Lepak Makan Sebentar Di Kopi Kayoh Mambau


Lepas beli barang di AEON Seremban 2, macam tak ada arah tujuan. Jomlah kita kupi-kupi di Kopi Kayoh yang terletak di Mambau, Seremban sebelum balik rumah. Nanti tak payah nak masak untuk makan malam. Kira makan malam awal lah ni.
Kopi Kayoh ni pun saya tahu dari media sosial. Tak pasti dari TikTok atau instagram. Yang pasti bukan dari fecebook. Masa mula-mula buka dulu memang berhasrat nak singgah sini. Baru sekaranglah dapat menyinggahnya pun. 
Sekarang dah kembali melayan kopi-kopi di kedai hipster macam dulu sebab kita dah boikot si kedai S tu. Kopi Kayuh ni antara kedai kopi hipster yang menarik di Seremban. Kami singgah buat rasa-rasa kopi dan menu di sini

Untuk pembelian, perlu pesan di kaunter ye. Ada menu signboard berhampiran kaunter. Jadi, boleh tengok-tengok dulu menu sebelum order. Di kaunter pun ada juga buku menu untuk rujukan pelanggan. 


Walaupun menu tak banyak, tapi rambang mata juga nak memilih menunya. Semuanya nampak macam sedap dan menarik je. Ikutkan nafsu makan, memang nak rasa semua tapi kami pilih untuk makan yang ringan-ringan je lah



Sementara menunggu encik suami buat pesanan, sambil tu kita potretkan di sekitar kawasan Kopi Kayoh. Terberkenan dengan tiny house serba putih dengan design moden ni. Cantik! Gazebo berpayung dengan kerusi meja batu ni pun aesthetic sangat. Nice place

Kalau datang waktu cuaca elok memang cantik di potretkan. Kami singgah masa cuaca mendung dan hampir Maghrib. Jadi, cuaca tak berapa nak cerahlah



Sistem pembelian di sini, perlu buat pesanan di kaunter dan terus buat bayaran. Kemudian akan diberikan alarm device. Bila pesanan dah siap, device akan berbunyi dan kena ambil pesanan di kaunter. 
Tak lama menunggu, pesanan kami pun siap. Sebab tak ada pelanggan yang lain, hanya kami je. Itu yang cepat siap tu

Saya pesan hazelnut latte panas. Sedap rasa kopi hazelnut latte nya pun. Cuma tak puas sebab macam tak cukup cup saiz kecil. 


Encik suami pula pilih caramel macchiato cold. Di sini tiada caramel macchiato hot. Jadi pesan yang sejuk. Okay boleh tahan sedap juga. Saiz cup juga kecil, macam tak puas minum. Mungkin sebab dah biasa pesan kopi yang saiz besar sikit kot



Untuk makanan kami pesan nasi lemak dan roti bakar. Pesan nasi lemak sebab nak cuba rasa. Sedap betul nasi lemak ni, rasa menyesal pula pesan 1 bungkus. Tapi tak nak tambah makan sebab kawal makan



Sedap makan roti bakar panas-panas, gabungan butter dan kaya. Menjejes makan sebab butter mencair. 


Kami tak lepak berlamaan. Makan pun tak berleha-leha sebab dah masuk Maghrib. Kena balik cepat untuk solat Maghrib. Sebelum balik, pastikan buang sampah di tong sampah yang disediakan. Tray pula kena letak di kaunter. 

Kopi Kayoh Mambau ni memang port baik punya untuk lepak kupi-kupi. Suasananya tenang dan menarik. Mengopi petang-petang dengan menu ringan tu okay sangatlah. Waktu operasi dari pukul 5 petang sehingga 10:30 malam

Kopi Kayuh, Mambau
Lot 600A, Jalan Mambau Batu 5 Mambau, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/12/kopi-kayoh-mambau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepak Minum Di Kopi Kafe Hutan Kampung Alor Setar

Lepak Minum Di Kopi Kafe Hutan Kampung Alor Setar

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 199 hits
Lepak minum di Kopi Kafe Hutan Kampung Alor Setar Hai korang lepas balik kerja aku lepak di Kopi Kafe Alor Setar Kedai ni memang mudah nak cari korang boleh waze je Petang petang memang sesuai sangat lah datang sini kawasan kedai sangat sel...
Makan Lagi Di Restoran Yx

Makan Lagi Di Restoran Yx

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum WBTDAHSYAT ya penipuan maya zaman sekarang Dulu jika mereka godam mereka godam aje Jika mereka tipu mereka tipu aje Sekarang ni mereka bukan sahaja tipu tapi godam sekali Realitinya godam tu pun dah satu penipuan juga Cubala...
Makan Di Mee Udang Bongsu Kuala Bakong Kedah

Makan Di Mee Udang Bongsu Kuala Bakong Kedah

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Untuk aku sendiri alhamdulilah masih diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk mencari rezeki...
Dia Punya Dengki Tak Boleh Blah Rugi Makan Gaji Buta Hadi Mimpi Lagi Nak Tebuk Atap

Dia Punya Dengki Tak Boleh Blah Rugi Makan Gaji Buta Hadi Mimpi Lagi Nak Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 126 hits
ADUHHH HADI AWANG RUPANYA MASIH BELUM PUTUS ASA NAK JATUHKAN KERAJAANPerikatan Nasional masih berusaha menarik sokongan pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama parti itu dalam kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan mereka kata Abdul...
Makan Nasi Lauk Kenduri Tiap Hari

Makan Nasi Lauk Kenduri Tiap Hari

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 186 hits
Assalamualaikum Haritu pernah viral lah Nasi Kawin Hari Hari ni sebab boleh makan lauk kenduri tiap hari Takyah tunggu jemputan kawin gi je kat kedai ni Semua lauk kenduri je yg dia jual Dari Damansara kite gerak dengan anak dara sorang ni ...
Makan Di Petals And Bakes

Makan Di Petals And Bakes

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum WBTLEPAS Iman ajak tengok nenek Katanya dah lama tak jumpa Sk memang pun plan nak ke sana Sk tapau tiga kotak Beef Dumpling dari Restoran Mee Hiris China Muslim untuk makan makan Kebetulan Cikwa pun balik bercuti Lepas tu Ci...
Khasiat Habbatus Sauda Dan Cara Makan Yang Betul

Khasiat Habbatus Sauda Dan Cara Makan Yang Betul

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 286 hits
Tahukah anda khasiat habbatus sauda memberi sumbangan yang sangat besar kepada kesihatan manusia Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat habbatus sauda yang perlu anda tahu dan cara memakannya yang bet...
Sindiran Cak Imin Kalau Rakyat Biasa Makan Mie Instan Akan Lahirkan Pemimpin Instan

Sindiran Cak Imin Kalau Rakyat Biasa Makan Mie Instan Akan Lahirkan Pemimpin Instan

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 115 hits
Cak Imin mengibaratkan makanan mi instan yang kerap dikonsumsi saat akhir bulan akan diubah menjadi makanan bergizi
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy