Petua Keluarga Bahagia Impian Semua Orang


Petua Keluarga Bahagia Dambaan Semua - Kalau kita dambakan bahagia, tulislah tentang bahagia. Tak mengapa jika sekiranya waktu dan saat ini anda belum dipeluk bahagia. Yang penting berani mencari bahagia. Berani mengubah takdir dan berusaha merebut bahagia. Satu hari nanti kan ada ganjarannya kepada orang yang berusaha.

Bahagia perlu di cari. Nak bahagia pun ada petuanya. Bagaimana nak bahagia. Di mana nak dicari bahagia itu? Bahagia itu ada dalam diri. Bila kita mentafsir sesuatu mengikut acuan kita, maka dapatlah bahgia yang kita mahu itu. Bahagia bukan datang dari pandangan orang lain. Lain orang lain padang, lain takdirnya. Kadang kita sangka sesuatu itu tak membahagiakan, tetapi Allah beri juga. Maka, apa yang kita tak suka itulah yang terbaik pada kita. Bermuhasabahlah!



PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu - Benar sungguh lazatnya nikmat solat awal waktu. Bila anda dah buat, anda akan rasa kesannya..

2. Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

6. Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.

7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

10. Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.

11. Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.

12. Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam. - Sesungguhnya benarlah belaka apa yang Rasulullah pesan dan sampaikan.. maka sebagai ketua rumahtangga, seorang suamilah haruslah memimpin isteri dan ahli keluarganya, dan bukanlah memaki mencela! 

13. Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati -

"Naqibah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
14. Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

15. Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.

16. Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.

17. Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.

18. Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.

19. Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!

20. Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21. Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

22. Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

23. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.

24. Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.

25. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

26. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.

27. Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.

28. Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan-kawan, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

Credit sumber: Viral Media Johor

Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2019/01/petua-keluarga-bahagia-dambaan-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takde Orang Nak Bagi Kerja Tangan Semua Bengkak Kaki Pun Pecah Pecah Bapa Usaha Cari Kerja Demi Sara Keluarga Tapi

Takde Orang Nak Bagi Kerja Tangan Semua Bengkak Kaki Pun Pecah Pecah Bapa Usaha Cari Kerja Demi Sara Keluarga Tapi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 607 hits
Takde orang nak bagi kerja tangan semua bengkak kaki pun pecah pecah Bapa usaha cari kerja demi sara keluarga tapi Kehidupannya tidak seperti insan insan lain yang mampu hidup dengan selesa tetapi itu tidak dijadikannya sebagai alasan untuk...
Sepatutnya Ramai Sebab Semua Keluarga Boleh Masuk Tetapi Sekarang Makin Takde Orang

Sepatutnya Ramai Sebab Semua Keluarga Boleh Masuk Tetapi Sekarang Makin Takde Orang

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA Pemilik restoran mempersoal dakwaan menteri kesihatan bahawa pengharaman merokok di premis menjual makanan di seluruh negara menyebabkan peningkatan perniagaan Mereka berkata pengharaman itu yang mula berkuat kuasa pada 1 Jan ...
Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia

Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 2880 hits
Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia Impian setiap insan adalah memiliki sebuah keluarga yang bahagia Kita kena berusaha menggapai bahagia walau ada yang mengalami jalan berliku Lalui setiap dugaan dengan kuat dan sabar kerana di hujungnya na...
Petua Elak Tanda Penuaan Elok Sangat Ibu Turunkan Amalan Ni Pada Seisi Keluarga Rileks Media

Petua Elak Tanda Penuaan Elok Sangat Ibu Turunkan Amalan Ni Pada Seisi Keluarga Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 396 hits
Mengimpikan kelihatan muda daripada usia sebenar tentunya ramai mahukannya Lazimnya kita juga sedar untuk kekal nampak muda dan cantik pastinya ada rutin penjagaan wajah harus diamalkan Selain penjagaan dari luaran amalan pemakanan dan gaya...
Laksanakan Cuti Jumaat Di Semua Negeri M Sia Ibnu Hasyim Sokong

Laksanakan Cuti Jumaat Di Semua Negeri M Sia Ibnu Hasyim Sokong

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 435 hits
NGO sokong cuti Jumaat SabtuKUALA TERENGGANU Kerajaan Persekutuan disarankan untuk menyelaraskan cuti mingguan kepada hari Jumaat sebagai satu langkah bijak bagi menangani masalah dan keresahan yang dihadapi majikan dan pekerja Keresahan ya...
5 Kacamata Yang Cocok Untuk Bentuk Wajahmu Mau Pipi Tembem Atau Lonjong Semua Ada Solusinya

5 Kacamata Yang Cocok Untuk Bentuk Wajahmu Mau Pipi Tembem Atau Lonjong Semua Ada Solusinya

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 509 hits
Beda bentuk wajah beda juga kacamata yang cocok Jangan sampai ketembemanmu malah semakin menggelora
Tenang Tenang Je Semua Dah Ditetapkan

Tenang Tenang Je Semua Dah Ditetapkan

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 419 hits
assalamualaikum hari ni buat nasi lemak utk breakfast mak abah ada anak anak ada sambal ikan bilis petai telur dadar timun jepun masak nasi 4 pot abis dah alhamdulillah jam dah pun kul 11 10 pagi releks releks di sofa exercise jari jemari j...
Semua Jadi Atas Kehendak Dia Jawapan Isma Yusoof Apabila Netizen Tegur Cacah Tatu

Semua Jadi Atas Kehendak Dia Jawapan Isma Yusoof Apabila Netizen Tegur Cacah Tatu

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 435 hits
Semua Jadi Atas Kehendak Dia Jawapan Isma Yusoof Apabila Netizen Tegur Cacah Tatu Pengarah dan pelakon berbakat Azma Aizal atau lebih dikenali sebagai Isma Yusoof sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi hangat Selepas inside...
Machinima Salah Satu Saluran Youtube Popular Membuang Semua Video Pada Saluran Mereka

Machinima Salah Satu Saluran Youtube Popular Membuang Semua Video Pada Saluran Mereka

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 289 hits
Machinima merupakan salah satu saluran YouTube yang popular dan hadir dibawah kategori Multiplatform Online Entertainment Network dimana melaluinya mereka menghimpunkan pelbagai video daripada penerbit lain dibawah platform mereka selain me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp