Singki Dapur Idaman Deko Rumah Part 2


 Jenis tanam dalam, memula aku suka yang macam ini tapi entahlah aku beli yang lain hahahaha😝 (Sumber gambar : Google)
Asah kuku jap! Haha, haaa dah masuk channel kisah perihal rumah. Part 2, lebih senang aku cakap nak cerita kisah singki dulu. Kenapa singki? Kenapa tak langsir ke, lampu ke, perabot ke, but why singki? Haaa, tahu tak. Sebelum masuk rumah selain basuh kaki rumah zaman dulu kala apa perkara kedua yang kita buat?
Basuh apa? Basuh tangan...pandai !Itu sebab kalau rumah di bandar mahu pun di kampung, singki juga kita tatap dulu. Tak kisah lah singki dapur ke, singki bilik air ke betul tak. ✌
Why Singki?Jadinya, hari ini cerita pasal singki idaman juju yang mana satu berjaya mencengkam kalbu? Semua jenama singki zaman sekarang, lagi-lagi dah masuk tahun 2020 makin terserlah kehebatan dekorasi singki tau tak. 

Aah, singki pun ada yang capai ribuan ringgit sebuah. Tudiaaa! Ya awak, ribuan, itu bagi yang ada duit dan gemar barangan yang ada citarasa tersendiri.
Hasil pantauan aku yang setiap minggu intai sana sini home expo di KL, kebanyakkannya banyak yang mengguna pakai kaedah buatan dari German. Bila lawat mana-mana booth yang jual singki aje, pasti nama German juga lah terpampang sana sini. Kemain di agung-agungkan gitu...
Aku? Sambil pegang pamplet, jeling halus dan teruskan perjalanan, ye awak, simple je tapi ribu kau gila juju, masa tu hood dan hob dapur pun belum lepas beli hahahaha. 😂
Ya, ramai suka singki jenis satu kolam, dua kolam mahupun ada 3 kolam macam gambar di bawah yang aku share melalui Google. 
Tiga jenis kolamMacam gambar di bawah, 3 jenis singki. Woww kan, tapi. Ada tapinya. Ruang dapur rumah juju sangat limited. Kalau buat macam ini di mana aku nak letak segala macam rice cooker dan keetle hahahaha, singki 3 ni pun dah ambil ruang dry kitchen aku je weh. 😱Dua jenis kolamJenis ini memang kegemaran wanita rakyat Malaysia. Ya, kalau pergi mana-mana rumah kebanyakkan suri suka pilih 2 singki. Ada yang letak sampai 2 jenis paip air tau. Jadinya bolehlah si suami dan si isteri sama-sama basuh pinggan dan memasak. So sweet lepas tu kena rajinlah menyental 2 singki, 2 paip air sama-sama. Gituuu...
Memula aku ingat nak macam ini, tapi ada masalah aku hadapi. Pernah menyewa rumah lama mula-mula kahwin, singki macam ini lah. Aku nak menyiang ikan, ayam dan nak masak nasi sekaligus, masa tu jugak tangan capai sayur daun nak basuh. Sudahnya benteng tengah singki ni ada kala membuatkan mata aku nampak ia semak. 
Yelah, letak besen besar je dah tak celus, pastu belum lagi letak periuk ke atau kuali nak basuh mesti tersekat di tengah-tengah tu. Hmmm....jadinya aku pangkah!
Cerita pengalaman yang sama, cumanya singki ini ada perbezaan dari segi size sahaja. Bagi aku yang suka sedia bahan dalam keadaan pukal ia tidak membantu julia. Malah memeningkan otak aku. Ini aku punya taste ye, kalau korang suka teruskan. Aku cuma kongsikan apa aku rasa dan hadapi. 1 Singki BESARAku kan dah pindah 2 minggu lebih. Tau apa aku rasa? Heaven gila guna 1 singki tapi BESAR dan tak ada penghadang di tengahnya. Best sangat, sebab ini buktinya. Aku boleh basuh beras, aku boleh letak ayam di tepi dan letak bahan asas nak masak dalam satu kolam yang sama. 
Itu pun ada lebih lagi ruang singki. Hanya diperlukan 1 paip air sahaja. Tak perlu dua. Dalam ini juga wet kitchen aku berjalan tanpa perlu proses bahan di atas top konkrit. Ya, semua dalam ini. Senang aku nak masak, tiada lagi dapur berkecah, no more stress, sepanjang hari memang kerap basuh tangan singki ini juga aku datang hahaha. 😂
Tengok, nak basuh 30 biji telur tak perlu letak atas top konkrit, semua dalam 1 singki besar itu pun ada space lagi. MasyaAllah, sambil basuh telur dengan cucian khas sambil tu sempat karoks kat dapur tau haha. 
Di mana julia beli?
Julia beli singki besar ni di warehouse, bukan home expo di shopping mall yang ternama tu tau. Masih lagi berjenama, cuma ia lebih murah. Tak silap aku singki ni dalam lingkungan dalam RM200 ke bawah sebuah. Boleh baca klik 👉 sini

Kelebihan singki dapur julia?
Waste strainer dia besar, tau apa? - Lubang keluar air kotoran tu lah. Jadinya air cepat meresap laju tau.Stainlees Steel Sink - tidak karat dan besi kuat.Merangkap bunyi air paip - ya, nak beli singki sebaiknya ada penyerapan bunyi air. Tak adalah bila buka air singki sampai bilik nombor 3 korang boleh dengar korang tengah bertukang. Singki julia kalau buka air, bunyi air jatuh tu tidak sekuat macam singki zaman-zaman dulu dari jauh dah tau siapa kat dapur. Agak bising walaupun bunyi air je kan hehe. Nak tahu singki korang ada perangkap bunyi cuba semak bawah singki yang berkenan tu, ada tak satu pelapik khas kecil di tampal di bawah singki. Jika ada tanya pihak penjual singki tu untuk apa. Macam julia tanya inilah jawapannya. Bunyi senyap dan ada gaya.Berukuran luas panjang dan lebar - sebaiknya ukur dulu besar masa dapur korang, sesuai tak nak beli macam julia di atas. Kalau sesuai teruskan. Macam ruang dapur di rumah julia walaupun kecil tapi julia banyak guna proses barang berair dan kering dalam satu tempat yang sama, itu sebab singki besar diperlukan. Pelbagai benda boleh basuh termasuk mandikan bayi - ya betul haha, dulu nak basuh periuk belanga yang berukuran besar susah betul sebab asyik berlaga dinding singki je. Sekarang 3 periuk besar boleh muat dalam singki ni tau.Tak payah rendam dalam baldi dan terbongkok-bongkok kat bilik air semata nak menyental baju atau pakaian dalam yang perlu cucian tangan. Bayi sampai umur 2 tahun lebih boleh bagi mandi dalam singki juju ni tau sebab dalam dan luas, silap-silap boleh main dengan anak itik mainan sekali hahaha. Yang lain-lain bagi aku kena rajin sental, macam aku memang lepas memasak suka sental singki sampai bersinar hehe, barulah semangat nak masak esok hari. 
Okey ini sahaja perkongsian aku pasal singki. Bagi yang baru beli rumah, ini adalah beberapa tips julia sampaikan hasil dari pantauan, pengalaman sendiri dan keupayaan singki bagi sesuatu rumah sangat besar efeknya. 
Cerita dekorasi rumah part 3 yang seterusnya pasal apa?InsyaAllah, mungkin nak cerita pasal backsplash kitchen yang julia pilih. Stay tune readers !  
Baca tips beli dan deko rumah selanjutnya: 
👉 Beli rumah tanpa rekod CCRIS 👉 Rumah undercons atau rumah siap👉 Tips beli rumah pertama 👉 Terjah dua warehouse lagi jimat 👉 Part 1 | Kunci rumah pertama julia 
👉 Part 2 | Singki dapur idaman



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2020/01/singki-dapur-idaman-deko-rumah-part-2.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Romantika Khas Buat Kaki Deko Rumah Dan Bunga Hiasan

Romantika Khas Buat Kaki Deko Rumah Dan Bunga Hiasan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1262 hits
Jumaat lepas ana hantar Kak Long untuk ambil salah satu kertas final examnya di Shah Alam Ada dua jam lah juga kena tunggu dia habis paper Nasib baik datang dengan suami lepas hantar Kak Long ke fakulti kami ke Plaza Alam Sentral sebab suam...
Tak Sempat Ke Hospital Remaja Jadi Bidan Bantu Ibu Lahirkan Adik Lelaki Di Rumah

Tak Sempat Ke Hospital Remaja Jadi Bidan Bantu Ibu Lahirkan Adik Lelaki Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 269 hits
Ibu hamil biasanya sudah tahu bila Tarikh untuk mereka dijangkakan bersalin kerana selalunya doktor akan memberi Tarikh jangkaan semasa pertama kali membuat pemeriksaan pada awal kehamilan Namun ada ketikanya saat cemas itu datang tanpa did...
Sampai Rumah Penat Anak Ajak Main Layan Dulu Bagus Untuk Skil Komunikasinya

Sampai Rumah Penat Anak Ajak Main Layan Dulu Bagus Untuk Skil Komunikasinya

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 325 hits
Bagaimana kita nak bantu anak kita bercakap Kenapa anak orang lain usia 2 tahun dah petah cakap Persoalan ini tak susah jika mak ayah sendiri yang rajin layan anak Sesibuk mana pun dalam sehari waktu kualiti kita luang sekurang kurangnya 30...
Pengakuan Ibu Di Malang Yang Sekap 4 Putrinya Selama 20 Tahun Di Rumah

Pengakuan Ibu Di Malang Yang Sekap 4 Putrinya Selama 20 Tahun Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 290 hits
Artimunah ibu di Malang yang diduga tega melakukan penyekapan terhadap empat putrinya selama 20 tahun mengaku tidak pernah merasa menyekap anak anaknya Menurutnya ia masih sering mengajak mereka untuk keluar rumah meski tidak bersama sama A...
Atlet Oku Muhammad Ata Maut Dalam Kebakaran Rumah Keluarga

Atlet Oku Muhammad Ata Maut Dalam Kebakaran Rumah Keluarga

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 654 hits
Atlet powerlifting OKU Muhammad Ata Maarof maut dalam kebakaran di rumah keluarganya di Taman Pagoh Jaya Foto ihsan Facebook INFO Bencana Pahang amp Luar PahangJOHOR BARU 4 Jan Atlet powerlifting Orang Kurang Upaya Muhammad Ata Maarof maut
Semak Kelayakan Rumah Pr1ma

Semak Kelayakan Rumah Pr1ma

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 300 hits
Semak Kelayakan Rumah PR1MA Bagi yang belum mengetahui mengenai Perbadanan PR1MA Malaysia ianya ditubuhkan dibawah Akta PR1MA 2012 iaitu bagi merancang membangun membina serta menawarkan perumahan yang berkualiti tinggi dan berkonsepkan gay...
Sayu Anak 5 Tahun Pandai Masak Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

Sayu Anak 5 Tahun Pandai Masak Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 571 hits
Hana chan yang tinggal di Fukuoka Jepun kelihatan seperti kanak kanak lain yang berusia 5 tahun Dia pergi ke sekolah pada siang hari dan membuat kerja rumahnya pada waktu malam Bagaimanapun tidak seperti rakan rakannya Hana Chan adalah seor...
Isteri Kuat Melawan Suami Pula Pemalas Tak Sangka Tandas Rumah Jadi Punca

Isteri Kuat Melawan Suami Pula Pemalas Tak Sangka Tandas Rumah Jadi Punca

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 514 hits
Kebersihan bilik air selalu dipandang ringan maklumlah jarang sekali kalau ada yang berkunjung ke rumah mahu menumpang guna tandas Biasanya orang lebih mementingkan kebersihan ruang tamu dan dapur tetapi sebenarnya tandas adalah ruang yang ...
12 Potret Rumah Rio Febrian Di Jogja Homey Banget Dan Bikin Betah

12 Potret Rumah Rio Febrian Di Jogja Homey Banget Dan Bikin Betah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 228 hits
Tahun 2016 silam Rio Febrian memutuskan untuk pindah ke Yogyakarta Tinggal di Kota Gudeg itu Rio memiliki hunian super nyaman yang ia tempati bersama dengan keluarganya
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh