Singkirkan Myanmar Dari Asean




Oleh Ab Jalil Backer
Tindakan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) menghalau bot yang membawa 200 orang pelarian Rohingya keluar dari perairan negara minggu lalu adalah satu tragedi kemanusian yang tidak dapat dielakkan.
Namun negara ini tiada pilihan berbanding para pelarian yang dihalau. Pelarian ini memilih untuk membayar ‘lanun’ pemerdagangan manusia untuk datang ke negara ini kerana melihat peluang mereka mendapat kehidupan lebih baik.
Mereka mempunyai kem pelarian yang dijamin keselamatan, tempat tinggal dan makanan di sempadan Myanmar-Bangladesh.
Namun mereka memilih untuk datang sejauh ribuan kilometer bagi merebut kek ekonomi negara ini.
Jadi mereka bukan lagi pelarian kemanusiaan dari kekejaman Junta Myanmar, tetapi lebih kepada pendatang tanpa izin yang mahu mencari peluang ekonomi di negara ini.
Malaysia sedang diancam pandemik Covid-19 tidak lagi mampu menampung kehadiran pelarian ekonomi ini. Thailand mengambil langkah serupa menolak pendaratan kumpulan pelarian Rohingya.
Kita simpati kepada nasib mereka, namun kerajaan juga perlu bersimpati dengan rakyat negara ini.
Strategi baharu ke atas isu Rohingya
Masalah pelarian di negara ini telah memasuki tahap membimbangkan.
Pada akhir Februari 2020, terdapat 178,990 pelarian yang berada di negara ini dan berdaftar dengan UNHCR bagi mendapatkan perlindungan dan penempatan ke negara lain.
Daripada jumlah tersebut, 154,080 adalah dari Myanmar yang merangkumi 101,010 Rohingya, 22,810 etnik Chin, and 30,250 lain-lain etnik. Dengan kata lain, sebahagian besar masalah pelarian di negara ini berpunca daripada Myanmar.
154, 080 orang pelarian Myanmar ini dilindungi oleh UNCHR Malaysia dan mendapat wang sara diri.
Namun ramai antara mereka telah bekerja secara haram, menjadi peminta sedekah dan mempunyai anak-anak yang tidak bersekolah. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita boleh melihat begitu ramai peminta sedekah yang terdiri daripada pelarian Rohingya.
Kewujudan jumlah pelarian Rohingya yang terlalu besar telah memberi kesan negatif kepada keadaan negara ini.
Mereka mewujudkan budaya sendiri, puak tersendiri dan cara hidup tersendiri yang tidak seiring dengan budaya penduduk tempatan. Dalam jangka masa panjang ini akan memberi pelbagai kesan negatif kepada ekonomi dan sosial negara ini.
Pada hemat saya sudah tiba masanya Malaysia mempunyai perancangan jelas dan tegas untuk menguruskan keadaan ini.
Pertama, Malaysia perlu mendesak ASEAN menggugurkan keanggotaan Myanmar selagi mereka tidak melakukan reformasi politik yang mengharmonikan negara tersebut.
Dasar Berkecuali ASEAN tidak relevan dalam isu Myanmar kerana ia bukan soal definisi hak asasi atau kebebasan bersuara. Kita berhadapan rejim kejam yang melakukan pembersihan etnik.
Masalah pelarian ini tidak akan selesai selagi kita berlembut dengan Myanmar dan mereka mengambil kesempatan menghalau penduduk yang mereka tidak suka.
Kedua, Malaysia perlu mempunyai dasar baharu yang meletakkan semua pelarian ini pada tempat-tempat terpencil dan terkawal di luar Lembah Klang dan bandar besar.
Malaysia sepatutnya hanya menjadi tempat persinggahan sementara sebelum UNCHR menguruskan mereka mendapat suaka di negara lain.
Namun apa yang berlaku sekarang ialah pelarian sedia ada tidak lagi berminat berpindah ke negara ketiga kerana mereka telah selesa dan mempunyai peluang membina kekayaan di negara ini.
UNCHR juga selesa membiarkan perkara ini berlaku kerana ini lebih mudah kepada mereka.
Justeru meletak mereka di pulau atau kawasan terkawal sementara menunggu penempatan ke negara lain akan menjadi faktor mendorong pelarian sedia ada memohon perpindahan ke negara lain.
Ini juga akan menjadikan Malaysia bukan lagi destinasi menarik untuk pelarian Rohingya. Saya tidak fikir pelarian Rohingya atau mana-mana negara akan berhabis wang dan menggadai nyawa untuk datang jika pada keadaan mereka akan berakhir di kem pelarian yang terpencil dan tidak mempunyai peluang ekonomi.
Terserah kepada kerajaan untuk bertindak berani dan wajar, atau membiarkan polemik ini berterusan tanpa kesudahan sehinggalah berlaku tragedi yang tidak diingini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/26/singkirkan-myanmar-dari-asean/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=singkirkan-myanmar-dari-asean

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Cekup 62 Warga Myanmar Disyaki Berpesta Songkran

Polis Cekup 62 Warga Myanmar Disyaki Berpesta Songkran

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 262 hits
Polis menahan 62 lelaki Myanmar selepas disyaki terlibat dengan penganjuran pesta air di pekarangan sebuah asrama pekerja kilang di Sepang hari ini Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mereka ditahan dalam serbu...
Perang Rohingya Di Myanmar

Perang Rohingya Di Myanmar

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 554 hits
Kesian kan diorang ni Nasib baik la bangsa Tedi takde yang kejam macam sapa sapa yang tindas diorang ni Seorang lelaki Rohingya di sisa rumahnya yang dibakar di Wilayah Rakhine MyanmarSoe Than Win Agence France Presse Getty Images Kumpulan ...
Isu Muslim Rohingya Semua Negara Asean Ada Tanggungjawab

Isu Muslim Rohingya Semua Negara Asean Ada Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 539 hits
Negara Asean ada tanggungjawab bersama tangani isu Rohingya Setiap negara di Asia Tenggara mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan lautan di rantau itu tidak menjadi kubur buat pelarian Rohingya yang mencari perlindungan kata Amnes...
Usahawan Muda Malaysia Terima Perngiktirafan Diperingkat Asean

Usahawan Muda Malaysia Terima Perngiktirafan Diperingkat Asean

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 375 hits
ASEAN 3 YOUTH DIGITAL BUSINESS SUMMIT 2019Telah berlansungnya pada 9 12 December 2019 yang lepas sebuah program antarabangsa yang melibatkan seluruh negara ASEAN termasuk negara CHINA JEPUN serta KOREA di Kuala Lumpur yang diuruskan oleh KE...
Covid19 Malaysia Cadang Pelan Pemulihan Ekonomi Asean Pasca Covid 19

Covid19 Malaysia Cadang Pelan Pemulihan Ekonomi Asean Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 273 hits
Malaysia mencadangkan Pelan Pemulihan Ekonomi ASEAN pasca Covid 19 dirangka bagi memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek kewangan bahkan jaringan keselamatan sosial jaminan makanan dan pendidikan kepada penduduk serantau Perdana Menteri T...
Covid 19 Kes Negara Asean

Covid 19 Kes Negara Asean

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 348 hits
SNAPSHOT Total Cases in ASEAN crossed the 23 000 mark with slightly more than 1 000 New Cases reported today Singapore reported the highest number of New Cases in the region for the second day in a row clearly signalling that the dormitory ...
Kenderaan Who Bawa Sampel Covid 19 Diserang Di Myanmar

Kenderaan Who Bawa Sampel Covid 19 Diserang Di Myanmar

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 300 hits
YANGON 21 April Sebuah kenderaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang membawa sampel COVID 19 diserang Tentera Arakan di Rakhine Myanmar lapor agensi berita Xinhua pada Selasa Memetik laporan media tempatan kenderaan itu dalam perjalanan untuk...
Rakyat Malaysia Tuntut Kerajaan Hantar Pulang Pelarian Myanmar

Rakyat Malaysia Tuntut Kerajaan Hantar Pulang Pelarian Myanmar

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 963 hits
Surat terbuka tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya MalaysiaDari MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR Kepada ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI Tarikh 23 APRIL 2020TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGY...
Bosan Berkurung Rumah Panas Alasan 2 Warga Myanmar Cuba Lolos Dari Pkpd

Bosan Berkurung Rumah Panas Alasan 2 Warga Myanmar Cuba Lolos Dari Pkpd

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR 28 April Bosan terkurung di rumah dua lelaki Myanmar cuba meloloskan diri melalui kawat duri untuk keluar dari kawasan rumah mereka di Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Tindakan mereka yang ...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord