Sindiket Pelaburan Forex Tumpas Dalang Datuk Antara 10 Ditahan


 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din (kiri) menunjukkan jonhgkong emas seberat 5kg yang merupakan antara barang rampasan berjumlah hampir RM127 juta. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Polis menahan 10 individu, termasuk seorang suspek bergelar “Datuk”, yang disyaki terlibat dalam skim penipuan pelaburan forex di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor, Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata suspek yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita berusia 29 hingga 64 tahun.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas pelbagai barang, antaranya sembilan kenderaan mewah, 64 jam tangan dan lima jongkong emas seberat 5kg, dianggarkan bernilai hampir RM127 juta.
“Sindiket ini dikenali sebagai Pelaburan Forex GCG Asia dan aktif sejak 2018 dan kesemua suspek berperanan sebagai broker, ejen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.
“Sindiket ini menyasarkan warga tempatan sebagai mangsa dan mereka mempromosikan pelaburan berasaskan forex dengan kadar pulangan secara mingguan antara 12% hingga 14% daripada jumlah modal yang dilaburkan,” katanya menurut laporan Bernama.
Kamarudin berkat, sindiket berkenaan memberitahu pelabur bahawa wang pelaburan akan dilaburkan syarikat GCG Asia dalam pelbagai medium untuk menjana keuntungan besar.
Menurutnya, pelabur diberi pautan laman sesawang pelaburan bersama kata laluan dan akan dapat melihat jumlah keuntungan diterima, namun keuntungan tersebut tidak dapat dipindah atau ditunaikan.
“Sindiket ini kemudian akan memutuskan hubungan komunikasi dengan pelabur setelah mendapat jumlah pelaburan besar dan memberhentikan operasi skim pelaburan berkenaan secara tiba-tiba. Pelabur yang tidak berpuas hati akan merasa diperdaya kerana tidak mendapat pulangan keuntungan yang dijanjikan.”
Menurutnya, sehingga kini, 23 kes sedang disiasat berkaitan penipuan Pelaburan Forex GCG Asia melibatkan kerugian berjumlah RM2.9 juta.
Beliau berkata, sembilan suspek direman sehingga hari ini, manakala seorang lagi direman semalam dan permohonan melanjutkan reman mereka sedang dilakukan.
Empat daripada suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah dalam kes penipuan.
Kamarudin berkata, hasil siasatan setakat ini, tiada sebarang orang kenamaan (VIP) terlibat dengan sindiket ini.
“Dalang berusia 40 tahun bergelar ‘Datuk’ yang menamakan dirinya sebagai ‘Datuk Seri’ dalam modus operandi mereka. Beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan ijazah sarjana dalam bidang ‘Business Administration’ (Pentadbiran Perniagaan).”
Beliau menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya iklan promosi pelaburan di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
Katanya, orang awam perlu membuat semakan terhadap status skim pelaburan dan syarikat menawarkan pelaburan tersebut sama ada dilesenkan Bank Negara Malaysia atau tidak dalam menjalankan aktiviti pelaburan.
“Membuat pengesahan akaun, dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti sama ada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak, sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.
“Sila laporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai apa-apa maklumat berkenaan sindiket penipuan yang terdapat di media sosial,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/sindiket-pelaburan-forex-tumpas-dalang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penipuan Forex Datuk Antara Ditahan 5 Kilo Emas Dirampas

Penipuan Forex Datuk Antara Ditahan 5 Kilo Emas Dirampas

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 186 hits
Oleh Mohd Kamarudin Md Din menunjukkan sebahagian rampasan daripada sindiket penipuan yang berselindung dengan nama Pelaburan Forex GCG Asia pada sidang media di Bukit Aman hari ini Gambar FB JSJK Bukit Aman POLIS Diraja Malaysia menahan 10...
Nak Cuti Cuti Langkawi Ke Tu Ni Antara 5 Hotel Di Langkawi Yang Menarik

Nak Cuti Cuti Langkawi Ke Tu Ni Antara 5 Hotel Di Langkawi Yang Menarik

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 303 hits
Jom cuti cuti Langkawi Sejak industri pelancongan dah dibuka semula Langkawi antara yang menjadi tumpuan Ramai juga k fiezz tengok kawan kawan yang cuti cuti Langkawi Semua lepas geram bercuti Maklumlah berapa bulan kita di kurung sejak COV...
Khalid Samad Antara Yang Banyak Terima Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir

Khalid Samad Antara Yang Banyak Terima Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 319 hits
MALAYSIA DATELINERakyat Malaysia dan juga penghuni muka bumi ini yang lain memang pemurah tetapi mereka hanya akan memberikan sumbangan kepada orang yang mereka percaya sahaja Itulah yang berlaku ketika banjir melanda negara ini Ketika Appl...
Penyelarasan Antara Agensi Lambat Pada Sabtu Ketua Polis Negara

Penyelarasan Antara Agensi Lambat Pada Sabtu Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 349 hits
Oleh Orang ramai mula pulang ke rumah selepas terjejas akibat banjir buruk di Taman Seri Muda Goto NSTP MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI SHAH ALAM Penyelarasan di antara agensi kerajaan perlahan pada hari pertama banjir di Shah Alam Sabtu lalu O...
Penyata Akaun Bank Palsu 4 Lagi Individu Ditahan Sprm

Penyata Akaun Bank Palsu 4 Lagi Individu Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 475 hits
Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan empat lagi individu termasuk pemilik sy...
Suspek Sah Ditahan Mengaku Terima Arahan Mossad

Suspek Sah Ditahan Mengaku Terima Arahan Mossad

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 235 hits
Suspek sah ditahan mengaku terima arahan Mossad Seorang suspek dalam kes pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute Dr Fadi M R Al Batsh Fatma telah ditahan Pengesahan mengenai tahanan itu dibuat oleh pihak ber...
11 Kali Suntik Vaksin Covid 19 Warga Emas Ditahan

11 Kali Suntik Vaksin Covid 19 Warga Emas Ditahan

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 272 hits
SEORANG lelaki warga emas di Bihar India yang mendakwa telah mendapat 11 suntikan vaksin Covid 19 telah ditahan di pusat kesihatan primer sebelum sempat disuntik buat kali ke 12 Brahmadeo Mandal 84 dikatakan menerima lebih dos itu dengan me...
Rosyam Nor Louis Koo Antara Sebab Korang Kena Tengok G Storm

Rosyam Nor Louis Koo Antara Sebab Korang Kena Tengok G Storm

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 375 hits
Filem aksi thriller Hong Kong G Storm telahpun memulakan tayanganya di pawagam tempatan pada hari ini Diarahkan oleh David Lam G Storm pasti menjanjikan adegan adegan aksi yang cukup menarik kepada penonton khususnya kepada mereka yang memi...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Bersihkan Kerang Macam Pro 7 Bahan Dapur Ni Jadi Penyelamat

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan

Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan Dapatkan Imuniti Pemuda Pas Pahang Gesa Pmx Cuti Sementara