Sindiket Jual Setem Hasil Pas Plks Bernilai Rm15 Juta Tumpas


Oleh UtusanTV  SEJUMLAH 2,500 keping setem hasil kerajaan keseluruhannya bernilai RM12.5 juta dirampas. - Gambar hiasan SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penjualan setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang mengakibatkan kerugian hasil kerajaan melebihi RM15 juta.
Ini berikutan penahanan tujuh ahli sindiket berusia antara 30 hingga 39 tahun yang terdiri daripada empat kakitangan sebuah syarikat percetakan keselamatan dan tiga orang awam, semalam.
Menurut BH Online, kejayaan itu berdasarkan risikan ke atas sindiket itu yang berjalan lebih enam bulan hasil kerjasama SPRM dan Jabatan Imigresen.
Sumber berkata, dalam operasi secara besar-besaran di sekitar ibu negara itu, sejumlah 2,500 keping setem hasil kerajaan keseluruhannya bernilai RM12.5 juta dirampas.
Katanya, setem bernilai RM250 dijual di pasaran gelap dengan nilai RM40 hingga RM60 manakala setem hasil bernilai RM10 dijual dengan harga RM5 hingga RM6.
BERITA BERKAITAN Sindiket bitcoin tumpas, baki ahli terus diburu – Ayob Khan
“Setem hasil ini selalu digunakan oleh orang ramai sebagai bayaran duti setem bagi suatu perjanjian jual beli dan kebiasaannya dibeli di pejabat POS dan cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Selain itu, sindiket ini juga menjual PLKS yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi kegunaan Jabatan Imigresen. Ia dijual kepada warga asing di pasaran gelap dengan nilai RM700 hingga RM800 sekeping.
“Bayaran sebenar bagi mendapatkan PLKS adalah antara RM2,000 hingga RM3,000 sekeping yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen mengikut sektor pekerjaan yang dimohon,” kata sumber kepada BH Online.
Sumber berkata, modus operandi sindiket ialah bayaran rasuah kepada kakitangan percetakan untuk mencuri keluar setem hasil dan pelekat PLKS dari stor simpanan percetakan dan menjualnya di pasaran gelap melalui tiga orang awam yang lain.
“Sindiket ini dipercayai melakukan aktiviti mereka sejak tiga tahun dan mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit,” kata sumber.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi portal berita itu mengesahkan tangkapan itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009,” katanya.
Beliau berkata, SPRM memandang serius isu itu kerana ia membabitkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan. – Agensi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/sindiket-jual-setem-hasil-pas-plks.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nelayan Temui Mutiara Bernilai Rm1 39 Juta Dilapor Ditahan Polis Didakwa Anjurkan Pesta Raikan Kekayaannya

Nelayan Temui Mutiara Bernilai Rm1 39 Juta Dilapor Ditahan Polis Didakwa Anjurkan Pesta Raikan Kekayaannya

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 290 hits
703 total views 703 views today Seorang nelayan yang menjadi jutawan segera selepas menemui mutiara Melo berwarna oren bernilai RM1 39 juta dilapor ditahan pihak polis Thailand pada Jumaat lalu Menurut Daily Mail pihak polis telah menyerbu ...
Op Benteng 10 Guni Syabu Bernilai Rm16 08 Juta Dijumpai Di Rantau Panjang

Op Benteng 10 Guni Syabu Bernilai Rm16 08 Juta Dijumpai Di Rantau Panjang

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 262 hits
KOTA BHARU Sejumlah 10 guni berisi syabu dengan berat 402 kilogram ditemui di tebing Sungai Golok di Lubok Stol Rantau Panjang pada pagi Isnin Panglima 8 Briged Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata syabu yang dianggarkan bernilai RM...
Mom Siasat 15 Pemegang Pas Kerja Dikaitkan Dengan Universiti Swasta Di India Yang Jual Ijazah Palsu

Mom Siasat 15 Pemegang Pas Kerja Dikaitkan Dengan Universiti Swasta Di India Yang Jual Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 215 hits
SINGAPURA Kementerian Tenaga Manusia sedang menjalankan siasatan terhadap 15 pemegang pas kerja yang mengisytiharkan mempunyai kelulusan dari sebuah universiti swasta di India 15 individu itu kini bekerja di Singapura dan mengisytiharkan me...
Maqis Pulau Pinang Rampas Daging Kerbau Bernilai Rm4 28 Juta

Maqis Pulau Pinang Rampas Daging Kerbau Bernilai Rm4 28 Juta

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 309 hits
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pulau Pinang merampas 17 370 kotak produk ruminan iaitu daging kerbau sejuk beku dari India Kesemua bahan mentah itu ditahan dalam tempoh tiga hari bermula Isnin lalu hingga Rabu denga...
Pakej Bantuan Keluarga Bernilai S 900 Juta Bantu Tampung Kos Sara Hidup

Pakej Bantuan Keluarga Bernilai S 900 Juta Bantu Tampung Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 289 hits
SINGAPURA Keluarga keluarga yang layak dan tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan akan menerima bayaran khas sekali saja antara S 120 hingga S 200 tahun ini sebagai sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga bernilai S 900 juta y...
Modus Pinjam Restu Jual Motor Teman Di Facebook Seharga Rp 8 Juta

Modus Pinjam Restu Jual Motor Teman Di Facebook Seharga Rp 8 Juta

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 234 hits
Peristiwa itu terjadi Selasa lalu Tanpa menjelaskan tujuannya Restu meminjam motor korban tak lain temannya dengan alasan sebentar Namun demikian motor NMax korban justru tidak kunjung kembali
Pemuda Jual Kereta Kesayangan 100 Hasil Disumbang Ke Pondok Tahfiz

Pemuda Jual Kereta Kesayangan 100 Hasil Disumbang Ke Pondok Tahfiz

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 262 hits
Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk melakukan kebaikkan Sedekah dan melakukan amal jariah merupakan antara salah satu tiket untuk ke syurga yang dijanjikan oleh Allah S W T Menerusi satu perkongsian yang diperoleh daripada laman Facebook...
Peruntukan Khas Rm15 Juta Atasi Masalah Banjir Di Pengerang

Peruntukan Khas Rm15 Juta Atasi Masalah Banjir Di Pengerang

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 298 hits
Oleh MASTURAH SURADI DR Ahmad Masrizal Mohamad bersama Azalina Othman Said melawat Kampung Sungai Kapal Lama yang berdepan isu banjir di Pengerang Kota Tinggi Johor KOTA TINGGI Sebanyak RM15 juta peruntukan khas disalurkan Kementerian Alam ...
Mutiara Oren Melo Bernilai Rm1 39 Juta Ditemui Pada Pelampung Hanyut

Mutiara Oren Melo Bernilai Rm1 39 Juta Ditemui Pada Pelampung Hanyut

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 626 hits
Tuah bagi seorang nelayan di Thailand apabila menemui mutiara yang jarang ditemui dianggarkan bernilai kira kira 250 000 Pound Sterling Mutiara berwarna oren memiliki berat 7 68 gram Semuanya bermula apabila Hatachai Niyomdecha berjalan ber...
Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Why Malaysia Must Remain A Multilingual Nation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak