Apabila Che Salmah melihat Anas, dia terus berlari ke belakang tempat itu dan tiba-tiba Che Salmah amat terkejut apabila terserempak dengan Anas cucunya. Anas tidak menyedari bahawa perempuan itu adalah neneknya, tetapi Che Salmah mengetahui bahawa Anas adalah cucunya. Namun, hal ini terus menjadi rahsia. Anas tawarkan Che Salmah sebagai penyanyi kugirannya. Che Salmah menyamar sebagai Sally dan menyewa rumah milik Pak Ali. Apabila melihat Sally, Pak Ali teringat akan Che Salmah kawannya semasa muda dahulu. Pada masa yang sama Azhar dan isterinya amat gusar kerana ibunya yang hilang masih belum ditemui lagi. Che Salmah pula muncul tiba-tiba dengan penampilan seorang wanita cantik dan bersuara merdu diterima untuk menjadi penyanyi kumpulan muzik yang diketuai oleh Anas cucunya.Selepas habis latihan menyanyi, Anas menjemput Sally makan malam di rumahnya. Perangai Sally agak pelik kerana Sally bersikap seolah-olah dia ialah Che Salmah dan apabila dia tersedar, dia terus mengubah perangainya menjadi seperti Sally semula. Hal ini amat menghairankan keluarga Anas temasuk ayahnya Azhar. Azhar pula berasa amat sedih atas kehilangan ibunya dan isterinya Amyza juga berasa amat bersalah menyebabkan ibu mertuanya menghilangkan diri. Hubungan anatara Azhar dan Amyza menjadi dingin. Pak Ali curiga dengan tingkahlaku Sally. Sally rindu anak dan cucunya namun terpaksa bertahan kerana identitinya yang barunya itu. Anas dan ahli kumpulan muziknya juga curiga kerana Sally agak kolot dan tidak mempunyai telefon pintar. Tembelang Sally pecah bila Pak Ali perasan Sally memakai rantai sama dengan Che Salmah. Pak Ali menyelongkar bilik Sally dan terjumpa cermin mata Che Samah di dalam sebuah beg pakaian Sally. Che Salmah terpaksa berterus-terang dengan kejadian yang dialaminya hingga membuatkan dirinya terus menyamar sebagai Sally.Che Salmah terus menjadi penyanyi dalam kumpulan muzik Anas dan menyewa bilik di rumah Pak Ali. Sementara itu, Azhar sekeluarga yang gagal mencari Che Salmah sangat bersedih dan menyesal kerana telah menghalau ibunya keluar daripada rumahnya dulu. Seorang komposer, Ahmad menawarkan Che Salmah menyertai syarikat rakamannya.Pada suatu petang Amyza datang ke rumah Pak Ali dan cuba menyelidik tentang ibu mertuanya. Pada suatu malam Salmah terpijak kaca dan kakinya berdarah. Pak Ali datang membantunya. Kaki Sally yang terluka dan berdarah akibat terkena kaca menjadi berkedut-kedut. Pak Ali dan Sally amat risau dan cuba mencari orang tua yang memberikan jamu dulu di Chow kit Road. Malangnya mereka gagal. Kaki Sally terpaksa dibalut untuk menyembunyikannya. Dalam pada itu Azhar dan Amyza cuba menyiasat tentang bil kad kredit yang digunakan atas nama Che Salmah dan bertanyakan hal ini kepada Pak Ali. Kebetulan pada waktu itu Sally ada bersama. Melalui gelagat Sally, Azhar dan Amyza mengesyaki sesuatu tentang Sally. Amyza dan Azhar berasa hairan dan curiga tentang penampilan Sally yang cantik itu. Dalam masa yang sama Karisma Records mempunyai harapan yang sangat tinggi akan kemampuan Sally sebagai penyanyi yang hebat untuk memajukan syarikatnya. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Che Salmah dapat mencari penawar mengubah kembali identiti dirinya?Jom Baca ini juga ➤ Review Korean Drama - Less Than Evil~Blog Dari Hati Miss Mulan~ - darihatimissmulan.blogspot.com|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |