Genap 10 Tahun Bekerja


Alhamdulillah, syukur yang tak terkira hendaknya kerana pada 1 Julai 2019 ini telah genap 10 tahun aku berkhidmat di sektor awam. Aku pun keliru jap, awam ke aku ini? Boleh dikatakan juga lah kot sebab berkhidmat untuk orang awam / rakyat jua hihi.
Pada awal tahun 2009, sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir untuk jurusan Ijazah Sarjana Muda Matematik, aku sudah mula mengikuti kursus dan latihan industri melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2. Yelah, hati meronta-ronta nak cari kerja untuk menampung kehidupan seharian (walaupun). Aku memang seorang yang tidak boleh duduk diam. Mesti nak kena ada sesuatu yang dibuat.
Alhamdulillah, segala yang dirancang mengikut kemahuan yang diinginkan. Aku mengikuti kursus khidmat pelanggan di VADS, TTDI. Dilatih macam mana nak jadi Eksekutif Khidmat Pelanggan yang baik katanya. Gigih pepagi buta naik Bus RapidKL dari KL Sentral menuju ke TTDI. YES, semangat kegigihan aku memang menakjubkan hahaha. Sebab itulah akhirnya Tuhan bagi aku ganjaran – dianugerahkan peserta kursus terbaik untuk batch ketika itu (2 orang yang dapat dan aku salah seorang daripadanya).
Pemeriksaan dan Pemarkahan Thesis untuk Ijazah Pada masa yang sama, Kertas Penyelidikan (Thesis) aku telah memenangi pingat Silver dalam acara yang kalau tak silap aku namanya ialah Invention, Innovation and Design Expo (IIDEX) 2009. Tajuk thesis aku pula ialah Islamic Bond by Using Musyarakah Mutanaqisah. Aku tak hadir pada hari penjurian sebab gigih berkursus katanya. Sampai laaa nie aku tak ambil lagi pingat itu. Agaknya masih tersimpan cantik didalam almari kaca Prof Madya Dr. Maheran. Khabarnya Thesis terbaik untuk batch dan paling tebal pernah dihasilkan hahaha.
Alhamdulillah, sebaik sahaja tamat kursus, aku berjaya menempatkan diri bekerja di Celcom Careline di Menara Celcom Jalan Semarak Kuala Lumpur. Aku jaga akaun Postpaid dan memang gigih belajar tentang produk Celcom itu dan ini. Ohh, pada ketika itu produk Blackberry memang paling laku keras. Pada masa itu, kebanyakan orang memang akan rujuk Careline untuk segala jenis masalah. Sangat berbeza dengan zaman sekarang yang telah wujud pelbagai saluran untuk perkara berkaitan – Media Sosial, Web, Mobile Apps, Blue Cube sana sini etc. Zaman aku dulu, orang nak tanya pasal produk pun diorang akan call. Gigih terangkan satu persatu hahaha. Pengsan.
Aku mula bekerja secara rasmi di Celcom Careline pada 17 Jun 2009. Hajat dihati memang nak kerja sampai bila-bila di situ. Sebab macam selesa je kan. Daripada situ, aku telah mampu membeli Motosikal Yamaha Lagenda (2nd hand). Tapi, apakan daya, aku terpaksa berhenti bekerja bekerja di Celcom Careline pada 15 Mei 2009. Atas sebab apa? Dapat tawaran untuk bekerja di salah sebuah Kementerian di Putrajaya.
Ya, antara apa yang aku rasa beruntung sangat adalah, jaringan rakan taulan aku sejauh timur, barat, utara dan selatan. Campaklah aku dimana-mana, insyaallah ada kenalan disitu. Boleh pulang dengan selamat hihi. Aku memang ada menghadiri sesi temuduga untuk jawatan taraf Diploma. Sekadar ingin memenuhi dan menghormati kemahuan kenalan. Tak sangka pula dapat jawatan taraf Ijazah.
Rezeki sungguh. Pada ketika itu, aku duduk di Pandan Indah. Jarak Putrajaya dan KL melalui Lebuhraya MEX adalah lebih kurang 42km x 2 mcm tu. Gigih aku naik motosikal tiap hari ulang alik dengan penuh yakin tanpa sebarang perasaan. 1001 pengalaman telah aku lalui di Lebuhraya MEX ini – kemalangan, mata pedih, hujan panas, jalan gelap gelita etc. Motosikal memang aku servis tiap bulan atau suku tahun. Alhamdulillah, berkat doa dan niat suci…segalanya berjalan lancar. Hati memang kena kental bro! hahaha.
Ekonomi memang tak pernah nak stabil. Kontrak perkhidmatan kami semua memang 2 tahun. Tapi oleh kerana kewangan kerajaan tidak mencukupi, kontrak kami telah ditamatkan setahun awal. Namun, untuk kes aku seorang sahaja, pihak pentadbir telah menguruskan aku dibawah skim yang lain. Alhamdulillah, bertahan selama beberapa tahun lah juga. Tidak mewah dan tidak susah. Hidup bujang, jadi dengan apa yang ada dapatlah merasa pergi bercuti luar negara juga – Phuket, Hong Kong, China dan Vietnam beberapa kali. Sesedap dan secukup rasa. Asset asas pun sudah mampu dimiliki. Syukur.
Meja di Aras 1 tatkala sibuk dengan penarafan bintang. Mungkin, atas sebab jiwa muda dan kegigihan eksplore serta tidak berkira dengan kerja, aku melihat kerjaya serta kemahiran aku semakin bertambah dari hari kehari. Satu persatu ilmu baharu aku pelajari daripada rakan-rakan sekerja serta superior. Bahagia bekerja dengan kalian semua. Daripada tingkat 9 ke tingkat 1. Aku banyak belajar mengenai ilmu pentadbiran awam, protokol, asas komunikasi dan perhubungan awam. Pada masa yang sama, aku amat baik dengan Bahagian IT. Jadinya, sedikit sebanyak ilmu laman web secara teknikal, media sosial dan pembangunan sistem itu aku pelajari sedikit demi sedikit.
Istana Presiden Vietnam. Mantan PM Najib datang atas urusan rasmi. Perbincangan mengenai isu berkaitan makanan ruji dan nelayan kalau tak silap Rezeki tuhan memang sudah tertulis agaknya untuk aku kekal disitu pada tempoh masa yang lama. Sana sini aku mohon kerja lain. Tetap tidak berjaya juga. Akhirnya pada akhir tahun 2013 aku dipilih untuk bertugas di aras tertinggi pula – tingkat 17 untuk hal berkaitan media sosial sahaja pada awalnya (katanya). Penjawatan macam mana pula? Bank dan kemudiannya institusi kredit berkaitan. Tidak minta tapi ramai pihak membantu samaada secara sukarela atau paksareka (kelihatannya hihi).
Mantan PM Najib datang Singapore 2 kali untuk hal berkaitan Agrobazaar ini. Kedua-duanya aku bertugas. View this post on Instagram Waktu santai dan istirehat dari rutinitas seharian.
A post shared by MNM (@denniszill) on Aug 3, 2015 at 7:51pm PDT
Seperti biasa, aku gigih mengambil peluang yang ada belajar itu dan ini. Oleh kerana bidang tugas aku berkaitan komunikasi dan perhubungan awam, aku memang gigih yang teramat gigih belajar ilmu tentang hubungan media, membuat teks ucapan dan siaran media, solutation dan perkara yang berkaitan. Pengalaman yang amat bernilai dan sudah tentu aku amat menghargai ilmu ini. Alah, lebih kurang 2 tahun je pun saat duduk di kayangan. Alhamdulillah, aku tidak pernah mendabik dada. Kekal dengan posisi comel walau dimana jua berada. Bekerja seperti insan biasa bak macai-macai yang lain hahaha. Jadinya, aku tidak kekok untuk tidak lagi menyandang jawatan kayangan tersebut. Alhamdullillah, berjaya dan diterima untuk pulang ke sangkar. Itu lebih daripada memadai.
View this post on Instagram 1st time datang Labuan. Back to back ????….
A post shared by MNM (@denniszill) on Oct 11, 2014 at 3:00am PDT
Sekitar 30 Ogos 2015 aku mula bekerja secara rasmi di posisi kini. Insyaallah sehingga pencen perancangannya. Alhamdulillah, beban tugasnya jauh lebih ringan berbanding apa yang telah aku alami sebelum ini. Memula agak culture shock juga hahaha. Tapi lelama aku telah berjaya membiasakan diri dengan persekitaran dan budaya kerja disini. Tidak perlu pening kepala. Hanya perlu ikut je apa yang diminta tanpa sebarang persoalan sangat. Salam kosong perpuluhan empat ahaks.
View this post on Instagram Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Perasmian #Agrobazaar Singapura oleh PM Malaysia & PM Singapura semalam ????. Satu lagi pengalaman baru. Terima kasih dan tahniah kepada semua. Feeling bless. #Throwback #SujudSyukur #InstaMagAndroid
A post shared by MNM (@denniszill) on Aug 27, 2014 at 3:54pm PDT
View this post on Instagram Tidurlah dikk selagi boleh tido ??? #ShangriLa #Singapore
A post shared by MNM (@denniszill) on Aug 26, 2014 at 11:02am PDT
View this post on Instagram Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ???
A post shared by MNM (@denniszill) on Jan 2, 2017 at 6:28pm PST
View this post on Instagram Ambil gambar dulu…buat kenang-kenangan ??? #2017
A post shared by MNM (@denniszill) on Jan 2, 2017 at 3:22pm PST
Sehingga kini, aku telah berjaya mempelajari ilmu adobe photoshop dan adobe illustrator. Pada masa yang sama, aku telah belajar cara untuk edit video dengan menggunakan software Power Director. Hajat dihati memang nak guna produk Adobe je. Tapi spesifikasi PC di pejabat masih tidak mencukupi. Insyaallah tahun depan aku akan request untuk upgrade lagi bagi penggunaan Adobe Rush (paling kurang). Doakan.
Meja Kerja Semasa Ilmu Kalkulus telah pelajari. Ilmu peniagaan pun sudah belajar teori dan praktikal. Ilmu Webmaster (WordPress dan Joomla!) pun tahu. Pengaturcaraan menggunakan Microsoft Visual Basic boleh buat juga. Ilmu media sosial jangan cerita lah. Memang permainan setiap hari termasuk produk Google. Ilmu komunikasi, perhubungan awam dan media memang sudah banyak dipraktikkan. Terasa dewa dewi sangat. Laa nie sedang mengasah kreativiti dalam bentuk artwork dan video. Tak sempat nak ambil kursus kemahiran, terdaftar pula sambung belajar Sarjana Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia haha.
Insyaallah, doakan aku berjaya tamatkan sesi pembelajaran ini dengan penuh cemerlang. Akhirnya, aku ingin menggenggam Ph.D dan bergelar seorang Doktor Falsafah (Dr.) jua…..katanya.
Fuhhhh…panjang pula karangan aku. Sekadar nak mengimbau kembali kenangan dan mencoretkan sesuatu untuk kemaskini blog yang sudah bersawang. Aku sertakan sekali beberapa keping gambar kenangan yang sepat aku cedok dari sumber-sumber peribadi dan awam. Ceritanya tidak perlu detail sangat. Pengsan.
Source : Genap 10 Tahun Bekerja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mykeledek.com/genap-10-tahun-bekerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Perancangan Untuk Peranti Baru Dibawah Xiaomi Mi Max Dan Mi Note Untuk Tahun Ini

Tiada Perancangan Untuk Peranti Baru Dibawah Xiaomi Mi Max Dan Mi Note Untuk Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 164 hits
Lei Jun hari ini telah berkongsi beberapa kemaskini baru berkenaan strategi syarikat mereka termasuk mengumumkan siri peranti baru yang ditujukan kepada anak muda iaitu Xiaomi CC Berkongsi mengenainya beliau turut mengatakan yang mana Xiaom...
5 Tahun Menanti Keadilan Ini Wajah Dalang Mhi7 Yang Bakal Berhadapan Tuduhan Bunvh

5 Tahun Menanti Keadilan Ini Wajah Dalang Mhi7 Yang Bakal Berhadapan Tuduhan Bunvh

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 277 hits
5 tahun menanti keadilan ini wajah dalang MHI7 yang bakal berhadapan tuduhan bunvh5 tahun menanti keadilan ini wajah dalang MHI7 yang bakal berhadapan tuduhan bunvh
Adira Dah Mula Tantrum Masuk Usia 1 Tahun 7 Bulan

Adira Dah Mula Tantrum Masuk Usia 1 Tahun 7 Bulan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 397 hits
Adira Dah Mula Tantrum Masuk Usia 1 Tahun 7 Bulan Assalamualaikum Pada mulanya Amni dah set dalam kepala mesti Adira takkan tantrum Tapi alih alih sejak nak masuk umur 2 tahun manja dia aduh tak boleh bawak bincang ye Pendek kata sekarang d...
Berbaloi 7 Tahun Menunggu Terus Dapat Kembar Bukan Ivf Tapi Allah Nak Bagi

Berbaloi 7 Tahun Menunggu Terus Dapat Kembar Bukan Ivf Tapi Allah Nak Bagi

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 394 hits
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi 39 dikurniakan anak kembar perempuan beberapa hari lalu Menerusi laporan dia bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki walaupun dirinya dan isteri tidak mempunyai sejarah kembar Isterinya ...
Belasah Rompak Wanita Dalam Lif Stesen Mrt Lelaki Dipenjara 18 Tahun

Belasah Rompak Wanita Dalam Lif Stesen Mrt Lelaki Dipenjara 18 Tahun

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 265 hits
Seorang lelaki yang mendapat perhatian ramai selepas rakaman video perbuatan beliau merompak dan mencederakan seorang wanita di dalam lif stesen MRT menjadi tular di media sosial sekitar Feb lepas dihukum penjara 18 tahun dan lima sebatan o...
Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Masih Tak Mampu Berjalan Dan Bercakap Kesan Berpisah Dengan Ibu Bapanya

Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Masih Tak Mampu Berjalan Dan Bercakap Kesan Berpisah Dengan Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 335 hits
Menurut The New York Times anak bongsu daripada keluarga ini dipisahkan oleh pentadbiran Trump pada tahun lepas Kanak ini yang bernama Constantin Mutu ditinggalkan di sempadan Amerika Sayarikat Mexico sejak berusia 4 bulan Kini umur kanak t...
Peka B40 Penerima Bsh Berumur 50 Tahun Ke Atas Secara Automatik Layak Menerima Manfaat Program Ini

Peka B40 Penerima Bsh Berumur 50 Tahun Ke Atas Secara Automatik Layak Menerima Manfaat Program Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 513 hits
Kerajaan Malaysia telah menyediakan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan sasaran B40 melalui Kemenerian Kesihatan Malaysia PeKa B40 ini inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah deng...
Nenek 93 Tahun Cemas Kereta Terbabas Masuk Kolam Renang

Nenek 93 Tahun Cemas Kereta Terbabas Masuk Kolam Renang

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 272 hits
Seorang nenek 93 pandu kereta terbabas ke dalam kolam renang di Missouri Amerika Syarikat JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subs...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal