Simpan Tali Pusat Konon Jadi Ubat Elak Anak Bergaduh Ustaz Azhar Jelaskan Hukum
Tali pusat atau umbilical cordberfungsi menghubungkan antara bayi dalam kandungan dengan ibunya. Bayi dalam rahim akan menerima nutrien dan oksigen melalui uri yang terlekat pada dinding dalam rahim. Uri disambungkan kepada bayi melalui tali pusat.
Bila bayi sudah lahir, tali pusatnya akan dipotong dan ia bermaksud penggantungan terhadap tali pusat dan uri untuk bayi mendapat nutrien dan oksigen telah terhenti.
Pemotongan tali pusat bayi sebaik dilahirkan tidak boleh dilakukkan sebarangan kerana bimbang boleh menyebabkan infeksi kepada bayi. pemotongannta perlu dilakukan dengan betul kerana jika tidak ia juga boleh menyebabkan pendarahan.
Biasanya tali pusat yang panjang akan dipotong dan ditinggalkan sedikit baki yang dinamakan umbilical stump sepanjang 2-3 cm. Biasanya baki tali pusat yang akan gugur dalam tempoh masa tak lebih seminggu ini akan disimpan mengikut kepercayaan adat orang Melayu.
SIMPAN DALAM UNCANG KONON ELAK GADUH
Ia kononya sekiranya tali pusat tersebut akan disimpan elok-elok di dalam satu uncang dan dikumpulkan dengan kesemua baki tali pusat adik-beradik yang lain bertujuan untuk elakkan bergaduh ataupun jika anak sakit yang sukar sembuh boleh direndam tali pusat tersebut dan bagi minum.
SEELOKNYA DITANAM
Namun, menurut hukum Islam menyimpan tali pusat adalah harus sekiranya tujuan menyimpannya tiada kena-mengena dengan amalan orang Melayu lama. Sebaliknya, disunatkan menanam tali pusat yang gugur di tempat yang baik, jauh dari gangguan binatang buas. Cara menanamnya pula tidaklah seperti menanam uri kerana tali pusat sudah pun kering maka boleh ditanam begitu sahaja asalkan tempatnya baik dan tiada gangguan binatang buas.
Menurut Ustaz Azhar Idrus seperti ceramah dalam video berikut, kebanyakan daripada ulamak mengatakan tidak dibolehkan menyimpan tali pusat bayi.
MAKRUH HUKUMNYA JIKA DISIMPAN
Walaupun ada sesetengah daripada ulamak mengatakan boleh dan makruh hukumnya disimpan tali pusat tanpa ditanam. Sebaliknya sunat ditanam. Ini kerana menurut ulama, tali pusat adalah sebahagian daripada anggota badan manusia yang patut dihormati.
Jika selama ini kita percaya kepada amalan yang khurafat dan boleh menjejaskan aqidah kita sebagai umat Islam maka wajarlah kita perbetulkan dan tidak melakukannya lagi. Sebaiknya kita rujuk dahulu kepada mereka yang pakar dalam bab hukum hakam Islam sebelum mempercayai bulat-bulat adat dan kepercayaan orang-orang lama.
The post Simpan Tali Pusat Konon Jadi Ubat & Elak Anak Bergaduh? Ustaz Azhar Jelaskan Hukum appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/simpan-tali-pusat-konon-jadi-ubat-elak-anak-bergaduh-ustaz-azhar-jelaskan-hukum/