Siput Sedut Sotong Ketam Udang Sedap 4 Resipi Terbaik Dari Chef Asma


Makanan laut kalau dimasak gaya lauk pauk tradisional pun teramatlah sedapnya. Lagi pulak olahan resipinya dari Chef tersohor Chef Nor Asmawati Nor Din atau lebih dikenali sebagai Chef Asma.
Tenaga pengajar dari UNITAR International University ini memang cukup dikenali dengan olahan resipi yang hebat di dunia maya. Ni Chef Asma berkongsi 4 resipi tradisi untuk sotong dan udang, rugi kalau tak cuba.
1. MASAK LEMAK SIPUT SEDUT LABU KUNING
BAHAN-BAHAN
1kg siput sedut | dibersihkan dan dibuang hujung1/2 biji labu kuning | dipotong kecil2 biji kelapa | santan secukupnya1 batang serai | diketuk1 helai daun kunyit | dicarik2 keping asam kepingGaram dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
5 biji bawang merah10 biji cili padi2sm kunyit hidupCARA MEMASAK :
Bilas bersih siput sedut, kemudain gaulkan dengan hampas kelapa untuk menghilangkan bau hanyir dan lumpur.Kemudian basuh bersih dan toskan, kemudian potong bahagian hujung cengkerang.Kupas kulit labu dan rebus separuh empuk, toskan dan ketepikan.Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar, serai, daun kunyit dan siput. Nyalakan api sederhana.Apabila mendidih masukkan garam, asam keping dan sayur labuMasak lagi hingga pekat. Perasakan garam dan gula.Saiz hidangan : 6-7 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Siput sedut yang berjus dan manis rasanya, terbaik dimasak kuah lemak
INFO CHEF : Selain siput sedut resipi yang sama juga boleh dimasak untuk ketam
SOTONG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg sotong1 biji tomato | di potong kiub1 tangkai daun kari1 biji limau kasturi1 sudu makan sos tiram1 sudu makan kicap manis1 sudu makan cili kering mesinGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya menumisBahan dihiris :
5 ulas bawang putih1 biji bawang besar2.5sm haliaBahan dibancuh dengan air untuk dijadikan pes rempah:
1 sudu makan rempah kari1 sudu teh serbuk ketumbar1/2 sudu teh serbuk jintan putih1/2 sudu teh serbuk jintan manisCARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan potong. Toskan.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garingMasukkan pes rempah dan daun kari. Tumis hingga pes masak .Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.Perahkan limau kasturi dan kacau rata. Angkat dan hidangkan panas.Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah dan rasa masam manis serta pedas cili.
INFO CHEF: Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah jadi tidak perlu masuk sebarang air semasa memasak.
3. KETAM GORENG BERCILI


BAHAN-BAHAN :
4 ekor ketam | saiz sederhana2 sudu makan sos cili5 biji cili merah | dikisar2.5sm halia | dikisar2 ulas bawang putih | dikisar1/2 biji bawang besar | dikisar1 sudu makan maduGaram dan gula secukup rasa2 sudu makan tepung gandum | untuk disalut pada ketam sebelum digorengSedikit hirisan daun ketumbarCARA MEMASAK :
Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan.Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan salutkan dengan tepung gandum. Goreng hingga agak masak dan angkat.Kisar bawang besar dan bawang putih, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.Setelah naik bau baru masukkan cili kisar. Selepas itu masukkan madu, sos cili dan air.Setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa sos dan pedas secukupnya
INFO CHEF : Pilih ketam segar yang mempunyai banyak isi untuk rasa yang lebih sedap.
4. GULAI LEMAK UDANG DENGAN PUCUK UBI


BAHAN-BAHAN :
12 ekor udang | saiz XXL1 ikat pucuk ubi | direbus hingga empuk1 helai kunyit hidup | dicarik500ml santan dan air secukupnyaGaram dan gula secukup rasaBahan kisar:
10 tangkai cili padi | ikut kepedasan yang disukai5 ulas bawang merah2.5sm kunyit hidupCARA MEMASAK :
Masak bahan kisar dan air secukup di atas dapur sehingga cilinya sedikit masak.Masukkan santan dan udang. Masak hingga mendidih dan masukkan pucuk ubi dan daun kunyit.Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Gabungan udang dan pucuk ubi, gandingan yang melazatkan sajian.
INFO CHEF : Ketika menyiang udang besar pastikan usus di belakangnya dibuang agar udang benar-benar bersih.
RESIPI : CHEF NOR ASMAWATI NOR DIN
TERIMA KASIH : UNITAR International University, 3-01A Level 2, Tierra Crest, Jalan SS 6/3, Petaling Jaya, Selangor. https://unitar.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/siput-sedut-sotong-ketam-udang-sedap-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Tomyam Campur Udang Sotong Dan Ayam Yang Sedap Menggiurkan Rasa

Resepi Tomyam Campur Udang Sotong Dan Ayam Yang Sedap Menggiurkan Rasa

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 645 hits
Sedap sungguh tomyam campur yang aku masak kelmarin Macam biasa tomyam yang aku buat penuh dengan sayuran berwarna warni Sayur dan kuah tomyam campur aku ini terasa sungguh kemanisannya melalui air udang dan sotong itu Bukan manisnya gula y...
Resepi Udang Galah Kari Kering Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat

Resepi Udang Galah Kari Kering Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 474 hits
Resepi Udang Galah Kari Kering Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat Salam semua nak penghujung bulan 7 dah dalam beberapa hari lagi nak masuk bulan merdeka nak masuk raya haji dah pulak Rasa letih puasa sebulan pun tak hilang lagi nak raya ...
Lauk Sedap Puas Hati Masak Sendiri Kari Sotong Style Mamak

Lauk Sedap Puas Hati Masak Sendiri Kari Sotong Style Mamak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 845 hits
Sotong adalah makanan laut yang memang sedap dimasak apa apa juga jenis masakan Salah satunya adalah buat kari style mamak Kalau pergi ke kedai mamak ada kalanya seram nak pilih lauk sotong Bimbang harganya yang mahal Nah sekarang korang bo...
Jamu Keluarga Di Hari Cuti Dengan 4 Menu Udang Paling Sedap Senang Masak Ni

Jamu Keluarga Di Hari Cuti Dengan 4 Menu Udang Paling Sedap Senang Masak Ni

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 620 hits
Udang antara makanan laut menjadi kegemaran ramai masak apa pun sedap Selain cepat dimasak udang juga boleh dipelbagaikan menu ikut cita rasa keluarga Empat menu yang RASA kongsikan mungkin boleh dicuba atau boleh memberikan idea untuk kora...
Nasi Goreng Udang Sedap

Nasi Goreng Udang Sedap

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 407 hits
Resepi nasi goreng udang sedap dan mudah Resep nasi goreng Kalau kat Sarawak udang kecil dipanggil payak So nasi goreng payak Lama dah payak ni simpan dalam peti ais Dah siap dikopek kulitnya Bila lihat ada nasi lebih hmmmm apa lagi terus m...
Resipi Kentang Putar Ala Kfc Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Resipi Kentang Putar Ala Kfc Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 310 hits
Sebut sahaja KFC pasti anda terbayang keenakkannya rasa rempah ayamnya Akan tetapi apa menu lain yang menjadi kegemaran anda di KFC Pasti kentang putar bukan Mudah sahaja sebenarnya nak masak kentang putar ala KFC ini di rumah Resipi perkon...
Resipi Nugget Ayam Kentang Yang Sedap Tanpa Msj

Resipi Nugget Ayam Kentang Yang Sedap Tanpa Msj

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 346 hits
Anak anak memang suka makan nugget Kalau beli kadang kala kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu ragu Jadi puan puan boleh cuba buat sendiri Rupanya mudah sangat nak buat nugget ayam kentang homemade ni Rasanya sangat sedap dan moist...
Kerepek Gunting Kuih Siput Dua Menu Satu Resipi Aje Rangupnya

Kerepek Gunting Kuih Siput Dua Menu Satu Resipi Aje Rangupnya

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 743 hits
Ni kerepek tradisional yang cukup terkenal zaman berzaman Dalam senarai hidangan Raya sedap jugak dihidang Aidiladhha nanti kuih siput tetap diminati tua muda Tapi nak cari resipi yang rangup dan sedap nilah cabarannya Namun resipi yang dik...
Resipi Kuah Rojak Homemade Sedap Pekat Tak Guna Petis

Resipi Kuah Rojak Homemade Sedap Pekat Tak Guna Petis

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 1589 hits
Sedapnya Kuah Rojak homemade perkongsian saudari Cik Pooja ni Kalau makan dengan buah jambu atau mangga memang terbaik Bagi para penggemar rojak dan nak buat kuah ni secara homemade resipi ni amat mudah dan terbaik yang boleh anda cuba CARA...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti