Singgah Kerteh Hotel Di Kerteh Sesuai Untuk Famili
Hotel Singgah Kertih terletak di tengah-tengah pekan Kerteh menjadikan ia persinggahan strategik buat mereka yang bergerak dari arah Kuantan mahupun Kuala Terengganu. Hotel bertaraf tiga bintang ini menawarkan penginapan dan layan yang terbaik pada tanda harganya.
Kalau nak tahu Singgah Kertih baru sahaja menerima pengiktirafan taraf 3 Orkid dari Kementerian Pelancongan. Iaitu pengiktirafan taraf paling baik kepada premis penginapan pelancong bertaraf hotel bajet.
Jika anda ingin mencari hotel di Kerteh, Singgah Kertih adalah pilihan ideal. Ini kerana mereka menyediakan bilik selesa dengan design elegan, lengkap dengan kemudahan, layanan mesra, dan harga yang berpatutan.
Hiasan dalaman menarik
Memasuki ruang lobi Singgah Kertih membuatkan anda terpegun dengan hiasan dalaman dan pemilihan perabot yang elegan. Biarpun kategori hotel bajet di Kertih, namun hiasannya tidak ubah seperti hotel mahal.
Artikel berkaitan:
+ Pakej Percutian Bajet Bagi Penerima Vaksin Lengkap
+ Chalet Ada Kolam Renang di Terengganu [AWESEOME!]
+ Tempat Shopping Murah di Hatyai
Bilik lengkap dengan fasiliti
Menawarkan 48 buah bilik dengan 4 jenis bilik berbeza mengikut kapasiti dan bajet anda. Fasilitinya juga tidak mengecewakan. Lengkap dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan agar anda dan keluarga dapat bermalam dengan selesa.
Tv (satellite channels)
Aircond Wifi Tempat letak kenderaan
Mini pantry Toiletries Water heater / bidet
Biik-biliknya dihias moden dan sedap mata memandang. Bagi mereka yang ada anak kecil, anda boleh request katil bayi dengan caj tambahan.
Baca: Apa yang ada di Pasar Payang Terengganu?
Restoran Lengquas
Selain itu Singgah Kertih turut menyediakan sebuah restoran iaitu Lengquas Cafe yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Antara menu menarik seperti masakan panas, satay, dan western.
Jarak dengan tempat menarik:
McDonald's - 1 km Kerteh Airport - 3.7 km Mesra Mall - 8 km Pantai Kerteh - 4.7 km Awana Kijal - 14.7 km
Tawaran RM300 untuk 3 hari 2 malam
Kalau nak tahu, Singgah Kertih adalah anak syarikat di bawah Kopetro yang kini sedang mengadakan promosi 'Book Now Stay Later" sehingga 31 Dis 2021.
Melalui promosi ini anda akan menikmati harga serendah RM300 untuk Standard Room + Breakfast + Welcome drink.
Untuk maklumat lanjut tentang Hotel Singgah Kertih dan pakej penginapan yang ditawarkan, layari www.singgah.com.m.
Dengan fasiliti dan harga menarik ini tidak ada alasan lagi kenapa anda tidak menginap di Singgah Kertih. Selamat bercuti!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nikkhazami.com/2021/10/singgah-kertih-hotel-di-kerteh-untuk-famili.html