
ASEAN +3 YOUTH DIGITAL BUSINESS SUMMIT 2019Telah berlansungnya pada 9-12 December 2019 yang lepas sebuah program antarabangsa yang melibatkan seluruh negara ASEAN termasuk negara CHINA,JEPUN serta KOREA di Kuala Lumpur yang diuruskan oleh KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA yang bertempat di INTERNATIONAL YOUTH CENTER (IYC),CHERAS.
Liputan Di ASTRO AWANIProgram ini diberi nama "ASEAN +3 YOUTH DIGITAL BUSINESS SUMMIT 2019". Admin di maklumkan peserta program ini rata-ratanya datang dari seluruh negara asean dan setiap negara perlu menghantar pakar-pakar dalam industri digital dari golongan muda sahaja.
Peserta Dari Malaysia
Wajah-Wajah Yang Mewakili Bagi Negara ASEANSepanjang program ini setiap peserta diberikan berpeluang untuk berkongsikan pengalaman dan kepakaran masing-masing serta membincangkan hala tuju Digital Business pada masa akan datang.Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program ini.Antara program yang dilakukan adalah PECHA-KUCHA challange,ExploreKUL dan pelbagai lagi bagi mengeratkan serta menggalakkan kerjasama antara setiap negara yang terlibat.
Juara Pecha KuchaSelain pecha kucha,peserta dari setiap negara juga dipecahkan semula kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan sebuah tugas (menghasilkan video) dilokasi yang telah ditetapkan.Sepanjang aktiviti ini semua peserta telah dibawa ke lokasi masing-masing seperti Quill City Mall,Tugu Negara,Taman Botanik dan lain-lain lokasi.Dimaklumkan aktiviti ini antara aktiviti kegemaran setiap wakil dari seluruh negara ASEAN kerana ia merupakan aktiviti outdoor dan secara tidak lansung dapat menguji kreativiti setiap peserta dalam menghasilkan video kreatif dengan hanya menggunakan Telifon pintar.Setelah itu,video yang dihasilkan akan ditayangkan kepada semua.
Antara Video Yang Ditayangkan
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5Sehari selepas malam gala, Kesemua peserta di bawa untuk mengunjungi salah satu tempat yang terpenting di Malaysia iaitu ke TM R&D serta berkunjung ke lokasi dimana filem animasi Boboboy dicipta (MONSTA). TM R&D ini merupakan tempat yang menyimpan kesumua data peribadi yang berada di sekitar Lembah Klang yang di tempatkan di Cyberjaya.
TM ONE KLANG VALLEY CORE DATA CENTRE
TM ONE KLANG VALLEY CORE DATA CENTRE
STUDIO ANIMASI MONSTA
Anugerah Yang Beliau Diterima Sewaktu AYDBS19
Beliau berjaya membolot 3 Piala sewaktu #AYDBS19Ini admin kongsikan serba sedikit biodata tentang anak muda yang dimaksudkan.
Tn.NaimShamshul sewaktu di Malaysia Prestigious Industry Award 2019
Kakitangan NS VIRAL NETWORK SDN BHDTahniah sekali lagi admin ucapkan kepada anak muda ini dan suluruh usahawan ASEAN yang terlibat. Anugerah yang diterima pun bukan biasa-biasa, peringkat #ASEAN. Betul-betul legit dan tak perlu dibayar (macam geng t**) untuk diiktiraf seperti di luar sana.
ASEAN +3 YOUTH DIGITAL BUSINESS SUMMIT 2019|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |