Singapura Tutup Semua Sekolah Sebulan Mulai Rabu
SINGAPURA: Semua sekolah akan ditutup selama sebulan, mulai Rabu depan, selaras pengumuman Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, semalam untuk melaksanakan pendekatan lebih tegas dalam memerangi wabak COVID-19.
Pelajar pada semua peringkat, termasuk di universiti dan sekolah pendidikan khas, akan diminta menjalani pembelajaran di rumah hingga 4 Mei depan, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) serta Kementerian Pembangunan Keluarga dan Sosial (MSF) dalam satu kenyataan bersama.
Semua prasekolah, tadika dan pusat jagaan pelajar juga akan ditutup, namun masih memberi perkhidmatan terhad, khususnya kepada ibu bapa yang masih dikehendaki bekerja serta gagal mencari penjaga untuk anak masing-masing.
Menteri Pendidikan, Ong Ye Kung, berkata orang ramai perlu berusaha untuk kekal di dalam rumah masing-masing, namun perkhidmatan jagaan masih diberikan bagi membantu ibu bapa dalam sektor penting seperti perkhidmatan kesihatan dan golongan kurang berkemampuan.
“Kami menjangkakan sejumlah anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan terpaksa juga hadir ke sekolah, jadi ia boleh dilakukan. Mari kita melihat apa yang boleh dibuat untuk membantu mereka,” katanya.
Semua kelas dijadualkan bersambung semula pada 5 Mei depan, namun MOE dan MSF akan terus memantau rapat situasi semasa COVID-19 bagi melihat jika pendekatan itu perlu diteruskan.
Menurut MOE, langkah itu turut membabitkan pembatalan peperiksaan pertengahan tahun di semua sekolah.
Peperiksaan peringkat nasional pula akan diteruskan mengikut jadual, selepas mengambil kira semua langkah pencegahan.
Ia mencakupi peperiksaan GCE O pada pertengahan tahun dan Bahasa Ibunda peringkat A Level pada Jun depan, peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan Meninggalkan Sekolah Rendah. - Agensi
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/singapura-tutup-semua-sekolah-sebulan.html