Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong Pahang
Minggu lepas, kami singgah makan
di Restoran Lemang To'ki yang terletak di Bentong Pahang. Memandangkan masih
awal pagi dan urusan di MRSM Bentong selesai lebih awal dari jangkaan.
Jadi, kami putuskan nak
jalan-jalan makan angin di kawasan terdekat. Dekat tak dekat sangat. Kami ke
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang
Pahang.
Ambil masa 45 minit untuk sampai
ke sana. Cerita tengok gajah nanti Diah kongsi dalam entri berasingan.
Dalam perjalanan balik ke Kuala
Lumpur kami sempat singgah makan di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang. Tak
jauh pun dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
Ha biasa lemang orang makan time raya je, sekarang hari-hari dah boleh makan lemang tak perlu tunggu waktu raya.
Lagi pun hati dah lapang sebab urusan UKKM Ikhwan lancar je. Kita tawakal setelah berusaha.
Singgah Makan Di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang
Ini kali kedua kami datang
kesini. Kali pertama dapat dine-in sebab sebelum ni kami dapat bungkus dan
makan dalam kereta je.
Waktu tu ramai sangat pelanggan,
tempat duduk pun tiada jadi penyelesaian terbaik makan je dalam kereta. Kebetulan
kami sampai sama waktu dengan geng-geng motor konvoi jadi memang tipis la
harapan tu.
Rezeki kami dapat makan dekat
sini dan memandangkan hari bekerja jadi masih ada meja kosong. Pelanggan tetap
ada ya.
Senyuman masing-masing tak lekang
kat wajah. Mana taknya, kami craving sangat nak makan lemang To'ki yang lembut dan cukup santan.
Menu Baru To'ki - Ayam Bakar
Cicah Air Asam
Dah sampai sini wajib la makan
lemang. Kami ambil portion sepinggan agak besar. Ambil juga rendang daging.
Masing-masing tak mahu makan nasi
campur jadi kami pesan juga Ayam Bakar To'ki. Menu baru mereka agaknya. Punya
la lama tak datang sini.
Sumpah sedap weh. Perapan ayam
dia sedap, tak over light je rasa di cicah pula dengan air asam To'ki. Air asam
dia pedas, masin, masam dan cukup rasa. Perghh sedap.
Tak cukup satu portion, kami
pesan lagi dua pinggan. Masing-masing berebut makan. Sebelum balik beli satu
botol pencicah air asam To'ki.
Menu Restoran Lemang To'ki
Bentong Pahang
Dekat sini ada pilihan nak makan
lemang dengan rendang, ada juga kedai nasi campur dan kedai aneka mi. Ada juga
pisang, keledek goreng. Jadi banyak lah pilihan.
Selain lemang dan Ayam Bakar,
pesan juga Mi Kari. Nasib kami tak ikut perasaan tamak. Nak habiskan apa depan
mata pun payah. Kenyang betul.
Apa pun Alhamdulillah sekali lagi
dapat peluang makan lemang To'ki. Selesai makan kami teruskan perjalanan gerak
balik ke Kuala Lumpur.
Review Restoran Lemang To'ki
Bentong Pahang
Alhamdulillah kami sekeluarga
suka lemang To'ki. Rasa lemak, masin cukup semua dan nasi pulut tu tak keras. Tiada
kerak.
Rendang dia pun sedap dimakan. Tapi
bukan lah tahap sedap yang teringat-ingat. Rasa cukup enak untuk makan Bersama lemang.
Cara pembelian adalah layan diri.
Jadi mudah dan cepat. Kawasan persekitaran restoran bersih, tidak berbau dan selesa
tak panas sangat.
Pilihan makanan sesuai untuk
semua peringkat umur dan restoran ni mesra kanak-kanak. Nak repeat? Of cos, kalua
ada kesempatan nak datang lagi.
Kesimpulan
Kalau ada rezeki menuju ke Pantai
Timur, korang kena singgah makan di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang ni dan
cuba sendiri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/12/singgah-makan-di-restoran-lemang-toki.html