Raikan Hari Coklat Sedunia Dengan Pelancaran Kitkat Popcorn



Raikan Hari Coklat Sedunia Dengan Pelancaran Kitkat Popcorn | Sempena meraikan Hari Coklat Sedunia bersama KITKAT, penggemar coklat di seluruh Malaysia berpeluang meraikan Hari Coklat dengan keluaran coklat edisi terhad KITKAT iaitu KITKAT Popcorn


Tahun ni KITKAT tampil lebih berani menampilkan gabungan luar biasa, perisa manis dan masin sesuai dengan selera rakyat Malaysia yang memang gemar makan manis macam aku.

Kalau sebelum ni KITKAT telah pun menghasilkan pelbagai kombinasi perisa yang unik seperti KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, KITKAT Rose Bandung dan banyak lagi.


Pelancaran Kitkat Popcorn Sempena Hari Coklat Sedunia

Memang tak pernah ketandusan idea betul la KITKAT ni, maka terhasil lah KITKAT Popcorn, varian KITKAT yang julung kalinya menampilkan gabungan perisa manis dan masin


KITKAT Popcorn menyerlahkan gabungan perisa manis dan masin dalam coklat susu yang halus, disaluti dengan empingan karamel masin, dilapisi kepingan wafer segar yang ranggup dengan praline popcorn caramel. Tidak syak lagi ia pasti memukau pengemar KITKAT!


Menurut Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan di bawah Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlè Malaysia berkata,” Kami berasa cukup bangga dapat mencipta cara menikmati masa rehat yang lebih istimewa, di mana penggemar KITKAT dapat menikmati produk yang lazat dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Bertih jagung merupakan trend popular di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Bukan itu sahaja, bertih jagung bukan lagi snek yang dinikmati dalam pawagam sahaja, malah ramai juga menikmati bertih jagung ketika menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kami mencipta KITKAT Popcorn supaya penggemar sendiri dapat merasai sendiri betapa sempurnanya gabungan rasa manis dan masin, kami percaya ia pasti mengujakan sesiapa sahaja yang menikmati produk ini.”

Mengikut Pelan Koko Nestle, KITKAT Popcorn diperbuat daripada 100% koko lestari. Pelan Koko Nestlè telah dilancarkan pada tahun 2009 dengan matlamat untuk menaiktaraf kehidupan komuniti petani koko di Côte d'Ivoire di samping meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kearah masa depan yang lebih baik. Di Malaysia, KITKAT Malaysia mengeluarkan rangkaian produk KITKAT di kilangnya di Chembong, Negeri Sembilan

Varian Terbaru KITKAT Perisa Popcorn

Edisi terbaharu KITKAT Popcorn yang enak ini boleh didapati sama ada dalam bentuk 2 jejari (2-Finger) atau pek pelbagai yang mengandungi 5 unit 2 jejari (2-Finger) yang boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia pada harga RM 1.50 dan RM 6.50 (harga saranan pengguna).
Dalam beberapa tahun ini, KITKAT turut mengembangkan perniagaannya dalam pasaran konfeksi gubahan mengikut cita rasa pengguna sendiri (customised) dengan pengenalan KITKAT Chocolatory pada tahun 2016.

Ia merupakan sebuah kedai konsep coklat di Mid Valley Megamall dan menawarkan lebih daripada 10,000 kombinasi coklat, sekaligus memenuhi selera pencinta coklat yang berpelbagai, mengikut cita rasa mereka.

KITKAT Popcorn merupakan keluaran terbaharu dalam portfolio produk KITKAT popular yang merangkumi KITKAT coklat susu 2 jejari dan 4 jejari, KITKAT Bar, KITKAT Bites, KITKAT Chunky, KITKAT Green Tea yang diinsipirasikan daripada Jepun, KITKAT Mini yang bersaiz mampat, serta KITKAT DUO Teh Tarik yang merupakan kegemaran rakyat tempatan

Pendapat Aku Tentang KITKAT Popcorn

Sebagai peminat tegar KITKAT, semestinya aku amat gembira apabila KITKAT terus menerus menawarkan kepelbagaian perisa. Lebih banyak pilihan lebih bagus untuk pelanggan. KITKAT Popcorn memang terasa la manis dan crunchy bila kunyah.
Sesuai di makan masa tengok wayang dan aku selalu beli KITKAT sebagai pembekal tenaga terutama kalau ada kerja dekat luar. Bosan-bosan kunyah la KITKAT, atleast jadi alas perut bila sibuk dengan urusan kerja.
Korang beli dan rasai sendiri. Nanti kongsi la pendapat korang tentang KITKAT Popcorn ni ya.


_________________________________________________________________________________
Mengenai KITKAT Nestlé

Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi pada tahun 1988, dan telah melangkah maju untuk menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini yang digemari oleh semua ini ialah jenama coklat No. 1 di Malaysia, dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko lestari yang diperolehi menerusi Pelan Koko Nestlé.

Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya.  KITKAT Nestlé menawarkan segala bentuk ‘berehat’ yang diingini oleh peminat KITKAT – keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran.  Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang sekarang dibuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.

Cara menikmati KITKAT Popcorn:

1.           Buka pembungkus  merah. 
2.           Ceraikan  jejari wafer dan nikmati aroma yang menyelerakan.
3.           Nikmati waktu rehat anda dengan setiap gigitan penuh kenikmatan  bersama KITKAT Popcorn.

Untuk maklumat lanjut mengenai KITKAT, Sila layari:

Facebook -http://www.Facebook.com/KITKATMalaysia
Laman web rasmi - http://www.KITKAT.com.my

Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT! #PopABreak #KitKatMY

Mengenai NESTLÉ Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé telah beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta berperanan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna menerusi penjenama dan produk yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat dengan beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk yang Halal.  Ini sejajar dengan perjanji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.  Untuk pengetahui lebih lanjut tentang usaha kami dalam menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/07/raikan-hari-coklat-sedunia-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peringati Hari Konservasi Alam Sedunia 8 Orangutan Dilepas Ke Hutan Alami Kalteng

Peringati Hari Konservasi Alam Sedunia 8 Orangutan Dilepas Ke Hutan Alami Kalteng

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 162 hits
Yayasan Borneo Orangutan Survival bekerja sama dengan BKSDA Kalimantan Tengah Balai Taman Nasional Bukit Baka Bukit Raya dan USAID LESTARI hari ini kembali melepasliarkan 8 orangutan ke habitat alaminya
Hari Harimau Sedunia International Tiger Day 2019

Hari Harimau Sedunia International Tiger Day 2019

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 293 hits
Selamat Hari Harimau Sedunia International Tiger Day 2019 Seriuslah kalau Ummi tak dengar berita dalam radio ni sampai sudah Ummi tak tahu hari ni adalah International Tiger Day 2019 aka Selamat Hari Harimau Sedunia Seumur 38 tahun memang t...
7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 376 hits
7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik Assalamualaikum selamat sejahtera semua Hari ni mummy nak review tentang rangkaian Murad yang terbaru 7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid ...
Atletik Sumbang 3 Emas Di Asg Hari Kedua Indonesia Sementara Pimpin Klasemen

Atletik Sumbang 3 Emas Di Asg Hari Kedua Indonesia Sementara Pimpin Klasemen

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 199 hits
Alhamdulillah atletik dapat menyumbangkan medali emas yang sama seperti hari sebelumnya yakni tiga medali emas dan ini sudah hampir 80 dari target yang ditetapkan katanya usai pengalungan medali di Stadion Mugas Sabtu sore
Kapal Yacht Berbendera Australia 2 Hari Terseret Gelombang Di Sumba

Kapal Yacht Berbendera Australia 2 Hari Terseret Gelombang Di Sumba

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 181 hits
Satu unit kapal Yacht berbendera Australia berisi dua penumpang terseret gelombang laut saat berada di perairan Sabu hingga ke wilayah perairan Malolo Kabupaten Sumba Timur Nusa Tenggara Timur
Tips Kekal Macho Di Hari Persandingan

Tips Kekal Macho Di Hari Persandingan

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 277 hits
Acara bersanding merupakan perkara yang sering dilakukan di majlis perkahwinan Bagi kaum lelaki anda pastinya ingin tampil segak dan kacak semasa acara itu berlangsing Namun ada beberapa perkara yang perlu dihindari dan dilarang pakai untuk...
Reman Haziq Sambung 3 Hari Lagi Polis

Reman Haziq Sambung 3 Hari Lagi Polis

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 333 hits
Sehingga kini polis telah menahan 11 individu termasuk Haziq Abdullah dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil Tempoh tahanan reman bekas Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense