aku pun keliru jap awam ke aku ini Boleh dikatakan juga lah kot sebab berkhidmat untuk orang awam rakyat jua hih...
Kpu Nilai Kubu Prabowo Memaksa Mk Buktikan Pelanggaran Yang Tidak Jelas

Kpu Nilai Kubu Prabowo Memaksa Mk Buktikan Pelanggaran Yang Tidak Jelas

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 190 hits
Selain itu terkait temuan kotak suara di Alfamart Ali mengatakan dalam poin perbaikan pemohon menuntut beban pembuktian tidak dibebankan kepada termohon tetapi juga pada MK Pemohon juga tidak mengetahui lokasinya dan hanya menggunakan rekam...
Ayah Dewi Perssik Meninggal Dunia

Ayah Dewi Perssik Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 348 hits
Kabar duka datang dari keluarga pedangdut Dewi Perssik Ayah Dewi Perssik Mochammad Aidil mengembuskan napas terakhir pada Minggu hari ini
Pemain Ugut Boikot Skuad Kebangsaan Jika Macau Fa Tarik Diri Pusingan Kelayakan Piala Dunia

Pemain Ugut Boikot Skuad Kebangsaan Jika Macau Fa Tarik Diri Pusingan Kelayakan Piala Dunia

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 355 hits
Kancah kelayakan Piala Dunia 2022 dikejutkan dengan berita ada pasukan yang akan menarik diri Pasukan yang dimaksudkan ialah Macau Berita ini dipercayai tersebar sejak awal malam tadi Apa yang berlaku 2022
Rebah Semasa Zikir Selepas Solat Maghrib Polis Meninggal Dunia Dalam Masjid

Rebah Semasa Zikir Selepas Solat Maghrib Polis Meninggal Dunia Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 434 hits
Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor meninggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Al Wajdi Bukit Selambau di Sungai Petani Kedah semalam selepas rebah ketika bacaan zikir pada 7 45 malam Fadzil Ahmad 60 tahun yang disen...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order