Sindiket Ceti Haram Warga Bangladesh Tumpas



Sindiket ceti haram warga Bangladesh tumpas
Putrajaya: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil masa dua jam untuk mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang menjalankan sindiket ceti haram atau along selepas dia melarikan diri dalam serbuan di sebuah kediaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.
Lelaki itu dikatakan melompat keluar ke koridor rumah bersebelahan ketika penguat kuasa Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen membuat serbuan pada jam 1 pagi.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pasukan operasi terpaksa memecahkan pintu kediaman kerana penghuni enggan memberi kerjasama dan pada masa sama along Bangladesh itu mengambil kesempatan melarikan diri.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lima warga asing berada di premis itu.
“Pasukan operasi mengambil masa selama dua jam untuk mencari suspek dan berjaya menahannya ketika bersembunyi di tingkat tiga bangunan bersebelahan.
“Dengan penahan suspek, Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket pinjaman wang atau ceti haram dikenali along Bangladesh,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa menemui sembilan pasport Bangladesh dan wang tunai sebanyak RM50,000 dipercayai hasil aktiviti pinjaman dan penghantaran wang tanpa lesen.
Selain itu, turut ditemui sejumlah dokumen berkaitan sebuah syarikat dan beberapa kontrak penyewaan bangunan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan.
Khairul Dzaimee berkata, sindiket dipercayai menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang dan kiriman wang tidak berlesen kepada warga asing di sekitar Kuala Lumpur.
Menurutnya, siasatan awal mendedahkan modus operandi sindiket adalah dengan menubuhkan syarikat secara sah bagi mengaburi kegiatan daripada dihidu pihak berkuasa.
Katanya, sindiket dipercayai menjalankan kegiatan sejak setahun lalu dengan menjadikan warga Bangladesh sebagai pelanggan.
“Dua warga Bangladesh berumur 23 dan 41 tahun termasuk dalang utama sindiket ditahan di bawah Seksyen 51(5) (b) Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
“Dua suspek berkenaan disiasat mengikut Akta Pasport 1950 (Akta 150) dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
“Tiga suspek yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih, manakala warga asing lain yang diperiksa di premis berkenaan diberikan notis hadir ke pejabat Imigresen bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan,” katanya. HM
Sindiket ceti haram warga Bangladesh tumpas
Baca Artikel Menarik :
Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik Rasuah lebih teruk dari daging babi – Ayob Khan Ajaran sesat PMYT, Sittah Annur disoal siasat disoal Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah Bekas timbalan menteri kesihatan kini penasihat khas Khairy Netizen korek identiti ‘amoi’ piza 7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO] Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran Layari Laman Facebook MYKMU
Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

The post Sindiket ceti haram warga Bangladesh tumpas appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/03/sindiket-ceti-haram-warga-bangladesh-tumpas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk Brunei Secara Haram 6 Warga Bangladesh Dihukum 5 Bulan Penjara 3 Sebatan

Masuk Brunei Secara Haram 6 Warga Bangladesh Dihukum 5 Bulan Penjara 3 Sebatan

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 299 hits
Enam warga Bangladesh masing masing mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman lima bulan penjara dan tiga kali sebatan di Mahkamah Majistret di sini BANDAR SERI BEGAWAN Enam warga Bangladesh masing masing mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman l...
Sindiket Pelacuran Guna Wechat Tumpas

Sindiket Pelacuran Guna Wechat Tumpas

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 599 hits
Sindiket menawarkan iklan pelacuran dalam aplikasi WeChat sebelum pelacur menunggu pelanggan di bilik dengan bayaran RM120 hingga RM200 setiap sesi BUKIT MERTAJAM Polis menumpaskan satu sindiket pelacuran susulan penahanan 11 wanita termasu...
Warga Emas Rugi Rm 418 000 Ditipu Sindiket

Warga Emas Rugi Rm 418 000 Ditipu Sindiket

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 223 hits
Warga emas rugi RM 418 000 ditipu sindiket Seorang wanita warga emas berumur lingkungan 60an mengalami kerugian RM418 000 setelah dipercayai ditipu sindiket Macau scam yang mendakwa mangsa membuat tuntutan insurans daripada syarikatnya di B...
Update 27 Agustus 2021 34 121 203 Warga Indonesia Sudah Divaksinasi Lengkap Covid 19

Update 27 Agustus 2021 34 121 203 Warga Indonesia Sudah Divaksinasi Lengkap Covid 19

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 214 hits
Untuk jumlah penerima vaksin dosis pertama bertambah 1 008 621 orang sehingga kini menjadi 60 435 555 orang
Lelaki Tertidur Di Kawasan Kubur Selepas Tumpangkan Warga Emas

Lelaki Tertidur Di Kawasan Kubur Selepas Tumpangkan Warga Emas

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 203 hits
Heboh Daihatsu Xenia Masuk di Kawasan kuburan ingatkan sudah tidur di Rumah Sendiri JAWA TIMUR Seorang lelaki mengalami peristiwa aneh selepas selesai mengadakan sesi bergambar dengan bakal isterinya di Benteng Pendem Ngawi Lapor Suara com ...
Kapolda Banten Beri Bantuan Bapak Keliling Rumah Warga Minta Seragam Sekolah Bekas

Kapolda Banten Beri Bantuan Bapak Keliling Rumah Warga Minta Seragam Sekolah Bekas

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 297 hits
Kapolda Banten Irjen Rudy Heriyanto Adi Nugroho memanggil seorang pria bernama Tanto ke Mapolda Banten Pria asal Bayah Barat Kecamatan Bayah Lebak itu dipanggil pada Jumat
Warga Kuantan Kecewa Tindakan Mbk Roboh Dinding Partition Tanpa Siasatan Perbicaraan

Warga Kuantan Kecewa Tindakan Mbk Roboh Dinding Partition Tanpa Siasatan Perbicaraan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 777 hits
KUANTAN Tahniah Majlis Bandaraya Kuantan redah premis abai SOP Covid 19 ambil gambar tanpa kebenaran keluarkan saman dan notis arah untuk berhentikan kerja serta robohkan dinding pembahagi pejabat serta merta tanpa menjalankan apa apa siasa...
Warga Malaysia Terima Anugerah Atas Penyelidikan Kanser

Warga Malaysia Terima Anugerah Atas Penyelidikan Kanser

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 208 hits
MALAYSIAKINI Saintis kelahiran Malaysia di United Kingdom Dr Serena Nik Zainal menerima anugerah Francis Crick Medal and Lecture 2022 berhubung sumbangannya terhadap kajian punca barah Di Twitter Serena berkata dia teruja dan bersyukur atas...
Antusias Warga Mengikuti Senam Di Masa Pandemi Covid 19

Antusias Warga Mengikuti Senam Di Masa Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 240 hits
Antusias Warga Mengikuti Senam di Masa Pandemi Covid 19 Untuk menjaga tubuh tetap sehat dan imunitas tetap terjaga di masa pandemi sejumlah warga di lingkungan ini menggelar senam rutin yang dipimpin instruktur seminggu sekali
Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Drama Abang Bunga Macho

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Canon Repair


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Salted Caramel Macchiato Sensasi Manis Dan Asin Dalam Satu Gelas

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban