Sinergi Magis Hafiz Suip Adira Suhaimi






Tiada siapa yang dapat menyangkal betapa serasinya penyanyi Hafiz Suip dan Adira Suhaimi jika bergandingan dalam sebuah karya. Mungkin sebab itu, setiap lagu duet mereka mencetuskan fenomena luar biasa yang secara tidak langsung menjadi pelaris tambahan sesebuah filem.

Lihat sahaja kejayaan lagu Ombak Rindu yang menjadi runut bunyi filem dengan judul sama pada 2011. Sementara pada 2015, mereka mendaki carta lagu popular di radio menerusi lagu Untuk Cinta yang merupakan runut bunyi filem Pilot Cafe.

Menariknya, biar begitu banyak karya muzik dan genre datang silih berganti kedua-dua lagu tersebut kekal popular sehingga ke hari ini.

Kini selepas hampir empat tahun memberi fokus terhadap karier solo masing-masing, Hafiz dan Adira kembali disatukan buat kali ketiga menerusi lagu Takdir Tercipta.

Lagu berentak balada itu turut diangkat sebagai runut bunyi drama rantaian Lelakimu Yang Dulu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 19 September ini.

Mengulas mengenai pertemuan semulanya dengan Hafiz dalam karya hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, manakala lirik oleh Ikhwan Fatanna bersama penerbit drama Lelakimu Yang Dulu iaitu Arisz Ab. Rahman, kata Adira, ia satu pengalaman yang menyeronokkan.

“Sudah lama kami tidak disatukan dalam lagu. Bagi saya, Hafiz seorang yang sangat komited dan profesional dengan kerjanya.

“Kelunakan suara dan kemahiran seni vokal merupakan kekuatannya. Senang bekerja dengan Hafiz, oleh sebab itulah kami cepat serasi setiap kali berduet dalam sesebuah lagu.

“Saya berharap lagu Takdir Tercipta mendapat sambutan luar biasa dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat. Semoga lagu ini akan kekal dalam ingatan peminat seperti lagu Ombak Rindu yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu,” tutur Adira berkenaan karya yang turut mendapat sentuhan komposer Omar K selaku penerbit rakaman.

Karya muzik

Sekitar awal tahun ini, Hafiz terlebih dahulu melonjak dengan lagu Kisah Cinta Kita yang secara kebetulan diangkat sebagai runut bunyi drama Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose.

Sementara Adira pula cukup popular dengan lagu Pujaan Hati yang diangkat sebagai runut bunyi drama rantaian fenomena, Pujaan Hati Kanda lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah.

Satu fakta yang mungkin ramai tidak sedari adalah kedua-dua lagu solo mereka itu dicipta oleh penulis lagu yang sama untuk lagu duet Takdir Tercipta.

Meskipun secara peribadi Hafiz menyukai lagu-lagu ciptaan penulis itu, namun perkara tersebut berlaku secara kebetulan sahaja.

“Sebenarnya, saya tidak pernah merancang mahu menggunakan penulis lagu yang sama untuk lagu duet ini. Saya kira ini merupakan kebetulan saja kerana komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali sering bekerja rapat dengan pihak Nova Music.

“Secara peribadinya, saya memang menggemari dengan karya-karya ciptaan mereka. Alhamdulillah, kerjasama kami dalam Kisah Cinta Kita menjadi dan mendapat sambutan luar biasa peminat.

“Begitu juga dengan lagu Pujaan Hati dendangan Adira turut mendapat respons yang baik. Harapnya fenomena akan tercetus apabila kami semua bergabung dalam lagu Takdir Tercipta. Sekurang-kurangnya mendapat sambutan yang baik seperti mana lagu-lagu solo kami,” ulas Hafiz.

Fakta

Selain berkongsi penulis lagu yang sama, satu lagi fakta menarik tentang kolaborasi Hafiz dan Adira adalah mereka hanya akan muncul dengan sebuah karya duet empat tahun sekali.

Merancang untuk kekal dengan rutin sebuah lagu duet baharu bersama Adira dalam tempoh setiap empat tahun, kata Hafiz sebagai penyanyi menjadi satu kewajipan untuk memenuhi permintaan peminat yang mahu melihat mereka dalam sebuah karya.

“Sudah begitu lama kami tidak berduet. Jadi, saya harap penggemar muzik tempatan dapat menerima baik lagu duet ini dan usaha kami untuk kembali bersama atas permintaan peminat.

“Lagu Takdir Tercipta adalah persembahan khas kami buat peminat setia yang tidak henti memberikan sokongan selama ini,” jelas Hafiz.

Menyentuh tentang mesej dalam lagu Takdir Tercipta jelas Hafiz, liriknya amat menepati plot drama Lelakimu Yang Dulu. Mengisahkan tentang pasangan kekasih yang menggenggam kemas jodoh pertemuan atas kepercayaan bahawa mereka diciptakan untuk saling melengkapi dan ditakdirkan hidup bersama.

Takdir Tercipta merupakan lagu duet pertama Hafiz dan Adira yang diterbitkan di bawah syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Sejak dimuat naik dalam laman perkongsian video YouTube rasmi, Nova Music Videos pada 16 Ogos lalu, video promo 45 saat Takdir Tercipta sudah mencapai lebih 70,000 tontonan.

Tayangan perdana klip video lirik rasmi lagu Takdir Tercipta boleh ditonton di saluran YouTube, Nova Music Videos bermula 9 September lalu (semalam) pada pukul 3 petang.

Selain itu, buat peminat yang ingin mendengar lagu Takdir Tercipta, single ini boleh didapati di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes mulai semalam.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/09/sinergi-magis-hafiz-suip-adira-suhaimi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hafiz Suip Adira Suhaimi Takdir Tercipta

Hafiz Suip Adira Suhaimi Takdir Tercipta

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 474 hits
Hafiz Suip Adira Suhaimi Takdir TerciptaLIRIK Ku harap kita selamanyaSetia bersamaKu tahu kau terbaik tuk dirikuAku adalah adammuKu dambakan cinta iniKau takdir yang tak kan ku lepaskanAku adalah hawamuKau pimpinlah jiwa yang menantiHampara...
Kord Lagu Hafiz Feat Adira Takdir Tercipta

Kord Lagu Hafiz Feat Adira Takdir Tercipta

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 1162 hits
Hafiz feat Adira Takdir Tercipta Chord Lirik LaguAm G F CDm Am E EAm CKau telah terciptaF CBagiku sempurnaDm DKau adalah penyeri Gbuat hidupkuAm CAndai aku hanyutF CGapailah tangankuDm DmMenuju cinta abadi Gyang terindahDm EmKu harap kita s...
Adakah Giliran Adira Suhaimi Pula Diceraikan Suami

Adakah Giliran Adira Suhaimi Pula Diceraikan Suami

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 409 hits
Bagaimanapun Adira mengakui sepanjang berkahwin hubungan dengan suami memang ada pasang surutnya Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat Kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri Ba...
Hafiz Suip Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Hafiz Suip Isteri Bakal Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 215 hits
Tahniah buat penyanyi Hafiz Suip dan isteri Nureffy Jasreel Abdullah kerana bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi Berita gembira itu The post appeared first on
Hafiz Feat Adira Takdir Tercipta Chord

Hafiz Feat Adira Takdir Tercipta Chord

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1305 hits
Am G F CDm Am E EAm CKau telah terciptaF CBagiku sempurnaDm DKau adalah penyeri Gbuat hidupkuAm CAndai aku hanyutF CGapailah tangankuDm DmMenuju cinta abadi Gyang terindahDm EmKu harap kita selamanyaFSetia bersamaDm EmKu tahu kau terbaik Gt...
Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat Faeq Razeeq

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat Faeq Razeeq

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 737 hits
Selepas episod putus tunangnya Sufian Suhaimi memberitahu soal cinta bukan lagi satu kepentingan buatnya sekarang Sufian turut meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat Nampaknya menerusi perkognsian terbaru Sufian me...
Baru Tahu Bestnya Ada Anak Sufian Suhaimi Percaya Rezeki Anak Angkat

Baru Tahu Bestnya Ada Anak Sufian Suhaimi Percaya Rezeki Anak Angkat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 347 hits
Meskipun belum berumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu Sufian Suhaimi berkongsi kepada peminatnya bahawa dia sudah mengambil anak angkat lelaki Melalui perkongsiannya di laman Instagram jika sebelum ini Sufian bekerja ker...
Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 910 hits
Sufian bergambar bersama anak Faeq Razeeq Penyanyi lagu Di matamu Sufian Suhaimi berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa setelah mengambil anak angkat yang bernama Faeq Razeeq Menurut Sufian bergelar bapa pada usia 27 tahun bukan sat...
Hiburan Ambil Anak Angkat Sufian Suhaimi Kini Bergelar Bapa

Hiburan Ambil Anak Angkat Sufian Suhaimi Kini Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 384 hits
Penyanyi Sufian Suhaimi menerusi akaun Instagram memaklumkan bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq Berkongsi foto momen mesra bersama kanak kanak lelaki itu Sufian meluahkan rasa syukur dengan nikmat dan ...
Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur