Simpan Sspn Online 2022


SIMPAN SSPN ONLINE 2022(CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN BAKI PENYATA SIMPAN SSPN PRIME & PLUS)

Kepada ibubapa  yang ingin buka akaun SIMPAN SSPN untuk anak, anda kini boleh daftar SSPN online.
Sebelum membuka akaun SIMPAN SSPN,anda perlu tahu perbezaan antara SSPN-i dan SSPN-i Plus, di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan.
APA ITU SSPN-i?
Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
APA ITU SSPN-i Plus?
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
APAKAH PERBEZAAN AKAUN SSPN-i / SSPN-i Plus?
Secara ringkasnya, kedua-dua merupakan simpanan masa depan yang berbaloi untuk anak-anak.
 
Namun SSPN-i berbeza dengan SSPN-i Plus kerana SSPN-i Plus menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang  tetap.
Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pakej Intan: RM30 / sebulan Pakej Delima: RM50 / sebulan Pakej Topas: RM 100 / sebulan Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan Pakej Nilam: RM300 / sebulan Pakej Berlian: RM500 / bulan  
KELEBIHAN DAFTAR AKAUN SSPN UNTUK ANAK
Simpanan dijamin kerajaan. Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000. Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas. SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital. Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT. Layak memohon pinjaman PTPTN Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit. CARA DAFTAR AKAUN SSPN ONLINE
1.Buka Laman Web
Untuk mendaftar SSPN online, pergi ke link : https://lovesspn.ptptn.gov.my/
2.Pilih Skim / Pakej
Anda boleh memilih untuk daftar SSPN-i atau SSPN-i Plus, dan klik pada salah satu butang tersebut.
Bagi SSPN-i Plus*, pilih pakej simpanan bulanan yang ditawarkan seperti di bawah.
*Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit.
*Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.
3.Isi Maklumat Anak / Peribadi
Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.
4.Pilih Kaedah Potongan
Anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN.
Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.
Klik ‘Setuju’.
5.Buat Bayaran
Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.
(Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)
Pilih bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran.
6.Pengesahan
Maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan.
Selepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.
SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i
Layari portal rasmi PTPTN Pilih Semakan Penyata SSPN-i Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN-i SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i Plus
Layari portal rasmi PTPTN Pilih Semakan Penyata SSPN-i Plus Portal Online SSPN-i Plus (Semakan Penyata) Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN-i Plus SOALAN LAZIM SSPN-i / SSPN-i Plus
Untuk mendapatkan soalan lazim tentang SSPN-i / SSPN-i Plus,sila buka pautan dibawah:
SOALAN LAZIM SSPN-i SOALAN LAZIM SSPN-i Plus MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Ingin ketahui maklumat tambahan, layari www.lovesspn.com.
Talian hotline SSPN: 03-2193 3000
Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di https://www.facebook.com/sspnrasmi/
The post SIMPAN SSPN ONLINE 2022(CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN BAKI PENYATA SIMPAN SSPN PRIME & PLUS) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/simpan-sspn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Borang Online Boarding Aidil Fitri 2022

Borang Online Boarding Aidil Fitri 2022

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 171 hits
full width Sticky Entri Borang Tempahan Boarding Online Aidil Fitri 2022 ini hanya sah sehingga 2 May 2022 jam 12 00 Tengah Malam Sila baca dengan teliti sebelum mengisi Borang Tempahan Boarding Online Aidil Fitri 2022 ini Terima kasih
Jawatan Kosong Usm 2022 Online Permohonan Syarat

Jawatan Kosong Usm 2022 Online Permohonan Syarat

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 214 hits
Jawatan Kosong USM 2022 Berita baik buat mereka yang sedang mencari pekerjaan Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia bagi tahun 2022 telah pun dibuka dan anda boleh membuat permohonan secara online Mudah bukan Tapi apa syarat syarat kelay...
Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 Apc Dengan Rm20

Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 Apc Dengan Rm20

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 334 hits
Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 APC Dengan RM20 Ringgit Pasti ada dikalangan kita yang jadi tertanya tanya Kenapa syarikat syarikat besar suka guna konsep kalau nak beli barang mesti kena daftar jadi ahli dulu Salah satunya Amwa...
Penduduk Kesal Jmb Dakwa Azan Terlalu Kuat Dari Surau Avenham Garden Malaysia Gazette 07 04 2022

Penduduk Kesal Jmb Dakwa Azan Terlalu Kuat Dari Surau Avenham Garden Malaysia Gazette 07 04 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 136 hits
KUALA LUMPUR Penduduk Avenham Garden Eco Grandeur di Puncak Alam kesal tindak tanduk Badan Pengurusan Bersama taman perumahan itu yang didakwa tidak sensitif dengan penghuni muslim terutama pada bulan Ramadan sekarang Ia termasuklah aduan a...
Jmb Jangan Gila Kuasa Metro Tv Harian Metro 07 04 2022

Jmb Jangan Gila Kuasa Metro Tv Harian Metro 07 04 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 178 hits
Kuala Lumpur Badan Pengurusan Bersama diingatkan agar tidak gila kuasa sehingga menyekat pelbagai aktiviti penduduk Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai yang...
Bahan Kosmetik Ada Babi Jakim Digesa Nasihati Pengguna Tiktok Harian Metro 08 04 2022

Bahan Kosmetik Ada Babi Jakim Digesa Nasihati Pengguna Tiktok Harian Metro 08 04 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 166 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memberi nasihat dan bimbingan kepada seorang pengguna TikTok kerana menghasilkan bahan mengelirukan Ia membabitkan dakwaan bahawa kosmetik yang dihasilk...
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 202 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Korang tahu tak bahawa seluruh dunia ada satu hari yang di iktiraf sebagai Hari Hutan Antarabangsa Mesti ramai yang tak cakna pada perkara ...
Trend Tudung Raya 2022 Koleksi Tudung Turki Cotton Wany Hasrita X Bidadari House

Trend Tudung Raya 2022 Koleksi Tudung Turki Cotton Wany Hasrita X Bidadari House

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 271 hits
Suka sangat kak ana tonton si gadis manis Wany Hasrita ni bila menggayakan tudung di persada seni Nampak anggun dan sopan gadis muslimah dalam setiap busananya Antara lagu yang kak ana kenan dengar di radio antaranya Belenggu Rindu duet den...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa

Rukun Islam Jangan Ditambahkurangi Itu Namanya Dholalah Finnar

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Doge Jumaat 3 Mei 2024

Singgah Solat Di Masjid Sri Sendayan

Chacarita Is Buenos Aires S Quirkiest Neighborhood Get There Soon

Menjala Di Rumah Makan Di Kedai