Singgah Sebentar Di R R Amiza Titiwangsa Gerik


Satu lagi lokasi yang kami singgah semasa dalam perjalanan melalui Lebuhraya Timur Barat, iaitu R&R Amiza Titiwangsa yang terletak 30 km dari Hentian Royal Belum Amanjaya. Kalau tadi kita dapat menyaksikan keindahan tasik buatan dengan air berwarna kehijauan, di sini pula kita akan dapat menyaksikan panorama indah hijau alam dan menikmati udaranya yang nyaman.
Berbeza dengan Hentian Royal Belum Amanjaya yang merupakan terminal jeti awam untuk tujuan aktiviti pelancongan di Royal Belum, hentian R&R Amiza Titiwangsa ini pula sememangnya untuk para musafir berhenti rehat. Tapi janganlah bayangkan R&R di sini seperti R&R yang ada di laluan bertol seperti Lebuhraya Utara Selatan yang lebih baik keadaannya

Sewaktu kunjungan kami di sini, dari jauh kelihatan deretan kenderaan berbaris untuk masuk ke kawasan parkir hentian ini. Kami ikut sama masuk barisan. Tak pastilah memang biasa ramai begini pada hujung minggu, atau disebabkan cuti sekolah yang baru bermula

Alhamdulillah dapat juga kami parkir kereta. Beginilah keadaan tempat letak kereta di sini. Bangunan di hadapan tu menempatkan kedai makan. Tertera nama kedai - Restoran Amiza Titiwangsa

Terdapat kemudahan surau dan tandas berbayar di sini

Menariknya, di sini turut disediakan ruangan luas berlantaikan mozek untuk kemudahan para musafir. Memang penuh orang di sini yang sedang makan bersama keluarga masing-masing. Macam ada kenduri pula

Sudut pandang dari sisi kedai makan. Berhadapan dengan hentian ini terdapat sebuah pencawang yang terletak di atas bukit

Di sudut sisi kedai makan, terdapat replika kincir angin. Memang ramai yang sedang berfoto di sini

Ini tempat yang paling sesuai untuk berfoto - ada tulisan menyatakan lokasi (R&R Amiza Titiwangsa) dan berlatarkan landskap alam yang indah

Dari sini kita dapat menyaksikan panorama indah perbukitan yang menghijau dan berbalam. Dedaun pokok pakis gajah meliuk-liuk dihembus angin. Suasana yang cukup mendamaikan. Udaranya sejuk nyaman bagaikan di Cameron Highlands. Entah berapa ketinggian tempat ini

Awalnya kami berhasrat hendak menjamu selera di kedai makan, tapi nampaknya orang terlalu ramai. Puas melihat dan menikmati keindahan alam, kami pun beredar untuk meneruskan perjalanan ke Terengganu

Memang berbeza tempat ini berbanding kunjungan pertama kami dahulu. Seingatnya, dulu cuma ada kedai makan kecil saja

Di sini juga tertera notis amaran kehadiran gajah dan memang pernah gajah liar hadir sewaktu orang ramai sedang makan. Mungkin sebab itu pagar besi dipasang di sekeliling tempat makan untuk keselamatan

Kalau kalian ada melalui Lebuhraya Timur Barat, jangan lupa singgah di hentian R&R Amiza Titiwangsa untuk menikmati keindahan panorama di sini. Katanya, kalau waktu pagi atau selepas hujan pemandangan lebih cantik dengan hamparan awan memutih





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/09/singgah-sebentar-di-r-amiza-titiwangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgah Rehat Di Hentian Perah Gerik Di Perak

Singgah Rehat Di Hentian Perah Gerik Di Perak

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 373 hits
Hentian Rehat Perah GerikKalau korang nak ke Kelantan or dari Kelantan nak ke Negeri Utara pasti akan lalu di Hentian Perah ni Ni masa misi aku nak pergi jalan jalan ke negeri pantai timur melalui Gerik Jeli jadi aku singgah la kejap sini n...
Program Singgah Kebun Keluarga Patriot Merdeka Kebun Bandar Sungai Bunus 01 09 2022

Program Singgah Kebun Keluarga Patriot Merdeka Kebun Bandar Sungai Bunus 01 09 2022

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 281 hits
Tag Line Melestarikan Alam Sekitar bersama KBSB 31 ogos 2022 Rabu 8 30pagi 1 30petang PROGRAM 8 30 pagi Pendaftaran dan minum pagi 10 00 pagi Pertunjukan silat Perkongsian panduan menanam pokok Terapi Buku dan Bercerita Pertandingan Mewarna...
Terkini Mahkamah Mendapati Rosmah Bersalah Atas Ketiga Ttiga Tuduhan Berapa Tahun Penjara Akan Diketahui Sebentar Lagi

Terkini Mahkamah Mendapati Rosmah Bersalah Atas Ketiga Ttiga Tuduhan Berapa Tahun Penjara Akan Diketahui Sebentar Lagi

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 276 hits
Kes rasuah solar Rosmah Mansor bersalah atas tiga pertuduhanFirdaus AzilSeptember 1 2022 Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata pihak pembelaan isteri bekas Perdana Menteri itu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan f...
Singgah Cari Goodies Di Kedai Jajan Viral Sungai Buloh

Singgah Cari Goodies Di Kedai Jajan Viral Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 532 hits
Macam biasa la kak ana nk pantang free nak sesaja ke nursery Sungai Buloh cari pokok pokok bunga Pagi tu Adik nak sarapan nasi kerabu di Mek Siti Nasi Kerabu yang pernah kak ana review sebelum ni memang sedap sungguh lauk ayam bakar nya Lep...
Itinerari 1 Hari Trip Ke Ipoh Menaiki Ets Dan Port Wajib Singgah Di Ipoh

Itinerari 1 Hari Trip Ke Ipoh Menaiki Ets Dan Port Wajib Singgah Di Ipoh

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 297 hits
Akan tiba masanya nanti teringin juga nak ada pengalaman naik ETS ke Ipoh macam trip blogger Sal Dapat buat 1 hari Trip Ke Ipoh dengan menaik ETS pun jadilah Nak merasa naik train jauh sikit sambil menikmati permandangan luar dari kebiasaan...
Misteri Stesen Minyak Caltex Netizen Dedah Walau 6 Tahun Dah Tutup Tapi Ramai Singgah Isi Minyak

Misteri Stesen Minyak Caltex Netizen Dedah Walau 6 Tahun Dah Tutup Tapi Ramai Singgah Isi Minyak

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 367 hits
Stesen minyak Caltex yang terletak di Pasir Mas Salor dikatakan telah lama ditutup kira kira 6 tahun yang lalu namun hari ini tular berikutan ramai yang nampak stesen minyak itu sedang beroperasi Belakang stesen minyak itu terletaknya kawas...
Wajib Singgah Dan Beli Gamat Nusantara Kalau Datang Pulau Langkawi

Wajib Singgah Dan Beli Gamat Nusantara Kalau Datang Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 270 hits
Assalamualaikum Dah jadi trend kan kalau sesiapa je yang datang Langkawi balik je mesti bagi minyak gamat Tak kisah la sedara mara jiran kawan opis pun macam itu juga Memang confrim dia tu balik dari Langkawi Tapi nak beli minyak gamat kat ...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik