Itinerari 1 Hari Trip Ke Ipoh Menaiki Ets Dan Port Wajib Singgah Di Ipoh


Akan tiba masanya nanti, teringin juga nak ada pengalaman naik ETS ke Ipoh macam trip Train to Ipoh blogger Sal. Dapat buat 1 hari Trip Ke Ipoh dengan menaik ETS pun jadilah.
Nak merasa naik train jauh sikit sambil menikmati permandangan luar dari kebiasaan. Encik suami pun tak perlu nak berpenat memandu kereta jauh ke Ipoh nun. Tak payah hadap kesesakan jalan raya. Masuk train duduk saja, duduk santai rehat je. Tahu-tahu dah sampai Ipoh. Jimat tenaga dan masa.

Sebenarnya kan, saya jarang sangat nak ke Ipoh kalau tak ada hal mahupun bercuti di Ipoh. Sebab rasa macam jauh je perjalanan tu. Mungkin lepas ni boleh plan bercuti naik ETS ke Ipoh pulak.

Terbaca pula Itinerari 1 hari trip ke Ipoh menaiki ETS yang dikongsikan facebook page Perak Sana Sini, macam menarik je trip to Ipoh naik ETS ni. Simpan dalam blog untuk rujukan akan datang

ETS ke Ipoh berapa jam? Persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya. Bosan juga kalau perjalanan jauh lama-lama. Kematu duduk dalam train. Dari pembacaan saya, ETS ke Ipoh lebih kurang 2 jam lebih dari Kuala Lumpur

Harga tiket ETS ke Ipoh 2022 boleh rujuk online.ktmb.com.my. Haritu saya check harga tiket ETS ke Ipoh untuk 2 orang pergi dan balik (1 day trip), jumlah RM90. RM45 seorang. Perjalanan ambil masa 4 jam lebih dari Seremban, Negeri Sembilan. 
Sekarang ada diskaun 50% untuk zon tambang murah dari ktmb. Bolehlah rancang bercuti naik ETS. Masih ada sisa baki cuti sekolah. 
sumber : ktmb.com.my
Itinerari 1 Hari Trip Ke Ipoh Menaiki ETS8:00 pagi : Bermula dari stesen KL Sentral di platform B aras 2, bertolak ke Ipoh menaiki ETS pukul 8.00 pagi dan tiba di stesen KTM Ipoh sekitar pukul 10.30 pagi.
Naik ETS memang syok, semua kemudahan lengkap dan selesa. Ada surau, tandas, cafe makanan dan ruang antara tempat duduk pun sangat luas. Yang paling penting ada TV gais! sempat jugak layan movie action yang dorang pasang masa perjalanan ke Ipoh. 
10:30 pagi : Tiba di stesen KTM Ipoh, kalau korang nak ke Concubine Lane memang senang sebab jarak dia dari situ cuma 7 minit je jalan kaki. So, boleh jimat duit tambang Grab, jalan kaki lagi bagus. Baru la traveller kan
Pelbagai jenis makanan dan cenderahati menarik yang boleh korang beli dekat sini, tapi yang paling geram kedai Rendang Tok MakNik situ. Daripada nak rasa, terus terbeli

Concubine Lane ni memang best kalau korang nak jalan makan-makan dan cuci mata sebab banyak tempat cantik dan instragammable spot yang boleh korang OOTD

Lepas tu bolehlah pergi di tempat-tempat menarik di Ipoh. Untuk day trip ni rasanya tak boleh nak pergi banyak tempat dan kena kejar masa sikit. Kalau tidak tertinggala kereta api balik nanti kalau dah beli tiket pergi balik siap-siap

Tempat-tempat menarik di Ipoh1. Tasik Cermin, Gunung RapatDisebabkan pembentukan batu kapur yang banyak di Ipoh, bandar ini juga diberi nama samaran ‘Guilin of Malaysia’. Antara hidden gem yang terbaru di Ipoh ialah Tasik Cermin yang terletak berdekatan Tokong Da Seng Ngan

Di sini, anda akan menemui bukit batu kapur yang tinggi menggunung dan air tasik yang cukup tenang sehingga anda dapat menyaksikan pantulan kawasan sekitarnya. Memandangkan kawasan ini masih belum diketahui ramai, kami sarankan anda datang ke sini bersama teman-teman anda atas faktor keselamatan.

2. Pasar Karat IpohBeroperasi hanya pada hari Ahad (7am-1pm), Pasar Karat yang sangat panjang ini bagaikan muzium masa lampau anda! Pengumpul barang lama pasti akan rambang mata melihat koleksi duit-duit lama, majalah/buku lama, perkakas antik dan sebagainya

Yang tak berminat akan barang old school pun turut akan berseronok menginjau kenangan zaman kecil!

3. Concubine LanesJuga salah satu kawasan yang termasuk dalam senarai Ipoh Heritage Trail, Concubine Lanes ialah antara usaha untuk membaik pulih tempat-tempat bersejarah di Ipoh. Terbahagi kepada tiga batang jalan (Lorong Hale, Lorong Panglima dan Market Lane), disini dapat melihat pelbagai mural street art, hotel butik, restoran/kafe serta kedai-kedai cenderahati.

4. Pasar Gerbang MalamNama Pasar Gerbang Malam cukup gah untuk menggambarkan Ipoh. Ia merupakan salah satu identiti buat negeri Perak yang mana sehinggakan wujudnya terma tidak sah ke Ipoh jika tidak singgah ke Pasar Gerbang Malam

Lokasi kedudukan Pasar Gerbang Malam ini terletak betul-betul di Jalan Tahwil Azhar. Konsepnya Pasar Gerbang Malam adalah seperti uptown market yang popular di sesetengah tempat yang lain. Disana terdapat pelbagai gerai jualan yang menjual pakaian, kasut, bag, alat solek, alat mainan, barang perhiasan diri dan pelbagai lagi.

5. Muzium Darul RidzuanMuzium Darul Ridzuan adalah merupakan ruang yang menghimpun sejarah berkenaan dengan pembangunan bandar Ipoh dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor perlombongan dan pertanian. Muzium Darul Ridzuan ini dibangunkan dalam tahun 1926 dan ia telah berusia lebih daripada 100 tahun. 
Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk memelihara kisah sejarah perlombongan dan perhutanan di kawasan Ipoh serta menyimpan dan mengekalkan warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan.

6. Menara Memorial BirchAnda ingat dengan kisah J.W.W. Birch? Ya, beliau adalah Residen British yang pertama di negeri Perak dan apa yang tragisnya, beliau telah maut ditangan pembesar-pembesar Melayu sewaktu terlibat dalam kisah kebangkitan orang Melayu Perak yang terkenal di Pasir Salak

Lokasi menara jam memorial Birch ini terletak di sebelah Masjid Negeri Perak dan ia telah dibina dalam tahun 1909 oleh anaknya yang juga merupakan Residen British di negeri Perak sempena memperingati ulang tahun kematian bapanya yang ke 34.

7. Street Art of Old Town & Ipoh Heritage TrailDaripada bangunan lama yang kelihatan usang kini destinasi ini menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Ipoh untuk melihat keunikan mural-mural 3D yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic iaitu seorang pelukis mural yang turut menghasil karya popularnya di Penang, Johor Bahru, Kuala Lumpur & sehingga ke Singapura

Konsep Art of Old Town ini lebih kepada mural-mural yang banyak berkisarkan tentang kopi & bandar lama Ipoh. 2 benda ini memang berkait rapat & mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Ipoh sehingga menaikkan jenama Old Town White Coffee Ipoh

baca juga : port percutian menarik di ipoh
Itinerary Ipoh 1 hari macam ni agak memenatkan juga kalau terus balik. Kalau nak bermalam, mereka cadangkan untuk bermalam di M Boutique Hotel Ipoh. 
M Boutique Hotel IpohM Boutique Hotel terletak lebih kurang 17 minit berjalan kaki daripada stesen keretapi Ipoh (Ipoh Railway Station)

Hotel yang sesuai dan strategik sangat untuk pelancong yang datang bercuti naik ETS ke Ipoh. Bilik penginapan yang disediakan di M Boutique Hotel direka dengan keunikan tersendiri. Malah, M Boutique Hotel juga memaparkan konsep vintage yang membuatkannya lebih menarik berbanding hotel-hotel lain di Ipoh

Dengan rekaan yang lain daripada yang lain, setiap ruangan akan menjadi latar belakang yang cantik untuk gambar-gambar kenangan di Ipoh. 
Diskaun harga tiket ETS ke ipoh 2022Berita menarik buat pelajar sekolah menengah, pelajar Universiti di Malaysia dan juga warga emas pesara, akan terima diskaun sebanyak 40% sekiranya berdaftar dengan KTM Berhad. 
Jadi, bolehlah lepas ni rancang bercuti naik ETS ke Ipoh. Selain Train to Ipoh, sekarang trend juga Train to Dabong dan Train to Hatyai. Bercuti naik kereta api ni pun seronok juga. Jalan-jalan dalam kereta api dan boleh tengok panorama yang berbeza. 
Sumber: Backpackerz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/09/itinerari-1-hari-trip-ke-ipoh-menaiki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Port Percutian Menarik Di Ipoh

Port Percutian Menarik Di Ipoh

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 233 hits
Rancak orang bercuti sakan bila musim cuti sekolah bulan September ni Cuti sekolah lah mak ayah ambil peluang untuk bercuti jalan jalan Balas dendam mungkin sebab PKP 2 tahun tak dapat bercuti sakan Kalau bercuti ni kenalah merancang perjal...
3 Hari 2 Malam Trip Jelajah Warisan Minang Di Beranang Selangor

3 Hari 2 Malam Trip Jelajah Warisan Minang Di Beranang Selangor

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 284 hits
Masyarakat Minang terkenal dengan budaya merantau dan salah satu wilayah yang menjadi daerah rantaunya adalah Negeri Sembilan yang ada di Malaysia Namun ramai yang tidak tahu masyarakat Minang sebenarnya wujud di Negeri Selangor juga Sempen...
Wajib Singgah Dan Beli Gamat Nusantara Kalau Datang Pulau Langkawi

Wajib Singgah Dan Beli Gamat Nusantara Kalau Datang Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Dah jadi trend kan kalau sesiapa je yang datang Langkawi balik je mesti bagi minyak gamat Tak kisah la sedara mara jiran kawan opis pun macam itu juga Memang confrim dia tu balik dari Langkawi Tapi nak beli minyak gamat kat ...
Travelog Ipoh Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Ipoh Perak

Travelog Ipoh Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 254 hits
Travelog Ipoh Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak Setelah tiga bulan terperam gambar gambar percutian ke Port Dickson dan Ipoh Perak The post appeared first on
Buasir Otak Tv Bulan 8 Sambut Hari Apa

Buasir Otak Tv Bulan 8 Sambut Hari Apa

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 212 hits
Bila cikgu tanya soalan tentang Hari Kemerdekaan pada murid murid dalam kelas Jom tonton animasi ini
Gcr Tambah 20 Hari Kgt Naik Rm100 Buat Penjawat Awam Bermula 2023

Gcr Tambah 20 Hari Kgt Naik Rm100 Buat Penjawat Awam Bermula 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 326 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa inisiatif baharu dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan dan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 Kelu...
Vit S Perkasa Veteran Tudm Squad Handau Hari Kebangsaan

Vit S Perkasa Veteran Tudm Squad Handau Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraVIT S PERKASA VETERAN TUDM SQUAD HANDAU HARI KEBANGSAANSudah menjadi lumrah apabila berada dalam sesebuah organisasi untuk tempoh yang lama pelbagai kenangan pahit dan manis pastinya terpahat dalam ingatan...
Senarai Lagu Patriotik Malaysia Sempena Hari Kebangsaan

Senarai Lagu Patriotik Malaysia Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 318 hits
kredit https www sinarharian com my Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat sahabat blogger Sebut sahaja Hari Kebangsaan yang kita sambut setiap tahun pada bulan 31 Ogos adalah tanda terima kasih kepada para pejuang negar...
Kes Yayasan Akalbudi Selepas 17 Hari Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Pembelaan

Kes Yayasan Akalbudi Selepas 17 Hari Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Pembelaan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 184 hits
Selepas 17 hari Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan dalam perbicaraan kes melibatkan dirinya Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Selepas 17 hari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan d...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai