Anwar Cadang Kerajaan Bantu Rm250 Sebulan Kepada Semua Rakyat




23 Mac 2020



Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan sekiranya para pekerja, terutamanya golongan miskin terpaksa menggunakan simpanan hari tuanya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampan kesan hilang punca pendapatan akibat wabak Covid-19.

Ini susulan pengumuman kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang daripada Akaun 2 bagi meringankan beban rakyat.

Anwar berkata kerajaan perlu memberikan bantuan sebanyak RM250 sebulan kepada semua rakyat Malaysia.

“Saya prihatin dengan isu berikan ruang kepada pekerja keluarkan caruman dari KWSP. Ini simpanan untuk masa depan mereka, kelompok kaya tak membimbangkan tetapi dalam kelompok pendapatan rendah ini dikhuatiri jejaskan masa depan mereka.

“[…] tapi saya rasa kerajaan kena pertimbangkan semula, jangan beban hanya pada mereka, sepatutnya paling tidak kerajaan bagi sumbangan sebahagian kepada semua, kalau kata lah RM250 kalau mereka perlu tambahan keluarkan RM250 saja (dari KWSP).

“Kerajaan harus fikirkan untuk belanja dari rizab negara. Ini keadaan kritikal sekarang,” katanya dalam sidang media secara langsung di akaun Facebook hari ini.


Terdahulu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, mengumumkan inisiatif pengeluaran akaun KWSP menerusi i-Lestari yang tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.

Justeru itu, Anwar menyarankan penambahbaikan supaya pencarum boleh mengeluarkan RM250 sahaja daripada akaun KWSP, manakala kerajaan pula menambah bantuan sebanyak RM250.

Menjelaskan lanjut, katanya, bantuan RM250 itu boleh disalurkan daripada rizab negara atau pun hasil keuntungan Petronas.

“Saya pendapat ini adalah keperluan yang harus diberikan pertimbangan segera, hari ini atau esok kerana penjaja atau nelayan, kalau mereka tak kerja tiga ke empat hari mereka tiada simpanan yang panjang.

“[…] guna rizab yang besar yang ada sama ada dalam kerajaan atau Petronas untuk selamatkan rakyat sekarang,” katanya lagi.

Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 30 Mac ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Perintah itu antara lain mewajibkan penutupan kebanyakan premis perniagaan, sekolah dan institut pengajian tinggi, serta premis kerajaan dan swasta melainkan perkhidmatan penting.

Malaysia mencatatkan 212 lagi kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir hari ini, iaitu bilangan tertinggi sejak permulaan wabak itu pada akhir Januari.

Ini membawa jumlah keseluruhan kepada sebanyak 1,518 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 212 kes baru, 123 dikesan daripada kluster perhimpunan Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang diadakan lewat bulan lalu.

Beliau juga melaporkan empat kematian baru, menjadikan jumlah kematian kepada 14 orang.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/anwar-cadang-kjaan-bantu-rm250-sebulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Wang Kwsp Anwar Cadang Kerajaan Beri Rm250

Keluar Wang Kwsp Anwar Cadang Kerajaan Beri Rm250

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 334 hits
Pengeluaran RM500 caruman KWSP adalah tidak munasabah dalam waktu rakyat dihimpit masalah kemungkinan kehilangan pekerjaan pada masa hadapan berikutan wabak Covid 19 yang memusnahkan ekonomi dunia Presiden PKR Anwar Ibrahim menyatakan kembi...
Pengumuman Bernilai Rm250 Bilion Itu Ringankan Gelisah Rakyat Anwar

Pengumuman Bernilai Rm250 Bilion Itu Ringankan Gelisah Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 442 hits
PAKEJ Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat mampu menyelesaikan sebahagian tekanan yang dialami rakyat terutama mereka yang terjejas dengan Covid 19 Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman bernilai RM250 bilion itu mengambil k...
Jangan Bebankan Rakyat Ph Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Harga Topeng Muka

Jangan Bebankan Rakyat Ph Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Harga Topeng Muka

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 366 hits
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan merakamkan rasa kesal serta bantahan terhadap pengumuman Kerajaan yang berniat menaikkan harga pasaran bagi penutup muka 3 lapis dari RM0 80 sekeping ke RM2 00 sekeping Majlis Setiausaha PH dalam kenyataann...
Peduli Rakyat Itu Kerajaan Berjiwa Rakyat 9975

Peduli Rakyat Itu Kerajaan Berjiwa Rakyat 9975

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 360 hits
Siaran langsung titah Agong malam iniMalaysiakiniYang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan menyampaikan titah berkenaan perintah kawalan pergerakan pada malam ini menurut laporan The New Straits Times Menurut laporan itu ...
Krisis Covid 19 Skim Bantuan Insentif Kerajaan Persekutuan Kepada Rakyat Malaysia

Krisis Covid 19 Skim Bantuan Insentif Kerajaan Persekutuan Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 587 hits
UMNO ONLINE PENULARAN pandemik COVID 19 yang mencatatkan angka kes semakin meningkat hingga kerajaan terpaksa mengambil tindakan drastik menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal ia terus merebak dan memutuskan rangkaian virus ...
Jadi Menteri Kerajaan Menyusahkan Rakyat Jadi Pembangkang Pun Menyusahkan Rakyat

Jadi Menteri Kerajaan Menyusahkan Rakyat Jadi Pembangkang Pun Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 241 hits
Semasa dia menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Malaysia Saifuddin tak boleh sekat elemen elemen kegiatan kartel yang menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu Harga telur dulu sekitar RM8 boleh...
Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan Pm

Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan Pm

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 523 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan bakal mengedarkan topeng muka percuma buat seluruh rakyat Malaysia Menurut beliau Malaysia mempunyai pengilang topeng muka sendiri namun proses penghasilan mengambil masa berikutan bahan yang...
Kerajaan Usaha Dapatkan 10 Juta Topeng Muka Berikan Secara Percuma Kepada Rakyat

Kerajaan Usaha Dapatkan 10 Juta Topeng Muka Berikan Secara Percuma Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 504 hits
Kita dapat tengok yang kebanyakan rakyat Malaysia sekarang dalam keadaan resah lagi lagi bila topeng muka di kebanyakan farmasi dan kedai sudah habis Ada yang ditipu dalam jualan online dan ada juga yang terpaksa membuat topeng muka mereka ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka