Siput Sedut Masak Lemak Cili Api



Entah kenapa lak tiba tiba terasa ingin makan dan masak sendiri siput sedut. Ya lah kalau makan di kedai risau nak ambil banyak banyak. Kesian Hubby nak bayar mahal mahal. Jadi kalau memasak sendiri, memang bolehlah makan puas puas. 

Kalau di kampung dulu, saya mencari siput di dalam sawah padi. Warnanya hitam dan bentuknya bulat. Dalamnya kadang kadang ada macam anak siput yang halus halus. Terasa seperti berpasir. Siput sedut berbelang seperti yang saya guna hari ini, hanya dikenali sejak saya berpindah di sini sahaja.

Kepada yang bertanya, macam mana saya memasak. Saya hanya duduk di bangku tinggi dan bantu mengacau ngacau di periuk sahaja. Semua persediaan bahan untuk memasak disediakan oleh pengasuh cucu saya. Dia yang mengambil itu dan ini. Saya tidak boleh banyak bergerak kerana masih memerlukan tongkat. Tapi jika saya tidak melakukan apa apa, lagi parah keadaan mental saya.



Orang sakit macam saya ni, teringin nak makan macam macam. Asyik terbaring jer. Mood pun ke laut. Memang sangat down memikirkan nasib diri. Susah nak ke bilik air, susah nak ambil wudhu, solat pulak duduk di kerusi sahaja. Kaki pulak masih berdenyut. Diri tidak bebas bergerak seperti orang lain. 

Terfikir macam mana nak pergi kerja, macam mana nak duduk di kerusi kerana kaki masih bengkak dan sakit jika tidak diluruskan. Macam mana nak solat di pejabat atau macam mana nak ke bilik air di pejabat yang lantainya sentiasa basah. Macam mana nak bergerak dan berjalan ke bilik mesyuarat. Perlukah saya membelakangkan kesihatan saya semata mata untuk ke pejabat. Perlukah saya tidak mendengar nasihat doktor? Inilah konflik dalaman yang menghantui diri saya ketika ini.

Semuanya yang menyebabkan saya stress sebenarnya. Doktor pakar pun dah beritahu, penyembuhan memakan masa sekurang kurangnya 6 minggu. Siapa yang nak sakit? Cer beritahu. Ada pepatah mengatakan kemalangan tidak berbau. Tapi saya yakin, ada hikmahNya yang tersembunyi bila semua ini terjadi. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. 

Berbalik pada cerita siput sedut, saya tak pernah lagi membeli siput sedut yang belum dimasak, apalagi membersihkan siput sedut, jadi saya google cara caranya dan terjumpa tips yang dikongsikan oleh sahabat blogger saya, Che Mat Gebu dari blog Dapur Tanpa Sempadan di SINI.

Petua Che Mat lagi, jika anda membeli sehari sebelum dimasak, letak siput sedut dalam baldi, kemudian taburkan hampas kelapa. Pastikan permukaan baldi ditutup dengan tapis dan tindih dengan benda berat seperti lesung batu untuk mengelakkan siput keluar merayap serata dapur.

Sebetulnya dari pagi mencari siput sedut ni. Beberapa kedai runcit yang Hubby pergi, semuanya tiada stock. Jadi memang rezeki sangat bila dapat bekalan siput sedut ini. 

Hikmahnya, saya tidak perlu mencuci dan memotong siput sedut kerana Barang Dapur Basah dari Instagram @barangdapurbasah telah menghantar siput sedut yang telah dicuci dan dipotong. Jimat masa untuk menyiang siput yang memang agak remeh dan memakan masa ini. 


Haa para wanita dan isteri yang bekerja yang sentiasa bekejar masa untuk ke dapur, boleh order jer dengan Barang Dapur Basah di 0193247061. Mereka juga ada membekal bahan dapur sedia kisar seperti cili kering, bawang merah bawang putih dan macam macam lagi. Sangat memudahkan kerja. Tiada alasan untuk kita tidak memasak sendiri kan?

Hari ini saya memasak siput sedut masak lemak cili api sahaja. Saya suka yang simple simple supaya keenakan siput jelas terasa. Masak lemak siput sedut juga sedap digandingkan dengan batang keladi atau pucuk paku. Tapi hari ini, saya masak kosong sahaja. 

Sangat sedap dan sangat berpuashati bila hajat tercapai. Saya makan meratah ratah sepinggan besar. Jika suka kuah yang banyak, boleh guna 1 1/2 atau 2 biji kelapa. Saya guna hanya 1 biji kelapa sahaja. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Siapa belum subscribe video di Azie Kitchen channel boleh klik di SINI. 

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:2 pek/2 kg siput sedut
1 1/2 biji kelapa - santan1-2 batang serai - ketuk1 keping asam keping 1 helai daun kunyit - hiris halus1 sudu besar garam kasar 
Bahan kisar:20-25 tangkai cili api kampung1 inci kunyit hidup
Cara cara:Basuh siput bersih bersih dengan menggunakan berus. Bilas 4-5 kali sehingga betul betul bersih airnya. Rendam dalam air garam seketika. Tos dan potong bahagian bucu siput pada ruas ke 3 dari atas dengan menggunakan cutter. 
Masukkan siput yang siap dipotong tadi ke dalam besen dan tuang air hingga siput tenggelam. Ambik dengan tangan, toskan dan masukkan ke dalam tapis. Tujuan buat macam ini, untuk mengelakkan serpihan kulit siput terikut masuk dalam masakan kita. 



Masukkan bahan kisar bersama serai ke dalam kuali dan masak sehingga cili agak kering.

Masukkan santan cair dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
Masukkan siput yang telah dibersihkan, kacau lagi sehingga kuah mendidih dan siput masak.  



Masukkan santan pekat, garam dan asam keping. Kacau menggunakan api perlahan sehingga kuah mendidih kecil dan tiada buih buih dalam kuah. 



Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya. 




Nota:Tips lain untuk membersihkan siput. Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air ke dalam sebuah bekas.  Selepas itu masukkan hampas kelapa.
Gaul hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi kesemua siput tadi. Biar semalaman. Boleh juga dibiarkan selama 2 jam. Basuh siput tadi sehingga bersih dan sedia untuk dipotong. Ia akan menghilangkan bau lumpur. 
Jika anda membeli sehari sebelum dimasak, letak siput sedut dalam baldi, kemudian taburkan hampas kelapa. Pastikan permukaan baldi ditutup dengan tapis dan tindih dengan benda berat seperti lesung batu untuk mengelakkan siput keluar merayap serata dapur. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/siput-sedut-masak-lemak-cili-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang

Ayam Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 950 hits
Hari ini saya menggunakan periuk baru yang diberi oleh mybazaaruk jenama gastreaux yang bukan sahaja cantik tetapi sangat praktikal digunakan di dapur Ianya tidak melekat menjadikan periuk cantik sahaja dari mula memasak sehingga siap memas...
Cara Masak Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Paling Sedap

Cara Masak Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Paling Sedap

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 668 hits
Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk ni memang sedap Nampak ringkas je cara penyediaannya tapi percayalah rasanya memang membuka selera Kalau dekat dapur ada lebihan ikan goreng sesuai sangat masak menu ni Sedap Untuk makan tengahari malam ke sarap...
Isteri Terharu Suami Selamba Cuci Luka Bersalin Hingus Anak Dia Sedut Macam Makan Siput Sedut

Isteri Terharu Suami Selamba Cuci Luka Bersalin Hingus Anak Dia Sedut Macam Makan Siput Sedut

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 498 hits
PETALING JAYA Jarang kita dengar golongan suami yang sanggup menjaga isteri semasa dalam pantang Kebiasaannya isteri akan dipos ke kampung paling tidak pun ibu sendiri mahupun ibu mertua dibawa khas dari kampung untuk menjaga isteri dan ana...
Sup Tulang Semudah A B C Sambal Cili Kicap

Sup Tulang Semudah A B C Sambal Cili Kicap

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 622 hits
Bahan bahan Sup TulangTulang Lembu 1 kgBunga Lawang 2 bungaKulit Kayu Manis 1 batangBuah Pelaga 3 bijiBawang putih 3 ulasBawang Merah 3 ulasHalia 1 inciDaun Bawang 1 batang Daun Sup 1 pokok agak2 Bawang GorengAirMinyak masakGaram serbuk per...
Jantung Pisang Goreng Cili Padi Yang Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi Yang Sedap

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 613 hits
Telah lebih seminggu saya menjalani pembedahan kaki Saya mulai rasa risau kerana pain killer yang diberi untuk dinakan dua kali sehari telah habis tapi sakit masih ada dan berdenyut Saya lagi risau bila saya bukan sahaja tidak boleh berjala...
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Tanpa Guna Cuka Tiruan

Cara Buat Cili Jeruk Homemade Tanpa Guna Cuka Tiruan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 1277 hits
Sesetengah dari kita ada yang alah terhadap cuka buatan tiruan Asal makan je pasti perut rasa sakit Jadi cuba resipi Cili Jeruk homemade perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni Menurut beliau resipi cili jeruk ni menggunakan bahan organi...
Himpun Bantah Icerd Hanya Semarak Bara Api Kata Wakil Pkr

Himpun Bantah Icerd Hanya Semarak Bara Api Kata Wakil Pkr

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 283 hits
pada 30 November 2018Oleh Aliff Fikri AzizDr Afif Bahardin berkata pendirian PH jelas untuk tidak meratifikasi ICERD Foto oleh Shafwan ZaidonSEBERANG JAYA 30 Nov Wakil rakyat PKR mengecam tindakan pembangkang yang mahu meneruskan himpunan m...
Mood Rajin Jeruk Cili

Mood Rajin Jeruk Cili

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 578 hits
BismillahMinggu lepas aku balik ke rumah mertua bibik bagi sebekas cili kecil Aku cakap bila masa laaaa kami nak memasak bik oi Kalau memasak pun takdelah sampai guna sebesen cili ni Tapi dengan dialek Jawanya dia masih bersungguh sungguh n...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal