Sindiket Palsu Mykad Dibantu Kakitangan Jabatan Kata Kp Jpn


 
Ruslin Jusoh menyifatkan kegiatan pemalsuan MyKad ibarat mahu menjual negara dan jenayah itu mampu menggugat kepercayaan rakyat terhadap Jabatan Pendaftaran Negara selaku peneraju utama pengurusan rekod penduduk negara.PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenal pasti rangkaian sindiket pemalsuan MyKad turut mendapat bantuan kakitangan agensi itu bagi membekalkan kad pengenalan asli.
Ketua Pengarahnya, Ruslin Jusoh berkata, itu antara tiga modus operandi dikenal pasti JPN berkaitan kes pemalsuan MyKad yang disifatkannya penyalahgunaan kuasa serta melanggar integriti.
“Pertama, pemalsuan kad pengenalan melibatkan aktiviti mencetak permukaan kad pengenalan dengan maklumat palsu, lebih kepada tujuan memiliki dokumen pengenalan diri sah, termasuk memohon mendapatkan peluang pekerjaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, tindakan itu biasanya dilakukan warga asing untuk terus tinggal di negara ini tanpa permit.
Modus operandi kedua, katanya, penggunaan kad pengenalan individu lain untuk mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sama seperti warganegara, antaranya pendidikan, perubatan serta pekerjaan.
“Ketiga, penglibatan sindiket dibantu kakitangan JPN sendiri membekalkan MyKad asli yang membabitkan pelanggaran integriti, penyalahgunaan kuasa dan penglibatan rasuah.”
Katanya, hasil siasatan JPN mendapati rangkaian sindiket itu didalangi warga asing sendiri yang menjual MyKad pada harga RM100 hingga RM2,000 setiap keping.
Beliau berkata, statistik menunjukkan 200 orang, termasuk 10 warga tempatan didakwa dipercayai di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemalsuan kad pengenalan sejak 2019 hingga April lalu.
Bagi empat bulan pertama tahun ini, katanya, 33 individu didakwa, termasuk 18 warga Filipina, Indonesia (tujuh) dan warga tempatan (lapan).
Ruslin berkata, kegiatan pemalsuan MyKad ibarat mahu menjual negara dan jenayah itu mampu menggugat kepercayaan rakyat terhadap JPN selaku peneraju utama pengurusan rekod penduduk negara.
“JPN juga tahu sekiranya jenayah ini tidak dibendung, keselamatan negara tergadai dan JPN akan memastikan pegawai terlibat dengan kes jenayah berkaitan akan diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan perundangan terbabit, jika didapati bersalah.”
Katanya, JPN sentiasa bekerjasama penuh dengan agensi lain seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika mendapati ada pegawainya menyalahgunakan kuasa mereka. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/sindiket-palsu-mykad-dibantu-kakitangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Guna Surat Rentas Negeri Palsu Tumpas 6 Diberkas Bawa Dadah Rm7 2 Juta

Sindiket Guna Surat Rentas Negeri Palsu Tumpas 6 Diberkas Bawa Dadah Rm7 2 Juta

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 275 hits
Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif dalam pengedaran dadah rentas negara sejak tiga bulan lepas MELAKA Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan surat kebena...
Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 563 hits
PKR tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Anwar Ibrahim Dalam keadaan kita tiada keupayaan atau bersikap terlal...
Kpm Kurang Proaktif Laksana Pdpr Menteri Hanya Jadi Tukang Sampai Kata Pakar

Kpm Kurang Proaktif Laksana Pdpr Menteri Hanya Jadi Tukang Sampai Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 234 hits
June 6 2021 Pakar berpendapat sidang media Menteri Kanan Radzi Jidin pagi tadi lebih bersifat taklimat pengurusan semata mata PETALING JAYA Seorang pakar pendidikan berkata kemunculan Menteri Kanan Radzi Jidin pada sidang media maya pagi ta...
Siasat Dakwaan Vaksin Diberi Kepada Vip Kawan Kawan Kata Bekas Km Melaka

Siasat Dakwaan Vaksin Diberi Kepada Vip Kawan Kawan Kata Bekas Km Melaka

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 179 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kaedah pemberian vaksin Covid 19 di negeri itu yang dilaksanakan syarikat milik kerajaan negeri Bekas ketua mente...
China Nafi Ceroboh Rumah Kita Apa Kata Anda

China Nafi Ceroboh Rumah Kita Apa Kata Anda

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 232 hits
Tahniah atas kecekapan TUDM berjaya kesan 16 pesawat PLAAF1 APA tindakan anda jika ada orang yang memanjat atap rumah anda tanpa kebenaran dan meninjau ninjau anak dan isteri anda dari atas Bukan seorang tapi 16 orang 2 Demikianlah analogi ...
Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 305 hits
utusan com myBiar tauke besar beli sendiri vaksin AnwarPETALING JAYA Kerajaan digesa segera memberi kelonggaran kepada syarikat syarikat berkemampuan dari segi kewangan membeli vaksin dan mengedarkan dalam kalangan ahli keluarga dan pekerja...
Tanpa Kita Sedar Kata Kata Selalu Membanding Tinggalkan Parut Dalam Hati Anak

Tanpa Kita Sedar Kata Kata Selalu Membanding Tinggalkan Parut Dalam Hati Anak

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 460 hits
Kenapa lembap sangat ni Itu pun tak reti ke Adik awak umur 4 tahun pun boleh buat takkan awak tak boleh Cuba tengok anak jiran tu Baik bijak hafal quran Awak ni apa pun tak reti Jangan kacau lah Tak nampak ke Mama tengah busy ni Boleh diam ...
Terkini Lkim Akan Bawa Masuk Nelayan Warga Asing Dari Vietnam Dan Thailand Kata Syed Abu Hussin

Terkini Lkim Akan Bawa Masuk Nelayan Warga Asing Dari Vietnam Dan Thailand Kata Syed Abu Hussin

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 306 hits
June 8 2021 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mengesahkan pendaratan hasil laut di seluruh negara merosot lebih 10 peratus dalam menampung permintaan harian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 Pengerusinya Datuk Syed Abu Huss...
Kerajaan Tidak Kawal Harga Minyak Masak Dalam Botol Kata Kpdnhep

Kerajaan Tidak Kawal Harga Minyak Masak Dalam Botol Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 345 hits
Minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi kata KPDNHEP PETALING JAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan kerajaan tidak menetap atau mengawal harga minyak masak dalam botol Unit Kom...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Buggy Kenderaan Elektrik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rindu Nak Menulis

Green Tech Rising Innovations For A Sustainable Future

Tips Atasi Period Pain Anak Remaja

Honda New Hr V Is Giving Hybrid Cool With A Stylish Upgrade

Galaxy Z Fold 7 Flip 7 Take Over Kl Here S What You Missed

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch