Bekas Pemandu Tidak Muncul Buat Permohonan Maaf Che Ta Nekad Teruskan Tindakan Undang Undang




PELAKON Rozita Che Wan akhirnya terpaksa bertindak meneruskan tindakan undang-undang selepas bekas pemandunya gagal tampil membuat permohonan maaf seperti dituntut pada Jumaat lalu.

Peguam Rozita, Wan Sarimah Wan Husain dari firma guaman CSQlaw ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyediakan surat cara tuntutan terhadap Muhammad Riduan Mohamad Mizol, 21, sebelum ia difailkan.

"Berikutan keengganan dia membuat permohonan maaf seperti dituntut tempoh hari, saya bersama anak guam (Rozita) sudah pun berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

"Buat masa ini kami sedang menyediakan surat cara atau dokumen sebelum ia diteruskan," katanya kepada mStar Online.


Bagaimanapun kata Sarimah, pihaknya akan memaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang diambil kemudian.

Pada Jumaat lalu, Rozita atau Che Ta memberi tempoh sehingga pukul 6 petang kepada Riduan untuk membuat permohonan maaf kepadanya berhubung isu tidak mendapat gaji baru-baru ini.

Che Ta memberitahu dia memberi peluang kepada Riduan berbuat demikian kerana tidak mahu memanjangkan isu itu dan ingin menyelesaikannya dengan baik.

Malah pelakon Kiah Pekasam itu memberi kelonggaran kepada pemuda itu sama ada ingin bertemu dengannya atau membuat permohonan maaf itu di laman sosial miliknya.



Bagaimanapun Riduan enggan berbuat demikian dan tindakan undang-undang terpaksa diteruskan.

Sebelum ini, pihak peguam Che Ta sudah menghantar notis tuntutan bertarikh 11 Mac lalu kepada Riduan namun tidak mendapat sebarang respons daripada Riduan.

Dalam satu kenyataan kepada mStar sebelum ini, Riduan berkata dia enggan memohon maaf kerana tindakkannya membangkitkan isu tidak dibayar gaji sehingga ia menjadi tular bulan satu kesalahan.

Sumber : mStar Online

Artikel berkaitan :  “Pemandu bukannya hamba abdi” - Riduan enggan mohon maaf kepada Che Ta


BEKAS pemandu Rozita Che Wan tidak berhasrat membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka seperti dituntut aktres itu berhubung insiden aktres itu  tidak membayar gajinya.

Muhamad Riduan, 21, berkata, selepas mendapat nasihat daripada pihak tertentu, dia dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian memandangkan apa yang berlaku bukan kesalahannya.

"Dia (Rozita) meminta saya untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka yang akan diserahkan peguamnya untuk menyelesaikan perkara ini tetapi saya tidak akan berbuat demikian kerana ia bukan salah saya," katanya kepada mStar Online.

Menerusi hantaran di Facebook, pemuda itu yang baharu sahaja bekerja selama dua bulan mendedahkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta enggan membayar gajinya sebanyak RM2,000.



Riduan turut memuat naik perbualan dengan pembantu peribadi Che Ta yang dikenali sebagai Kak Nani menerusi aplikasi WhatsApp bagi menuntut gajinya.

Dalam respons segera, pelakon Kiah Pekasam itu memberitahu sudah menjelaskan bayaran dituntut pada Khamis namun dia terkilan dengan sikap bekas pemandunya itu yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah bagi menjatuhkan reputasinya.

Ekoran itu, Che Ta meminta individu itu tampil memohon maaf selain sudah merujuk perkara itu kepada peguamnya.



Dalam pada itu, Riduan dalam maklum balasnya kepada mStar Online pada Jumaat enggan mengulas mengenai semua dakwaan dilemparkan terhadapnya termasuklah dia gemar tidur kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

Ini kerana katanya, dia menganggap isu tersebut sudah pun selesai memandangkan pihak Rozita sudah melunaskan gaji tertunggaknya.

Riduan memberitahu apa yang terjadi kepadanya juga seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak majikan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pekerja sesuka hati.



"Untuk peringatan majikan di mana-mana sahaja di luar sana, ambil apa yang terjadi pada saya ini sebagai pengajaran dan jangan ingat kami sebagai pemandu tiada maruah dan bukannya hamba abdi yang boleh dipergunakan sesuka hati tanpa kerelaan.

"Jangan pernah mencabar kuasa viral, siapa yang lagi kuat kerana itu yang akan memakan diri sendiri dan Allah itu maha Adil... Pihak yang benar pasti akan menang walaupun sesukar mana perkara itu," katanya.

Riduan bagaimanapun meminta agar netizen tidak mengecam Rozita di laman sosial memandangkan isu itu sudah pun diselesaikan di antara kedua-dua belah pihak.

"Di sini saya ingin meminta jasa baik semua untuk berhenti mengencam Che Ta kerana dia sudah menyelesaikan apa yang patut dia selesaikan," uijarnya.

Sumber : mStar Online © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Bekas pemandu tidak muncul buat permohonan maaf, Che Ta nekad teruskan tindakan undang-undang

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/03/bekas-pemandu-tidak-muncul-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Gagal Mohon Maaf Che Ta Nekad Saman Bekas Pemandu

Hiburan Gagal Mohon Maaf Che Ta Nekad Saman Bekas Pemandu

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 247 hits
Isu pelakon Rozita Che Wan bersama bekas pemandunya Muhammad Riduan masih belum reda gara gara gagal membuat permohonan maaf Che Ta nekad untuk mengambil tindakan undang undang terhadap lelaki itu Peguam yang mewakili Che Ta Wan Sarimah Wan...
Che Ta Tuntut Bekas Pemandu Minta Maaf Sebelum 6 Petang

Che Ta Tuntut Bekas Pemandu Minta Maaf Sebelum 6 Petang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 272 hits
Berhubung isu pembayaran gaji minggu lalu Rozita Che Wan memberi tempoh sehingga jam 6 petang ini untuk bekas pemandunya Muhammad Riduan Mohamad The post appeared first on
Gaji Dia Sudah Dibayar Penuh Che Ta Nafi Dakwaan Aniaya Bekas Pemandu Tegas Ambil Tindakan Saman

Gaji Dia Sudah Dibayar Penuh Che Ta Nafi Dakwaan Aniaya Bekas Pemandu Tegas Ambil Tindakan Saman

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 331 hits
Bekas pemandu peribadi kepada pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta baru baru ini memuat naik luahan tidak puas hatinya terhadap Che Ta di laman Facebook nbsp Lelaki itu mendakwa dia telah dianiaya oleh Che Ta di mana gajinya tidak dibayar mal...
Hiburan Gaji Sudah Dibayar Bekas Pemandu Minta Netizen Berhenti Kecam Che Ta

Hiburan Gaji Sudah Dibayar Bekas Pemandu Minta Netizen Berhenti Kecam Che Ta

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 538 hits
Bekas pemandu Rozita Che Wan menerusi muat naik terbaru di Facebook memaklumkan kemelut mengenai isu tungakkan gaji dan saman melibatkan nombor pendaftaran kereta telah selesai Lelaki itu menyatakan Che Ta sudah membayar gajinya berjumlah R...
Pemandu Bukannya Hamba Abdi Riduan Enggan Mohon Maaf Kepada Che Ta

Pemandu Bukannya Hamba Abdi Riduan Enggan Mohon Maaf Kepada Che Ta

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 324 hits
Riduan tidak akan membuat permohonan maaf kepada Rozita Che Wan kerana merasakan tidak membuat sebarang kesalahan BEKAS pemandu Rozita Che Wan tidak berhasrat membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka seperti dituntut aktres itu berhu...
Hiburan Tidak Pernah Menganiaya Pekerja Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

Hiburan Tidak Pernah Menganiaya Pekerja Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 319 hits
Difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sehingga menerima pelbagai kecaman termasuk menganiaya pekerjanya pelakon Rozita Che Wan akan mengambil tindakan undang undang terhadap individu tersebut yang menularkan isu itu di akaun Faceboo...
Hiburan Che Ta Berang Bekas Pemandu Dakwa Gaji Tidak Dibayar

Hiburan Che Ta Berang Bekas Pemandu Dakwa Gaji Tidak Dibayar

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 572 hits
Menerusi laman Facebook seorang lelaki yang menrupakan bekas pemandu kepada Rozita Che Wan yang baru dua bulan bekerja dengan selebriti popular itu mendakwa gajinya tidak dibayar seperti yang dijanjikan Individu tersebut memberitahu beliau ...
Tindakan Pindah Kedutaan Brazil Ke Baitulmaqdis Menyalahi Undang Undang

Tindakan Pindah Kedutaan Brazil Ke Baitulmaqdis Menyalahi Undang Undang

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 232 hits
Tindakan pindah kedutaan Brazil ke Baitulmaqdis menyalahi undang undang Dikemas kini 41 minit yang lalu middot Diterbitkan pa
Edar Arak Percuma Melaka Akan Ambil Tindakan Undang Undang Datuk Bandar

Edar Arak Percuma Melaka Akan Ambil Tindakan Undang Undang Datuk Bandar

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 304 hits
MALAYSIAKINI Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan mengambil tindakan undang undang terhadap penganjur kegiatan mengedar minuman keras secara percuma di kawasan Jonker Walk Datuk Bandar MBMB Mansor Sudin berkata kegiatan yang berlangsung ...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen