Sindiket Dato Ken Tumpas Nilai Rampasan Rm33 Juta


AJUNAIDI menunjukkan model kereta Lamborghini yang dirampas polis dalam satu serbuan dekat kediaman di Country Homse, Rawang di sini pada Julai lalu yang membawa kepada penangkapan individu bergelar ‘Dato’ Ken’ pada 11 Ogos.


SHAH ALAM: Seorang lelaki bergelar ‘Dato’ Ken’ bersama isteri akhirnya ditahan polis selepas aktiviti sindiket melibatkan judi dalam talian, pinjaman tanpa lesen dan lombong bitcoin tumpas melibatkan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM33 juta.

Tangkapan terhadap Liow Lian Keong (Dato’ Ken) dan Chen Lye Kuen masing-masing berusia 40 dan 41 tahun yang dibuat pada 11 Ogos lalu itu adalah susulan daripada serbuan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor ke atas empat buah rumah di Country Homes, Rawang pada awal Julai lepas melibatkan judi dalam talian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, beberapa rampasan serta sitaan melibatkan kenderaan dan hartanah dikaitkan dengan sinidiket Dato’ berkenaan dibuat yang terdiri daripada 14 kereta mewah pelbagai model, 14 rumah, tiga rumah kedai, wang tunai dan pembekuan 71 akaun bank.

Ketika serbuan dibuat di Country Homes, sebanyak sembilan set komputer riba dan 15 telefon bimbit dirampas serta 13 orang berusia 17 hingga 40 tahun yang merupakan pekerja dalam sindiket itu ditangkap dan dituduh di Mahkamah Selayang pada 9 Julai.

“Berdasarkan keterangan dan maklumat risikan, Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (ipk) dan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman kemudiannya melakukan penangkapan ketua sindiket dan isterinya itu.

Sindiket ‘Dato’ Ken’ tumpas, nilai rampasan RM33 juta “Hasil siasatan juga, polis menemukan 24 syarikat dipercayai digunakan sindiket terbabit bagi mengaburi perniagaan dan keuntungan haram yang diperolehinya daripada dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau menambah, sindiket tersebut sebelum ini menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen yang dikhaskan kepada kenalan rapat serta ahli perniagaan sahaja dengan mengenakan kadar faedah sekitar lapan hingga 10 peratus sebulan.
Bagi aktiviti melombong bitcoin pula, sindiket terbabit dikesan melakukan pendawaian elektrik secara haram ke dalam premis mereka sehingga menyebabkan kerugian yang ditanggung Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencecah jutaan ringgit sebulan.

Aktiviti judi dalam talian pula, sindiket berkenaan menggunakan rumah atau pejabat bagi menempatkan pekerja mereka menguruskan kegiatan perjudian itu secara 24 jam sehari. Sementara modus operandi perhubungan pelanggan pula dilakukan secara dalam talian.
Sindiket terbabit menggunakan platform media sosial seperti aplikasi WhatsApp, WeChat dan Facebook bagi mempromosikan kegiatan judi dalam talian, malah mereka dipercayai menggunakan akaun bank ‘keldai’ bagi transaksi setiap bayaran.

“Kegiatan Ah Long bermula sejak 2014 dan menjana keuntungan sehingga RM2 juta setahun. Judi online pula beroperasi sejak 2016 di sekitar Negeri Selangor, Perak, Pahang, Sabah dan memperolehi keuntungan sehingga RM 6 juta setahun.

Sindiket ‘Dato’ Ken’ tumpas, nilai rampasan RM33 juta “Kegiatan bermula dari tahun 2020 dan sindiket memperolehi keuntungan sebanyak RM800,000.00 sebulan atau RM10 juta setahun,” jelasnya.


Arjunaidi menambah, walau bagaimanapun, pihaknya masih mengesan dua orang lagi suspek membantu siasatan melibatkan sindiket ini iaitu Chuah Seong Hooi dan Heow Hee Soon.


“Sehubungan itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai, sekiranya mempunyai sebarang maklumat sila salurkan kepada balai polis berhampiran ataupun Pegawai penyiasat iaitu Insp Shahriman Mat Junus di talian (012-3480281),” ujarnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/sindiket-dato-ken-tumpas-nilai-rampasan_16.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Datuk Ken Miliki 14 Banglo 14 Kereta Mewah Tumpas

Sindiket Datuk Ken Miliki 14 Banglo 14 Kereta Mewah Tumpas

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 449 hits
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed kanan melihat kereta mewah Lamborghini Huracan yang dirampas daripada Datuk Ken di Mess pegawai Kanan IPK Selangor hari ini at terakhirnya dikesan di Bandar Country Homes Rawang Polis meminta ban...
Sindiket Pelacuran Guna Wechat Tumpas

Sindiket Pelacuran Guna Wechat Tumpas

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 591 hits
Sindiket menawarkan iklan pelacuran dalam aplikasi WeChat sebelum pelacur menunggu pelanggan di bilik dengan bayaran RM120 hingga RM200 setiap sesi BUKIT MERTAJAM Polis menumpaskan satu sindiket pelacuran susulan penahanan 11 wanita termasu...
Sindiket Jual Palsu Watikah Pingat Darjah Kebesaran Negeri Melaka Tumpas

Sindiket Jual Palsu Watikah Pingat Darjah Kebesaran Negeri Melaka Tumpas

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 412 hits
Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkata mereka yang ditahan dipercayai dalang utama orang tengah dan pembeli watikah pingat serta bintang palsu darjah kebesaran yang ditawarkan dengan harga antara RM50 000 hingga RM100 000 MELAKA Sindiket ter...
Sindiket Judi Kaut Untung Rm700 000 Sebulan Tumpas 19 Ditahan

Sindiket Judi Kaut Untung Rm700 000 Sebulan Tumpas 19 Ditahan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 304 hits
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Amihizam Abdul Shukor berkata sindiket itu beroperasi sejak dua bulan lalu dan 11 daripada suspek ditahan adalah warga asing PETALING JAYA Satu sindiket perjudian dalam talian yang menyasarkan pelangg...
Bantuan Rm10 Bilion Kepada 11 Juta Penerima

Bantuan Rm10 Bilion Kepada 11 Juta Penerima

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 131 hits
Perdana Menteri ketika menyampaikan pengumuman khas yang disiarkan secara langsung hari ini PETALING JAYA Kerajaan akan menyalurkan RM10 bilion kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ...
Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli

Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 288 hits
Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri akui dirinya tertekan apabila rumah yang ingin dijualnya dengan harga RM6 juta masih belum terjual Perkara tersebut diluahkan Aliff menerusi...
Barcelona Hutang Messi Rm608 Juta

Barcelona Hutang Messi Rm608 Juta

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 220 hits
PENYERANG sensasi Lionel Messi sudah menjalani latihan pertamanya dengan PSG dan akan berada dalam senarai untuk aksi menentang Strasbourg AFP BARCELONA Meskipun sudah melengkapkan perpindahan mega ke Paris Saint Germain Barcelona dikatakan...
Escape From Mogadishu Menjadi Filem Korea Pertama Tahun 2021 Yang Melepasi 2 Juta Penonton

Escape From Mogadishu Menjadi Filem Korea Pertama Tahun 2021 Yang Melepasi 2 Juta Penonton

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 373 hits
Filem Escape from Mogadishu telah mencipta pencapaian mengagumkan di pentas Box Office Korea Selatan Pada 13 Ogos Lotte Entertainment mengumumkan bahawa sehingga 12 tengahari semalam Escape from Mogadishu secara rasmi melepasi 2 juta penont...
Viu Catat Lonjakan Peningkatan Sebanyak 37 Pengguna Aktif Bulanan Mau Menjangkau Lebih 49 Juta Pengguna

Viu Catat Lonjakan Peningkatan Sebanyak 37 Pengguna Aktif Bulanan Mau Menjangkau Lebih 49 Juta Pengguna

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 275 hits
Pertumbuhan teguh ditunjangi barisan kandungan yang bermutu tinggi dan mengukuhkan ekosistem rakan kongsi Siaran Media Viu peneraju perkhidmatan striming video OTT pan serantau PCCW hari ini mengumumkan pencapaian besar prestasi bagi H1 202...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord