Simpanan Asas Kwsp Skim Pelaburan Ahli
Simpanan Asas KWSP & Skim Pelaburan Ahli (SPA)
Merancang kewangan untuk persaraan adalah langkah penting dalam memastikan kestabilan hidup di masa depan. Salah satu mekanisma simpanan persaraan yang ada di Malaysia ialah KWSP.
KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh BERNAMA, setakat bulan Oktober 2024, seramai 2.65 juta daripada 7.33 juta ahli aktif KWSP berumur 18 hingga 55 tahun telah mencapai simpanan asas KWSP mengikut umur.
Adakah anda salah satunya? Jika ya, tahniah dan teruskan menyimpan. Sekiranya tidak, inilah masanya untuk anda bertindak sekarang, merancang kewangan untuk masa depan dan persaraan anda kelak.
BACA JUGA: i-Saraan KWSP – Pendaftaran, Semakan & Kelebihan
Apa Itu Simpanan Asas KWSP?
Simpanan Asas KWSP ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun Persaraan yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun. Simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.
Simpanan Asas ini membolehkan ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.
Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun Persaraan yang melebihi Simpanan Asas menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Kuantum terbaharu Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2019.
Jumlah Simpanan Asas KWSP Mengikut Umur
Sumber: KWSP
Skim Pelaburan Ahli (SPA)
Anda mempunyai pilihan dan fleksibiliti untuk mempelbagaikan portfolio persaraan anda dan meningkatkan simpanan persaraan melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA).
Skim ini membolehkan ahli yang mempunyai simpanan secukupnya untuk memindahkan sebahagian dari dana dalam Akaun Persaraan untuk dilaburkan melalui Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik, termasuk Syarikat Pengurusan Unit Amanah dan Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang.
Anda boleh menguruskan pelaburan anda dengan lancar dan mudah melalui platform i‑Invest KWSP.
Platform i-Invest
Anda boleh mengurus pelaburan anda dengan mudah melalui platform i-Invest yang boleh diakses melalui:
Aplikasi KWSP i-Akaun
Portal Web i-Akaun
Siapa Yang Boleh Memohon?
Rujuk syarat-syarat kelayakan di bawah:
Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR) ATAU Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Umur 55 tahun ke bawah
Mempunyai simpanan KWSP yang secukupnya
Permohonan melalui kaunter/agen IPD atau i‑Akaun (Ahli)
NOTA:
>> Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP turut layak.
>> Ahli berumur 55 tahun dan ke atas, boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pelaburan). Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun . (Sila Rujuk Risalah Pengeluaran Umur 55 & Umur 60 Tahun).
Contoh Pengiraan Kelayakan
Berikut ialah contoh pengiraan untuk mengetahui sama ada anda layak untuk mendaftar Skim Pelaburan Ahli atau tidak:
Ahli: A
Umur: 22
Simpanan di Akaun Persaraan (RM): 4,000
Simpanan Asas Baharu (RM): 10,000
Pengiraan Untuk Pelaburan (30%): –
Kelayakan: Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun Persaraan kurang daripada Simpanan Asas baharu
Ahli: B
Umur: 22
Simpanan di Akaun Persaraan (RM): 11,000
Simpanan Asas Baharu (RM): 10,000
Pengiraan Untuk Pelaburan (30%): (11,000 – 10,000) x 30% = RM300
Kelayakan: Ahli tidak layak memohon. Kelayakan minimum adalah RM1,000
Ahli: C
Umur: 25
Simpanan di Akaun Persaraan (RM): 24,000
Simpanan Asas Baharu (RM): 18,000
Pengiraan Untuk Pelaburan (30%): (24,000 – 18,000) x 30% = RM1,800
Kelayakan: Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum adalah RM1,000.00 dan maksimum adalah RM1,800
Amaun Kelayakan Pelaburan
AHLI BERUMUR BAWAH 55 TAHUN
Ahli boleh memindahkan simpanan untuk melabur seperti berikut:
Sehingga maksimum 30% daripada jumlah lebihan Simpanan Asas dalam Akaun 1
Amaun minimum pelaburan adalah RM1,000.00 Formula pengiraan: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%.
AHLI BERUMUR 55 TAHUN DAN KE ATAS
Ahli boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pelaburan).
Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli
Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui platform i-Invest
BACA JUGA: Pindahan Akaun Fleksibel KWSP: Syarat & Cara Pemindahan Akaun 3
Kaedah Permohonan
1. Melalui Platform i-Invest: Permohonan secara dalam talian melalui Platform i-Invest. Pastikan anda:
Mendaftar sebagai pengguna i-Akaun (Ahli)
Mempunyai nombor yang berdaftar bagi penerimaan nombor TAC
BACA JUGA: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login & Semakan Akaun 1,2,3
2. Melalui Borang Permohonan IPD/ IUTA: Permohonan dihantar melalui IPD/ IUTA yang dipilih dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan. Sila bawa:
Dokumen Pengenalan Diri atau Pasport
Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) dan senarai semak dokumen
NOTA: Permohonan yang telah dihantar kepada KWSP melalui IPD/ IUTA atau secara dalam talian melalui platform i-Invest tidak boleh dibatalkan.
Senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD)
Seperti yang telah dinyatakan di atas, ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun Persaraan yang melebihi Simpanan Asas menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
IPD yang telah dilantik terdiri daripada Syarikat Pengurusan Unit Amanah & Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang.
Berikut ialah senarai Institusi Pengurusan Dana yang telah dilantik:
InstitusiKod IPD & DanaAHAM Asset Management Berhad3rd Floor, Menara Boustead
69, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Dato’ Teng Chee WaiPegawai Pematuhan:
Encik Shahrin Shaikh MohdTel: 03 – 2116 6000
Fax: 03 – 2116 6100IPD055Senarai DanaAmanah Saham Nasional BerhadAras 91, Menara Merdeka 118,
Presint Merdeka 118,
50118 Kuala Lumpur,
W.P. Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif:
Encik Fadzihan Abbas bin Mohamed RamleePegawai Pematuhan:
Puan Sahlawati binti MustafaTel: 03 – 7730 8899IPD035Senarai DanaAmanah Saham SarawakLot 357, Section 5 KTLD
Jalan Satok,
93400 Kuching,
SarawakKetua Pegawai Eksekutif:
Puan Norlia MadionPegawai Pematuhan:
Puan Ng Boon WankTel: 082 – 231 433
Fax: 082 – 232 596IPD004Senarai DanaAmFunds Management BhdTingkat 9, Bangunan AmBank Group,
55, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Goh Wee PengPegawai Pematuhan:
Encik J Visvanathan JaganathaTel: 03 – 2032 2888
Fax: 03 – 2031 5210IPD019Senarai DanaAstute Fund Management Berhad3rd Floor, Menara Dungun,
No 46, Jalan Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur Ketua Pegawai Eksekutif:
Encik Clement Chew Kuan HockPegawai Pematuhan:
Cik Nancy Anak RiohTel: 03 – 2095 9999
Fax: 03 – 2095 0693IPD033Senarai DanaEastspring Investments Bhd
Level 22, Menara Prudential,
Persiaran TRX Barat,
55188, Tun Razak Exchange,
Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Cik Yap Siok HoonPegawai Pematuhan:
Cik Benothini a/p BascaranTel: 03 – 2052 3388
Fax: 03 – 2170 0399IPD046Senarai DanaHong Leong Asset Management BhdLevel 18, Block B, Plaza Zurich
No. 12, Jalan Gelenggang,
Bukit Damansara,
50490 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Encik Chue Kwok YanPegawai Pematuhan:
Puan Rozy Hashim Tel: 03 – 2081 8600
Fax: 03 – 2081 8599IPD009Senarai DanaKAF Investment Funds BhdLevel 13, Menara IQ,
Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange,
55188 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala LumpurPemangku Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif:
Encik Mohammed Reza Tan Sri Abu TalibPegawai Pematuhan:
Cik Siti Fatimah Zahrah binti JohariTel: 03 – 2171 0559
Fax: 03 – 2171 0583IPD052Senarai DanaKenanga Investors BhdLevel 14, Kenanga Tower,
237, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala LumpurPengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif:
Datuk Wira Ismitz Matthew De AlwisPegawai Pematuhan:
Dr. Sahar Effendi DaudTel: 03 – 2172 3000
Fax: 03 – 2172 3080IPD056Senarai DanaManulife Investment Management (M) Berhad13th Floor, Menara Manulife,
No 6, Jalan Gelenggang,
Damansara Heights,
50490 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Encik Jason Ching Soon MinPegawai Pematuhan:
Puan Yooi Foong HingTel: 03 – 2719 9228
Fax: 03 – 2093 7371IPD057Senarai DanaMIDF Amanah Asset Management BhdLevel 20, Menara MBSB Bank, PJ Sentral
Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52
46200 Petaling Jaya
SelangorKetua Pegawai Eksekutif:
Encik Shan Kamahl MohammadPegawai Pematuhan:
Puan Zarina Abd. RahmanTel: 03 – 2173 8888
Fax: 03 – 2173 8555IPD012Senarai DanaPheim Unit Trusts BhdTingkat 7, Menara Hap Seng,
Peti Surat 12,
No 1 & 3 Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Encik Teh Song LaiPegawai Pematuhan:
Cik Yong Thian Hee Tel: 03 – 2142 8888
Fax: 03 – 2141 9199IPD053Senarai DanaPhillip Capital Management Sdn Bhd
B-18-6 Megan Avenue II
No. 12 Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Wilayah PersekutuanPengerusi Eksekutif:
Datin Hajjah Nona binti SallehPegawai Pematuhan:
Encik Ramli bin Abd HamidTel: 03 – 2783 0300IPD028PMB Investment BhdTingkat 2, Wisma PMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
PO Box 10701,
50722 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Puan Mahani binti IbrahimPegawai Pematuhan:
Encik Mohd Isyazwan bin Fauzi @PuzilaTel: 03 – 4145 3800
Fax: 03 – 4145 3901IPD020Senarai DanaPrincipal Asset Management BhdLevel 32, Exchange 106,
Lingkaran TRX,
55188 Tun Razak Exchange,
Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Puan Munirah Khairuddin Pegawai Pematuhan:
Puan Nurul Nadia BakarTel: 03 – 8680 8000
Fax: 03 – 2084 8899IPD034Senarai DanaPublic Mutual Bhd8th Floor, Menara Public Bank 2,
No 78 Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Encik Chiang Kang PeyPegawai Pematuhan:
Encik Abdul Samad bin JaafarTel: 03 – 2022 6800
Fax: 03 – 2022 6900IPD003Senarai DanaRHB Asset Management Sdn BhdLevel 8, Tower 2 & 3, RHB Centre
Jalan Tun Razak
50400 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Encik Ng Chze How Pegawai Pematuhan:
Encik Yap Ben Shiow Tel: 03 – 9205 8000
Fax: 03 – 9205 8100IPD026Senarai DanaRHB Islamic International Asset Management Berhad
Level 8, Tower 2 & 3,
RHB Centre, Jalan Tun Razak
50400 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Encik Mohd Najman bin Md IsaPegawai Pematuhan:
Encik Yap Ben ShiowTel: 03 – 9205 8002
Fax: 03 – 9205 8107IPD058Senarai DanaTA Investment Management BhdTingkat 23, Menara TA One,
22 Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala LumpurKetua Pegawai Eksekutif:
Encik Wong MienPegawai Pematuhan:
Encik Ch’ng Soon KimTel: 03 – 2031 6603
Fax: 03 – 2031 4479IPD014Senarai Dana
Maklumat Tambahan
Pelaburan hanya boleh dibuat sama ada melalui IPD yang dilantik oleh KWSP atau Penasihat Institusi Unit Amanah (IUTA) yang terlibat.
Permohonan pelaburan boleh dibuat secara manual melalui ejen/kaunter IPD atau dalam talian melalui portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun.
Permohonan yang telah dihantar kepada KWSP melalui IPD/IUTA atau secara dalam talian melalui portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun tidak boleh dibatalkan.
Permohonan pelaburan boleh dibuat pada bila-bila masa dalam pelbagai dana unit amanah/pelbagai IPD yang dilantik oleh KWSP selagi ahli mempunyai amaun kelayakan pelaburan.
Amaun kelayakan pelaburan akan dikemaskini setiap 3 bulan.
Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
Ahli bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat. KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian. Ahli diingatkan supaya membaca dan memahami secara menyeluruh Dokumen Dana daripada IPD sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Ahli tidak akan memperolehi sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan.
Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP.
Bagi ahli berumur bawah 55 tahun, sekiranya ahli menjual pelaburan berkenaan atau IPD ditamatkan di bawah SPA, IPD akan mengembalikan semua hasil jualan pelaburan kepada KWSP.
KWSP akan melepaskan kawalan terhadap pelaburan di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau ahli/waris ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan. Sebarang urusan pelaburan adalah di antara ahli/waris ahli dan IPD. Hasil jualan pelaburan ahli tidak akan dikembalikan semula kepada KWSP apabila pelaburan tersebut dijual.
Ahli yang telah memilih Simpanan Shariah hanya boleh memilih pelaburan ke Unit Amanah dalam produk patuh shariah yang disenaraikan oleh KWSP.
Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP, tetapi ahli adalah diingatkan bahawa terdapat caj yang dikenakan oleh IPD/IUTA kepada ahli yang melabur.
BACA JUGA: Cara Tukar Kepada Akaun KWSP Shariah & Penyucian Dividen
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari portal rasmi KWSP.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/simpanan-asas-kwsp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=simpanan-asas-kwsp