Simpatisme Kita Pada Cara Diperlakukan Dan Bezanya Hukuman Antara Marhaen Dan Kayangan Yang Mencuri
Ikutkan aku dah malas nak tulis pasal remaja yang mencuri di masjid tu. Tapi bila orang ungkit senangnya kena tipu, aku rasa kena tulis juga. Last one.
Cerita remaja tu kita tak tahu apa sebenarnya. Sebab yang terbaru, ibunya nafikan dia bermasalah. Tapi kalau ya pun dia menipu, tiada apa yang nak dimalukan.Sebab kita tak kenal dia. Kita nyatakan simpati berdasarkan khabar yang disampaikan. Dan nyata rasa simpati itu bertempat kerana tindakan AJK masjid memang keterlaluan.Jadi tak usah malu. Yang patut malu adalah mereka yang ditipu berulang kali oleh orang yang memang kita dah sedia kenal mereka sebagai penipu besar.Kita dah tahu orang itu merompak duit negara. Dua mahkamah dah sabitkan kesalahan. Tapi masih lagi nak sokong dia dan masih mahu dia jadi ketua. Tak malu?Kita dah saksikan orang itu mengkhianat. Dan kita pun tahu dia dapat sokongan dengan merasuah jawatan kepada MP. Tapi masih anggap dia baik. Tak malu?Kita dah tahu dia gagal. Keluarkan arahan SOP yang carca marba hingga hidup rakyat jadi guru hara. Tapi masih lagi kita nak bela dia. Yang ini pun tak malu?Kita beri dia kepercayaan untuk jadi ketua. Dengan janji lepas dua tahun ada peralihan kuasa. Tapi dia letak jawatan sebab tak mahu menepati janji hingga negara kucar kacir. Namun tetap masih mahu lagi bekerjasama dengannya. Tak malu?Orang itu kata vaksin itu pilihan. Tidak diwajibkan. Tapi sesiapa yang tak mahu vaksin, seolah hilang taraf warganegara. Pekerja asing lebih bebas di negara ini. Tapi masih nak kata dia antara menteri yang terbaik. Tak malu?Orang tu kata nak buat hudud. Tak dapat hudud RUU355 pun jadilah. Siap berhimpun di Padang Merbok. Tapi bila suruh bentang di parlimen, dia cuma baca tajuk. 2 kali buat begitu. Itupun masih ada yang percaya kata-katanya. Yang ini tak malu?Kalau setakat kena tipu dengan seorang remaja, apatah lagi remaja itu tidak kita kenali, tiada apa yang nak dimalukan. Dialah yang kena malu sebab tipu kita.Tapi kalau kita kena tipu berkali-kali dengan orang yang sama, itu bukan setakat malu, bahkan bodoh dan bebal tahap maksimum.Raja Gelap
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/01/simpatisme-kita-pada-cara-diperlakukan.html