Drama Korea My Mister


My Mister - Korean Drama Review
Hari ini aku nak buat review drama Korea My Mister pula yang disiarkan pada 21 March 2018 dan tamat episodnya pada 17 Mei yang lalu. Antara pelakon drama Korea My Mister ini adalah Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Ko Du Shim, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Nara, Oh Na Ra dan ramai lagi. Korean Drama My Mister ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN bagi menggantikan drama Mother lakonan Lee Bo Young itu serta akan digantikan dengan drama What Wrong With Secretary Kim lakonan Park Seo Joon dan Park Min Young. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama best seperti Signal, Misaeng, Monstar, Sungkyunkwan Scandal dan lain - lain lagi. Manakala penulis skrip drama ini adalah orang yang sama menghasilkan skrip drama popular iaitu Another Oh Hae Young / Another Miss Oh. Selain itu Drama ini juga adalah drama comeback IU selepas drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo. Kalau korang tengok sinopsis drama ini, memang agak sedih jalan ceritanya terutama untuk watak utama drama ini iaitu Park Dong Hoon (lakonan Lee Sun Kyun) dan juga Lee Ji An (lakonan IU). Kalau korang nak baca sinopsis penuh drama My Mister ini, korang boleh klik link kat bawah sekali ye. Aku tertarik nak tengok drama ini sebab jalan ceritanya yang unik, plus lakonan IU juga nampak menyerlah dalam drama ini bila dia melakonkan watak seorang wanita muda yang pendiam, tidak berkawan dengan orang lain, buat hal sendiri, tidak peramah dan hidupnya penuh kisah duka serta mempunyai masa silam yang pahit. Manakala Park Dong Hoon pula seorang lelaki yang sangat baik dan merupakan anak kebanggaan ibunya kerana mempunyai pekerjaan yang berjawatan tinggi. Namun siapa sangka Park Dong Hoon tertekan dengan pekerjaannya, malah rumahtangganya juga di ambang kemusnahan bila isterinya curang dengan majikannya sendiri. perkenalannya dengan Lee Ji Ah merubah hidup mereka berdua. Lee Ji Ah dan Park Dong Hoon saling menghormati dan perkenalan mereka turut mengubat hati mereka yang luka. Lee Ji An yang awalnya ingin mempergunakan Park Dong Hoon demi kepentingannya mula berubah hati, bila dia sedar yang Park Dong Hoon ini seorang lelaki yang baik dan mula jatuh hati padanya. Sekaligus membuatkan Lee Ji An mengubah niatnya dan cuba melindungi Park Dong Hoon dari sebarang ancaman. Sayangnya tiada kisah cinta antara Lee Ji An dan Park Dong Hoon ini, walaupun nampak mereka saling menyukai antara satu sama lain. Tambahan lagi Park Dong Hoon merupakan lelaki yang baik tak mungkin dia akan menerima cinta Lee Ji An, sedangkan dia masih belum bercerai dengan isterinya.Dalam drama ini, korang akan rasa annoying dengan isteri Park Dong Hoon yang bernama Kang Yoon Hee (lakonan Lee Ji Ah) tu. Slumber je curang dengan majikan Park Dong Hoon tu, pastu berlagak macam Park Dong Hoon yang bersalah. Dalam drama My Mister ni lakonan Lee Ji Ah biasa - biasa saja, aku lagi suka lakonan Lee Ji Ah dalam drama The Ghost Detective tu, bila dia melakonkan watak roh jahat / hantu tu. Apa pun memang rasa kagum dengan Park Dong Hoon ni sebab dia sweet dan baik sangat, no wonderlah Lee Ji An pun boleh jatuh hati kat dia. Antara scene yang aku suka dalam drama ni bila Park Dong Hoon betul - betul marah tu dan pergi belasah Lee Kwang Il (lakonan Chang Ki Yong) yang merupakan ceti haram dan selalu mengganggu dan memukul Lee Ji An itu. Susah sebenarnya nak tengok Park Dong Hoon betul - betul tunjukkan emosinya terutamanya ketika dia marah. Selain itu aku juga agak tertarik dengan sejarah silam serta perasaan Lee Kwang Il pada Lee Ji An yang benci tapi cinta gitu, Lee Kwang Il sayangkan Lee Ji An tapi disebabkan bapanya mati dibunuh Lee Ji An membuatkan dia berdendam dengan Lee Ji An tapi dalam masa yang sama dia suka padanya. Memang complicated betul perasaan Lee Kwang Il ni.Selain itu aku juga suka tengok hubungan akrab Park Dong Hoon dengan adik - beradiknya serta kawan - kawannya yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama itu. Bila Park Dong Hoon ada masalah ke atau kena pukul ke, semua akan datang tolong dan belasah balik siapa yang pukul Park Dong Hoon tu hehehe. Malah diorang juga turut membantu Lee Ji An ketika dia berada dalam masalah dan melayannya dengan baik sekali. Susah kot nak dapat kawan - kawan sporting dan sanggup susah senang bersama macam geng - geng Park Dong Hoon ni. Selain itu aku juga suka dengan kisah hidup adik - beradik Park Dong Hoon yang lain iaitu abangnya yang bernama Park Sang Hoon serta adiknya Park Ki Hoon. Kehidupan adik - beradik Park Dong Hoon lebih susah kerana mereka tiada kerja tetap seperti P.Dong Hoon itu, tapi aku suka bila diorang akhirnya cuba berusaha dan bermula dari bawah semula dengan mengambil alih syarikat pembersihan dari kawan mereka dan memulakan kerja - kerja mencuci dan membersihkan kawasan - kawasan tertentu yang memerlukan khidmat mereka. Banyak pengajaran dalam drama ini, korang juga boleh tengok pelbagai kerenah pekerja serta sikap orang atasan yang ada banyak agenda di tempat kerja Park Dong Hoon itu, disebabkan itulah P. Dong Hoon sentiasa tertekan di tempat kerjanya itu.Ending drama Korea My Mister ini happy ending juga, bila Park Dong Hoon dan Lee Ji An menemui kebahagian masing - masing dan mereka terserempak semula. Tapi lepas tu tak tahulah apa yang jadi hahaha korang kena buat ending sendirilah lepas tu hehehe. Apa pun aku suka dengan drama ini, tak membosankan langsung walaupun jalan ceritanya agak heavy dan melodrama sikit tapi tetap menarik. Apa pun aku bagi 8/10 bintang untuk drama Korea My Mister ini.
Baca Ini Juga ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea My Mister

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2018/11/review-drama-korea-my-mister.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Drama Korea Kerajaan Terseru

9 Drama Korea Kerajaan Terseru

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 354 hits
Menonton Drama Korea merupakan hiburan yang disukai oleh remaja maupun orang tua Pemeran yang cantik dan tampan membuat Drama Korea semakin enak untuk ditonton Dalam pemilihan genre dari film yang pilihannya banyak sekali semakin menambah a...
Drama Korea Something In The Rain

Drama Korea Something In The Rain

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 610 hits
Something In The Rain Korean Drama ReviewSeperti biasa hari ini aku nak buat Pretty Sister Who Buys Me Food yang dilakonkan oleh Son Ye Jin Jung Hae In Jang So Yeon Oh Ryong Wi Ho Joon Kil Hae Yeon Jung Eugene dan ramai lagi Drama ini meman...
Sinopsis Drama Korea Mr Sunshine

Sinopsis Drama Korea Mr Sunshine

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 930 hits
Sinopsis Drama Korea Mr SunshinePengarah dan screenwriter drama Mr Sunshine ini adalah orang sama yang jadi pengarah dan screenwriter untuk drama popular seperti Goblin dan Descendants Of The Sun Jadi memang harus tontonlah drama Mr Sunshin...
Petal Velvet Sunaway Petal Velvet Powder Dari Althea Korea Yang Comel Berbaloi Untuk Wanita

Petal Velvet Sunaway Petal Velvet Powder Dari Althea Korea Yang Comel Berbaloi Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 384 hits
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan lagi Kalau sebut jer mengenai produk kecantikan wanita paling cerewet memilih produk yang sesuai dan berkualiti untuk kulit wajah masing masing Termasuklah mama sendiri akan memilih produk yang b...
Buah Tangan Dari Korea Dan Vietnam

Buah Tangan Dari Korea Dan Vietnam

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 335 hits
Real Nature Mask Sheet Bamboo Ole ole dari Korea pemberian Ms Bee SheOle ole dari Vietnam pemberian Ah ChongTerima kasih kerana sudi memberi ole ole ini
Chinese Firm To Develop Third National Car They Can Be From Japan China Or Korea Says Dr M

Chinese Firm To Develop Third National Car They Can Be From Japan China Or Korea Says Dr M

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 224 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has no issue if the third national car project were to be operated by a private company from China The third national car is a private sector effort How they will do it is left to them They can be from Jap...
Micro Pins Korea Yang Super Tajam Tak Rosakkan Kain Tudung

Micro Pins Korea Yang Super Tajam Tak Rosakkan Kain Tudung

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 956 hits
Hai hijabista sekalian Biasa kau orang pakai tudung guna pin tudung jenis macamana ye Jarum peniti salah satu yang patut ada untuk pemakai shawl Tak da jarum peniti memang susah nak menggayakan shawl Tapi ada sesetengah hijabista memang suk...
Korea Utara Diam Diam Masih Punya Selusin Lokasi Peluncuran Rudal Nuklir

Korea Utara Diam Diam Masih Punya Selusin Lokasi Peluncuran Rudal Nuklir

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 158 hits
Lembaga think tank CSIC yang bermarkas di Washington mempublikasikan foto foto satelit dari basis operasi rudal balistik jarak dekat milik Korea Utara yang mampu menampung rudal jarak menengah dan mengancam pasukan AS di wilayah zona larang...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas

Pusing Bandar

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan