Sinopsis Asalkan Dia Bahagia
SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA
Kisah Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.
Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
Drama 28 episod, adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Akan menemui penonton pada bulan Mac nanti iaitu pada 8 Mac 2019.
Novel Asalkan Dia Bahagia by Hani Fazuha
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.
Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.
Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya
“Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal
Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan
“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang
“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri
Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris
Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri. _ GoodReads
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2019/01/sinopsis-asalkan-dia-bahagia.html