Singapura Raikan Hari Lahir Ke 54 Gambaran Sejarah Dua Abad


Singapura merayakan Hari Kebangsaan ke-54 hari ini dan perayaan tahun ini agak  istimewa kerana ia juga seiring dengan  memperingati 200 tahun Sir Stamford Raffles menjejakkan kaki di bumi Singapura
Menurut Pejabat “Singapore Bicentennial’ – sebahagian daripada Pejabat Perdana Menteri – ulang tahun ke 200 ketibaan British di Singapura merupakan satu titik perubahan utama dalam sejarah negara kepulauan itu.
“Tetapi kisah kami tidak bermula pada tahun 1819 – ia bermula 700 tahun yang lampau.” kata pejabat itu dua hari sebelum pelancaran Singapore Bicentennial.
Singapore Bicentennial  kemudian dilancarkan pada 28 Januari 2019 oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Muzium Tamadun Asia, di sini.
Singapore Bicentennial  merupakan kesempatan bagi kita untuk merenung sejarah ini sebelum dan selepas tahun 1819; untuk memahami perjalanan kita dari tempat yang mempunyai lokasi strategik dari segi geografi, kepada orang yang mempunyai DNA Singapura yang  unik. “Peringatan ini bertujuan untuk menampilkan penyumbang besar yang telah membawa kepada evolusi kita, melihat perkembangan serantau dan global yang mempengaruhi tempat kita di dunia, dan banyak lagi,” kata pejabat itu.
Berikutan pelancaran itu, pelbagai acara yang  mendalam dirancang pada 2019 untuk mencetuskan minat di kalangan warga Singapura terhadap sejarah negara.
Menerusi acara-acara ini pejabat itu  telah menerokai  sejarah purba Singapura untuk memberikan konteks kepada 200 tahun dari tahun 1819; dan meneliti impak dan pengaruh orang lain dari seluruh rantau dan dunia terhadap Singapura.
Ia juga menyerlahkan sumbangan pelaku dan komuniti secara meluas yang telah membawa kepada evolusi; dan banyak lagi.
Sebelum pelancaran Singapore Bicentennial, pada 4 Jan, empat patung baharu Sang Nila Utama, Tan Tock Seng, Munshi Abdullah dan Naraina Pillai berdiri  megah bersebelahan  patung Sir Stamford Raffles di Laman  Pendaratan  Raffles di sepanjang Sungai Singapura.
Ditauliahkan oleh pejabat itu , ukiran patung itu secara meluas mewakili watak-watak yang tiba di pantai Singapura pada tahun 1819, dan sebelumnya.
Walaupun Singapore Bicentennial menandakan kedatangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1819 sebagai titik penting dalam sejarah kita, ia juga mengiktiraf pelbagai masyarakat dan orang yang telah membentuk Singapura sejak bertahun-tahun.
Antara lain, orang ramai  akan mengenali Sang Nila Utama, putera Palembang yang pertama kali melihat kelibat seekor singa dan mendirikan kerajaan Singapura pada tahun 1299.
“Beliau memberikan pautan kepada sejarah kita yang lebih lama sebelum tahun 1819, yang kita berharap dapat diterokai sepanjang dua ratus tahun berkenaan,” kata pejabat itu.
Sementara itu, semasa permukiman para pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya pada April lepas, Perdana Menteri Lee telah menjemput rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri perarakan Hari Kebangsaan tahun ini dan Dr Mahathir telah menerima jemputan itu.
Dr Mahathir yang pernah  berada di sini pada November lalu untuk Sidang Kemuncak ASEAN dijangka tiba bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali petang ini untuk menyaksikan perarakan itu di Padang.
Ketika  mengumumkan pemilihan Padang sebagai lokasi perarakan tahun ini, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada 17 Ogos 2018 berkata lapangan rekreasi berhampiran Dewan Bandaraya itu dipilih kerana tapak itu  “telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa utama dalam sejarah Singapura” .
Padang adalah tempat perarakan Hari Kebangsaan pasca kemerdekaan pertama diadakan pada tahun 1966. Ia juga menyaksikan pengisytiharan kerajaan sendiri pada tahun 1959 dan kesatuan dengan Malaysia pada tahun 1963.
Perarakan  Hari Kebangsaan tahun lepas telah diadakan di platform terapung Marina Bay.
Dalam pada itu , bank pusat republik itu, Pihak Berkuasa Monetari Singapura  terpaksa  mengeluarkan  tambahan dua juta peringatan S$20 bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada orang ramai hanya sembilan hari selepas dilancarkan oleh Presiden Singapura Halimah Yacob pada 5 Jun.
Selamat Hari Lahir ke-54 Singapura!
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/09/singapura-raikan-hari-lahir-ke-54-gambaran-sejarah-dua-abad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Saat Imam Duduk Antara Dua Khutbah Dan Shalawat Pada Hari Jumat

Doa Saat Imam Duduk Antara Dua Khutbah Dan Shalawat Pada Hari Jumat

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 378 hits
Bagaimana dengan doa saat imam duduk antara dua khutbah Jumat adakah tuntunannya Apa juga ada anjuran shalawat pada hari Jumat Kita simak yuk bahasan Riyadhus Sholihin berikut ini
Pemergian Suami Pada Hari Lahir

Pemergian Suami Pada Hari Lahir

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 289 hits
Hari Lahir Suami Rupanya Hari Akhir Hayatnya Kehilangan insan tersayang seperti pasangan hidup perit untuk diterima apatah lagi jika pemergiannya secara tiba tiba Bukan sahaja separuh jiwa pergi tetapi segala yang dirancang demi masa depan ...
Terkini Antara Hari Terburuk Dalam Sejarah 20 Orang Terkorban Dalam Serangan Tembakan Di Pasaraya

Terkini Antara Hari Terburuk Dalam Sejarah 20 Orang Terkorban Dalam Serangan Tembakan Di Pasaraya

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 264 hits
Dua puluh orang telah terbunuh dan 26 lagi cedera dalam penembakan besar besaran di bandar El Paso Texas Gabenor Texas Greg Abbott menggambarkan tragedi berkenaan sebagai salah satu hari yang paling buruk dalam sejarah Texas Kejadian terseb...
Raikan Hari Coklat Sedunia Dengan Pelancaran Kitkat Popcorn

Raikan Hari Coklat Sedunia Dengan Pelancaran Kitkat Popcorn

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 417 hits
Raikan Hari Coklat Sedunia Dengan Pelancaran Kitkat Popcorn Sempena meraikan Hari Coklat Sedunia bersama KITKAT penggemar coklat di seluruh Malaysia berpeluang meraikan Hari Coklat dengan keluaran coklat edisi terhad KITKAT iaitu KITKAT Pop...
Raikan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Ceria Bersama Spongebob Squarepants Di Wct Malls

Raikan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Ceria Bersama Spongebob Squarepants Di Wct Malls

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 326 hits
Petalirg Java 23 May 2019 Dua rakan baik yang disayangi SpongeBob Squarepants dan rakan baiknya Patrick tar akan bersama peminat mereka di Malaysia untuk meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfltri di daratan buat kali pertama di W...
Bayi Baru Lahir Usia Tujuh Hari Perlu Di Bedah Segera Di Ijn

Bayi Baru Lahir Usia Tujuh Hari Perlu Di Bedah Segera Di Ijn

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 319 hits
MARAN Seorang bayi berusia 7 hari memerlukan bantuan kerana mengalami masalah saluran darah pada jantungnya gagal berfungsi dengan baik di mana pembedahan segera akan dijalankan pada hari esok Isnin 5 Ogos Dari makluman oleh pakar perubatan...
Selamat Hari Lahir Puteri Umno

Selamat Hari Lahir Puteri Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 425 hits
Raja Sara Petra Hari ini Puteri Umno berusia 18 tahun Dari segi umur manusia 18 tahun dianggap sebagai dewasa Jadi hari ini Puteri Umno sudah dewasa dan bukan lagi kanak kanak Beberapa tahun akan datang adalah satu cabaran untuk Umno Selepa...
Dua Hari Nak Majlis Bertunang Muka Breakout Ikuti Tips Gadis Ini Untuk Dapatkan Kulit Muka Flawless

Dua Hari Nak Majlis Bertunang Muka Breakout Ikuti Tips Gadis Ini Untuk Dapatkan Kulit Muka Flawless

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 370 hits
Setiap orang memiliki jenis kulit yang berlainan dan pada kebiasaannya untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik bersih dan berseri memerlukan penjagaan asas The post appeared first on
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip