Sinopsis Drama Korea Mr Sunshine
Sinopsis Drama Korea Mr. Sunshine
Pengarah dan screenwriter drama Mr. Sunshine ini adalah orang sama yang jadi pengarah dan screenwriter untuk drama popular seperti Goblin dan Descendants Of The Sun. Jadi memang harus tontonlah drama Mr Sunshine ni, sebab memang best gitu, walaupun berlatarbelakangkan sejarah Joseon (Korea) awal tahun 1900 dan juga ketika pendudukan Jepun di Korea serta perjuangan aktivis yang ingin membebaskan Joseon dari sebarang penjajahan kuasa asing khususnya Jepun. Selain disulami dengan kisah cinta di zaman tersebut. Pendek kata memang berbaloi menonton drama Korea Mr. Sunshine ini, sinematografinya memang cantik giler dah macam tonton filem gitu, plus para pelakonnya juga memang terbaik. Apa pun jom tengok senarai pelakon drama Korea ini serta sinopsisnya di bawah ini ye, selamat membaca.
Watak & Senarai pelakon drama Korea Mr Sunshine
1) Lee Byung Hun sebagai (Choi Yoo Jin / Eugene Choi)
2) Kim Tae Ri sebagai (Go Ae Shin)
3) Yoo Yeon Seok sebagai (Goo Dong Mae)
4) Kim Min Jung sebagai (Kudo Hee Na)
5) Byun Yo Han sebagai (Kim Hee Sung)
6) Kim Eui Sung sebagai Lee Wan Ik
7) Kim Nam Hee sebagai Takashi Mori
8) Kim Kap Soo sebagai Hwang Eun San
9) Choi Moo Sung sebagai Jang Seung Goo
10) Kim Byung Chul sebagai Il Sik
11) Jo Woo Jin sebagai Im Gwan Soo
12) David McInnis sebagai Kyle Moore
Selain itu ada ramai pelakon popular yang membuat kemunculan khas (special appearance) dalam Korean Drama Mr Sunshine ini seperti Jin Goo, Kim Ji Won, Lee Shi A, Im Se Mi, Jang Dong Yoon, Park Jung Min, Kim Min Jae dan ramai lagi.
Sinopsis Mr. Sunshine - Korean Drama
Mengisahkan tentang Eugene Choi / Choi Yoo Jin yang berasal dari golongan bawahan iaitu hamba dan ketika dirinya masih kecil, dia dan ibu bapanya berkerja dan berkhidmat untuk keluarga bangsawan yang kaya raya. Namun tak lama kemudian suatu tragedi telah berlaku, bapanya dibunuh dan ibunya membunuh diri dan Eugene yang baru berusia 9 tahun terpaksa melarikan diri apabila dirinya diburu oleh slave hunter yang diupah oleh keluarga bangsawan tersebut. Nasib Eugene baik apabila ada beberapa orang yang membantunya dan dia berjaya melarikan diri dari Joseon ke Amerika. Disitu Eugene akhirnya berjaya menjadi tentera dan seterusnya menjadi warganegara Amerika. Tak lama kemudian Eugene ditugaskan untuk bekerja di tempat kelahirannya iaitu Joseon dan Eugene kembali ke Joseon sebagai Captain of the U.S Marine Corps dan juga sebagai Acting Consul for the United States (Amerika). Di Joseon Eugene bertemu dengan seorang wanita cantik yang berasal dari keluarga bangsawan bernama Go Ae Shin. Eugene juga tahu rahsia Go Ae Shin yang dilatih untuk menjadi seorang sniper dari Righteous Army. Datuk Go Ae Shin iaitu Go Sa Hong banyak memberi bantuan kewangan pada Righteous Army itu serta membenarkan cucunya yang degil itu belajar tentang ilmu mempertahankan diri serta menembak.
Lama - kelamaan Eugene dan Go Ae Shin saling jatuh cinta, namun ketika itu Go Ae Shin telah pun mempunyai tunang bernama Kim Hee Sung yang sudah lama tidak pulang ke Joseon dan kini berada di Jepun. Namun tak lama kemudian Kim Hee Sung pulang ke Joseon dan pergi ke rumah tunangannya itu. Sebelum ini Kim Hee Sung tidak pernah mempedulikan tentang perihal tunangnya itu mahu pun berjumpa dengan Go Ae Shin. Tapi setelah terpandang wajah Go Ae Shin yan jelita itu, Kim Hee Sung telah jatuh cinta padanya dan berasa sangat menyesal kerana tidak mempedulikan pasal Go Ae Shin sebelum ini. Go Ae Shin mula berasa risau apabila Kim Hee Sung telah kembali ke Joseon, dia risau jika dirinya dipaksa untuk berkahwin, tambahan lagi hatinya kini sudah dimiliki dan dia juga tidak mahu menjadi seorang isteri sebaliknya mahu berjuang menentang penjajah. Selain Eugene Choi dan Kim Hee Sung, ada seorang lagi lelaki bernama Goo Dong Mae yang turut mencintai Go Ae Shin. Namun Go Ae Shin langsung tidak menyukai Goo Dong Mae kerana baginya Goo Dong Mae adalah pengkhianat kerana telah bekerja dengan pertubuhan Jepun walaupun Goo Dong Mae sebenarnya berasal dari Joseon. Walaupun sedar yang Go Ae Shin tidak akan menyukainya, namun Goo Dong Mae tetap akan terus menyintai serta obses dengan Go Ae Shin.
Kim Hee Sung dan Eugene tinggal di Glory Hotel dan bilik mereka bersebelahan antara satu sama lain. Eugene dan Goo Dong Mae dapat tahu yang Kim Hee Sung adalah tunang pada Go Ae Shin dan mereka mula tidak senang dengan kehadiran Kim Hee Sung dan cuba untuk membencinya. Tapi Kim Hee Sung sebenarnya seorang yang berhati baik tidak seperti datuknya yang kejam itu, malah dia juga seorang yang ceria, friendly dan ingin berkawan baik dengan G.Dong Mae dan Eugene tapi dia sedikit hairan bila mereka agak dingin dengannya. Lebih menarik bila keluarga Kim Hee Sung ini juga ada sejarah hitam dengan Eugene Choi namun lama - kelamaan Eugene dapat menerima kehadiran Kim Hee Sung dan Goo Dong Mae dalam hidupnya, walaupun mereka bertiga menyintai perempuan yang sama. Mereka bertiga cuba membenci antara satu sama lain tapi tak berjaya kerana akhirnya mereka bekerjasama dan saling tolong - menolong antara satu sama lain untuk melindungi Go Ae Shin dari sebarang bahaya. Kudo Hee Na pula adalah owner pada Glory Hotel yang mahir bermain pedang, dia berkawan baik dengan Goo Dong Mae dan awalnya ada hati pada Eugene tapi akhirnya mengalah kerana sedar Eugene dan Go Ae Shin saling menyintai. Kudo Hee Na asalnya dari Joseon tapi ayahnya yang pro Japanese telah mengahwinkannya dengan orang Jepun dan akhirnya Kudo Hee Na menjadi janda dan mewarisi hotel tersebut serta duit yang banyak dari suaminya.
Kudo Hee Na sebenarnya berkhidmat dengan raja Joseon dan sentiasa alert dan tahu apa yang berlaku di sekelilingnya serta mengetahui banyak rahsia. Walaubagaimanapun Kudo Hee Na malu dengan perangai ayahnya Lee Wan Ik yang kejam dan jahat itu. Lee Wan Ik juga adalah pembunuh ibu bapa Go Ae Shin dan dia juga sanggup menggadaikan tanah airnya itu asalkan dapat banyak faedah darinya. Lee Wan Ik juga adalah punca yang menyebabkan seluruh keluarga Go Ae Shin musnah, rumahnya dirobohkan dan keluarganya berpecah - belah dan ramai yang mati serta terpaksa melarikan diri. Kim Hee Sung pula membuka syarikat penerbitan akhbarnya sendiri dan syarikatnya itu tidak bernama kerana tidak mahu diburu oleh Jepun. Kim Hee Sung cuba melawan tentera Jepun dengan caranya sendiri iaitu melalui penulisannya. Raja Joseon semakin hilang kuasa dan terpaksa tunduk dengan kehendak Jepun, seluruh angkatan tentera Joseon dihapuskan, ramai tentera Joseon yang mati, manakala tentera yang selamat pula akan menganggotai Righteous Army selepas itu dan terpaksa bersembunyi di gunung. Tentera Jepun pula sedang giat memburu seluruh anggota righteous army itu, manakala Eugene pula diarahkan untuk pulang ke Amerika semula dan dia mula risau dengan keselamatan Go Ae Shin. Apa yang berlaku seterusnya?.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darihatimissmulan.blogspot.com/2018/11/sinopsis-drama-korea-mr-sunshine.html