Makan Di Restoran Piring Puteh


 Assalamualaikum WBT
KEMBALI ke pejabat selepas tiga hari jadi Tapak Sulaiman di rumah 😆. Tipu la.. mana mahunya jadik Tapak Sulaiman. Kain baju siapa nak tolong cuci, keringkan dan lipat. Nak susun lagi dalam almari. Rumah siapa nak kemas?? Kucen?? Jangan harap 🤭.
Teringat sebuah cerita yang Sk baca masa kecik-kecik dulu, kisah tentang seorang pemuda ni. Setiap kali bangun tidur atau pulang ke rumah dari bekerja, didapati makanan telah siap dihidang dan rumah telah siap dikemas. Pemuda tu merasa pelik kerana dia tinggal berseorangan. Suatu hari, dia bangun awal-awal sebab nak tahu siapa yang sediakan sarapan. Haaa.. teka siapa? Ada tak rakan-rakan Sk di sini pernah baca kisah tu? Itulah yang Sk selalu berangan, alangkah bagusnya jika bangun pagi makanan dah terhidang dan rumah sentiasa siap dikemas. Rumah Sk ni memang tak ada budak nak buat sepah tapi ada budak berbulu yang suka buat perangai. Kalau bentang alas meja, sekejap jer dah bergulung, wallpaper semua dah berjurai-jurai, yang mana koyak tu, terabur la kat lantai, geram betul! 
😠


Semalam, Sk dah cakap awal-awal malas nak masak. Sk ajak Pak Inche ke Restoran Piring Puteh di Pontian. Lepas zuhur, baru gerak dari rumah. Pontian ni bersempadan daerah dengan taman perumahan Sk. 

Konsepnya adalah masakan atau lauk  tradisional Melayu yang hanya akan dimasak apabila menerima pesanan seperti Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api, Sambal dan Kicap. Meh la Sk kongsikan menu restorannya.


Hidangan utama di sini merupakan menu lauk-pauk. Semuanya disertakan dengan harga sekali, bolehlah bajet awal-awal sebelum buat pesanan


Selain tu ada juga set nasi pelbagai masaka ayam dan ikan


Hidangan sampingan seperti sayur, sambal dan ulam


Restoran ini menyediakan lauk pauk sehingga jam 4 petang sahaja dan ditutup sebentar untuk rehat. Selepas tu menu masakan panas goreng-gorengan


Disebabkan semua masakan hanya dimasak apabila ada pesanan, maka ambil masa sedikit la menunggu. Tapi bagi Sk tak la lama sangat pun mungkin gulainya dah ada, tinggal nak masukkan haiwannya aje 😆. Matilanak kalau masa tu pelanggan order, masa tu baru nak kisar lada 🤭


Mula duduk di meja no 10 (2 kerusi), lepas tu pindah meja no 5 yang empat kerusi sebab macam tak cukup ruangaje nak letak lauk 😆


Sambil menunggu kita foto-foto sikit la. Tak boleh nak snap pic banyak sebab pelanggan ramai, bimbang mengganggu privacy. Suka tengok hiasan kedai dengan latar putih serta cahaya lampu keemasan. Banyak pokok-pokok artificial diletakkan menghidupkan suasana alam dengan tingkap-tingkap lama dipaku ke dinding. Gabungan moden dan tradisional gituh


Daging Salai Masak Lemak Cili Api (RM13). Kini, masakan salai ni boleh ditemui di mana-mana, kan. Nak masak sendiri pun boleh, kalau tak pandai nak menyalai, beli sahaja daging salai frozen. 
Tekstur daging tu agak keras tapi masih bolehlah dikunyah oleh remaja purba ni. Kuah lemak agak pekat, kepedasannya seimbang. Pak Inche kurang gemar masak lemak ni, sikit pun tak mahu jamah, puaslah Sk kasi perabih sorang-sorang


Asam Pedas Isi Ikan Jenahak (RM20). Sedap kuah asam pedasnya, tidak terlalu cair dan pekat. Cukup rasa asam dan masinnya. Bila Sk hirup kuahnya, ia mengingatkan kepada sesuatu. Gulai asam pedas tumis darat ibu yang dah lama kami tak dapat menikmatinya. Sayangnya sayur bendi yang dimasukkan dalam gulai sudah sedikit tua


Sambal Sotong (RM15). Sotong merupakan haiwan laut kegemaran Pak Inche, suka sangat makan sotong terutama yang dimasak sambal. Pada mulanya Sk bayangkan sambalnya macam kita masak sambal tumis tu tapi ia lebih kepada masakan sambal di Chinese Seafood Restaurant. Sedap sangat macam masak empat rasa, ada pedas, masin, manis dan masam dari tomato tu


Pelengkap jika makan Asam Pedas kena ada Telur Dadar (RM5). Telur dadar digoreng garing macam di restoran tomyam. Pak Inche kata lagi sedap jika digoreng dadar biasa. 

Ambil Sayur Taugeh (RM5). Masakannya samalah macam mak-mak kita masak, tumis bawang dan cili, campak taugeh. Ada sedikit potongan tauhu goreng di dalamnya


Masa staf hantar hidangan ke meja, dia beritahu ulam dah habis sambil letakkan piring Nugget Ayam (RM6.50) ni. Bolehlah pulak Sk fikir, ulam habis digantikan dengan nugget (sebab kami tak order nugget). Capai seketul cicah sos dan suap ke mulut, ala-ala pembuka selera la kononnya. Lepas tu nampak kertas order, baru otak ni proses, staf kaunter salah key in, mungkin mereka termasukkan nombor kod nugget ni lepas masukkan nombor kod sambal belacan


Semua dah cantik-cantik plating, tiber sambal belacan letak dalam mangkuk plastik, bukan mangkuk putih. Sambal belacan dia sedap


Nampak tak, kod sambal belacan dengan kod nugget tu. Sk syak, kodnya disusun sebelah-sebelah dan staf tertekan atau tersentuh skrin kod tu. Sk pulak tak snap pic kertas pesanan macam selalu sebagai bukti. Bayar aje laaaa benda dah termakan, kan 🤭


Restoran Piring Puteh
13, Jln Delima 2, Pontian Kecil, 82000 Pontian, Johor
Buka setiap hari kecuali Jumaat11.00 pagi hingga 9.30 malam
Atau masukkan dalam aplikasi wazeRestoran Piring Putih

Hangus RM81.15Nak adil, Sk cakap, balik tu Sk nak belanja ngopi.. tungguuuuu 🤭

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2023/12/makan-di-restoran-piring-puteh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memenuhi Undangan Makan Malam Di Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Memenuhi Undangan Makan Malam Di Restoran Ana Ikan Bakar Petai

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 243 hits
nbsp Memenuhi Undangan Makan Malam di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Minggu lepas nieyl ada terima undangan makan malam dari abang ipar nieyl Actually dia jemput tu sebab hari tu nieyl dengan husband nieyl ada merewang masa anak buah dia kah...
Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong Pahang

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong Pahang

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 278 hits
Minggu lepas kami singgah makan di Restoran Lemang To ki yang terletak di Bentong Pahang Memandangkan masih awal pagi dan urusan di MRSM Bentong selesai lebih awal dari jangkaan Jadi kami putuskan nak jalan jalan makan angin di kawasan terd...
Makan Di Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Makan Di Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 290 hits
Restoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala BatasRestoran Nasi Beriani Buluh Bertam Kepala BatasRestoran Nasi Beriani Buluh ni ada beberapa cawangan Di Bertam ni yang ni kira macam baru la sebelum restoran beriani buluh ni ambil alih ada bebe...
Makan Malam Have Have Di Restoran Seniman Pavillion

Makan Malam Have Have Di Restoran Seniman Pavillion

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 339 hits
Jumaat lepas mr hubby ajak ke Pavillion Bkt Jalil sebab nak beli barang so dah kebetulan tu terus lah sekali makan malam kat situ Tak tahu pun nak makan apa Nanti lepas beli barang mr hubby baru pi cari tempat makan yang sesuai kena dengan ...
Makan Western Food Di Restoran Fais Permatang Janggus Permatang Pauh

Makan Western Food Di Restoran Fais Permatang Janggus Permatang Pauh

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 260 hits
Restoran Fais Permatang JanggusAku pernah try makan di sini dulu dah lama dalam tahun 2019 b Kali ni saja la nak try sekali lagi diorang buka petang hingga ke malam tengahari masa dulu dulu ada nasi campur tapi sekarang tengahari macam tak ...
Lepas Makan Terus Muntah Ibu Hamil Tak Cukup Zat Ini Suplemen Patut Ambil

Lepas Makan Terus Muntah Ibu Hamil Tak Cukup Zat Ini Suplemen Patut Ambil

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 145 hits
Melalui trimester pertama kehamilan memang ternyata cukup menguji kekuatan ibu hamil Ibu yang dulunya aktif berubah menjadi lemah tak bermaya Muntah setiap pagi atau petang membuatkan ibu tiada selera untuk makan Namun ada juga kes di mana ...
Mee Goreng Untuk Makan Tengahari Selepas Hadiri Forum

Mee Goreng Untuk Makan Tengahari Selepas Hadiri Forum

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Mee goreng untuk makan tengahariHari ini Jumaat ada forum Hal Ehwal Islam sempena sambuat Bulan Inovasi tahun 2023 Bertempat di Dewan Al Khawarizmi atau Dewan Kuliah Utama Program bermula dengan pendaft...
Video Begini Suasana Makan Pagi Siswa Diktukba Polri Kompak Dan Tertib Banget

Video Begini Suasana Makan Pagi Siswa Diktukba Polri Kompak Dan Tertib Banget

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 126 hits
Potret sarapan para siswa Diktuba Polri Gel II Ta 2023 Resimen Anggakara wicaksana SPN Polda Jabar
Keh Keh Keh Kalau Tengah Makan Jangan Tersedak

Keh Keh Keh Kalau Tengah Makan Jangan Tersedak

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 114 hits
Nazril Iznil Sessi penerangan mudah memahami sifat walaun sejati
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa