Sindiket Jual Dokumen Palsu Ujian Covid 19 Dibongkar Warga Bangladesh Dicekup




Ketika pasukan barisan hadapan kesihatan dan keselamatan di negara ini bertungkus lumus menjejaki dan menyelamatkan pesakit Covid-19, ada pula sindiket yang terlibat dalam kegiatan jijik pengeluaran dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 palsu!
Dokumen palsu itu dijual dengan dengan harga RM50 untuk membantu meloloskan pekerja warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini daripada dilibatkan dalam saringan dan rawatan Covid-19.
Bagaimanapun kegiatan yang jelas cubaan menggagalkan usaha kerajaan memutuskan rantaian pandemik yang menghantui dunia ketika ini berjaya dihidu pihak berkuasa keselamatan selepas dua orang suspek warga Bangladesh ditangkap di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sindiket itu beroperasi dalam kegiatan terlarang dan melanggar undang-undang keselamatan negara sejak satu hingga dua minggu lalu.
Katanya, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyerbu sebuah premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur pada Jumaat 5 Jun 2020 jam 5.40 petang sebelum berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan penjaga kaunter premis.
“Hasil pemeriksaan di premis itu berjaya dirampas seunit komputer riba jenama Dell, dua unit mesin pencetak jenama Epson, seunit mesin laminator model ABC dan dua helai kertas keputusan ujian saringan COVID-19.
“Dalam serbuan kedua di satu lagi premis di Jalan Alor juga polis berjaya menahan seorang lagi suspek lelaki warga Bangladesh juga yang bekerja sebagai penjaga kaunter,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Turut dirampas sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang terdapat cetakan laporan ujian saringan COVID-19 yang disyaki palsu dan sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang kosong.
“Polis turut merampas wang tunia RM1331 dari premis kedua itu dan hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 yang negatif bagi warganegara asing.
“Kaunter yang beroperasi di kaki lima kedai di Jalan Alor telah beroperasi selama 1 hingga 2 minggu dengan setiap 1 dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 dikenakan bayaran RM50.
“Pihak Polis mendapati tapak berkenaan disewa dengan kadar RM600.00 sebulan dan premis beroperasi setiap hari bermula jam 12.00 tengahari sehingga 9.00 malam,” ujar beliau.
Tambah Mazlan, hasil soal siasat terhadap suspek juga mendapati seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.
Tegas beliau, sasaran pelanggan kedua-dua suspek itu adalah dipercayai terdiri daripada warganegara asing dan hasil penyiasatan mendalam polis mendedahkan kedua-dua suspek di kedua-dua premis tersebut bekerja dengan orang lelaki tempatan dan anggaran gaji yang terima setiap suspek adalah RM150 dan RM1700 sebulan.
“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.
“Polis Kuala Lumpur memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.
“Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana–mana Balai Polis berdekatan.-MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/07/sindiket-jual-dokumen-palsu-ujian-covid-19-dibongkar-warga-bangladesh-dicekup/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sindiket-jual-dokumen-palsu-ujian-covid-1

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Asing Dalangi Sindiket Pemalsuan Dokumen Ujian Saringan Covid 19

Warga Asing Dalangi Sindiket Pemalsuan Dokumen Ujian Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 344 hits
Astro Awani Menurut Mazlan tangkapan itu dibuat hasil daripada penahanan dua suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket yang sama pada 6 Jun lepas Gambar fail KUALA LUMPUR Polis menahan lima lelaki warga Bangladesh yang disyaki terl...
2 Lelaki Bangladesh Disyaki Keluar Dokumen Saringan Covid 19 Palsu

2 Lelaki Bangladesh Disyaki Keluar Dokumen Saringan Covid 19 Palsu

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR 15 Syawal 1441H Ahad Dua lelaki Bangladesh yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan COVID 19 yang negatif bagi warganegara asing ditahan dalam dua serbuan di Jalan Alo...
Rm50 Untuk Laporan Palsu Negatif Covid 19 Warga Asing Dicekup Polis

Rm50 Untuk Laporan Palsu Negatif Covid 19 Warga Asing Dicekup Polis

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 727 hits
Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid 19 untuk warga asing Dalam serbuan Ops Pemalsuan Keputusan Ujian Saringan Covid 19 jam 5 40 petang semalam di Jalan Alor Kuala Lumpur dua lelaki warga Bangladesh be...
Terkini Ujian Saringan Sahkan Warga Emas Meninggal Dunia Di Rumah Positif Covid 19

Terkini Ujian Saringan Sahkan Warga Emas Meninggal Dunia Di Rumah Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 397 hits
Putrajaya 12 Jun Satu kematian akibat COVID 19 dilaporkan hari ini Dalam sidang media Kementerian Kesihatan pesakit disahkan meninggal dunia dan disahkan positif selepas ujian saringan dijalankan ke atasnya Menurut Ketua Pengarah Kesihatan ...
Usir Warga Asing Beli Dokumen Saringan Palsu Covid19 Fomca

Usir Warga Asing Beli Dokumen Saringan Palsu Covid19 Fomca

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 349 hits
Sebuah kumpulan pengguna mencadangkan kerajaan menghantar pulang pendatang asing tanpa izin dan warga asing mempunyai dokumen perjalanan sah yang membeli dokumen palsu keputusan ujian saringan Covid 19 Timbalan Presiden Gabungan Persatuan P...
Jual Dokumen Keputusan Saringan Covid 19 Dengan Hanya Rm50

Jual Dokumen Keputusan Saringan Covid 19 Dengan Hanya Rm50

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 412 hits
KUALA LUMPUR Jual dokumen keputusan saringan COVID 19 yang dipalsukan berharga RM50 setiap satu kepada warga asing lain Dengan buka kaunter di kaki lima kedai dekat Jalan Alor Kegiatan 2 lelaki warga Banglades itu akhirnya kantoi selepas po...
Dr Yusuf Johari Anak Malaysia Yang Sertai Pasukan Hasilkan Ujian Antibodi Covid 19 Di Sheffield Uk

Dr Yusuf Johari Anak Malaysia Yang Sertai Pasukan Hasilkan Ujian Antibodi Covid 19 Di Sheffield Uk

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 388 hits
Seorang penyelidik Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan jurutera dan saintis daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Biologi di University of Sheffield United Kingdom yang telah menghasilkan komponen virus SARS Cov 2 untuk ujian anti...
Covid 19 Ujian Berat Rakyat Malaysia Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi Rupanya Ini Yang Jadi

Covid 19 Ujian Berat Rakyat Malaysia Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi Rupanya Ini Yang Jadi

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 365 hits
Sesungguhnya wabak COVID 19 satu ujian buat kita semua Banyak yang berubah sejak ia melanda Malaysia Ramai yang kehilangan sumber pendapatan tahap kesihatan yang terjejas malah sesi persekolahan juga terpaksa dihentikan seketika sehingga ma...
Pemerintah Diminta Buat Data Status Sosial Ekonomi Warga Terpapar Covid 19

Pemerintah Diminta Buat Data Status Sosial Ekonomi Warga Terpapar Covid 19

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 376 hits
Maka Perlu pembentukan protokol protokol yang disesuaikan pada sosial ekonomi masyarakat lanjut dia disusul potensi besar bertambahnya jumlah penduduk miskin di Indonesia
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

4 Seriously Injured After Car Plunges Into Ditch

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling

Poor Housing Conditions Perpetuate Urban Poverty In Malaysia

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Siapa Lagi Jika Bukan Kita Yang Menikmati Keindahan Spesis Bunga