Simpan Hasrat Nak Jadi Anggota Bomba Impian Anak Penghidap Kanser Otak Tahap 4 Ini Kini Tercapai


Ibu dan ayah pastinya akan melakukan apa sahaja untuk membawa senyuman kepada anak-anak. Tambah pula untuk anak yang menghidap penyakit kronik seperti kanser. Itulah yang dilakukan oleh Ahmad Suhairi Ali, 33 demi merealisasikan impian anaknya Ahmad Danial, 7 yang menghidap kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) taham empat.
Saat kanak-kanak lain seusianya bermain riang bersama rakan sebaya, Ahmad Danial Ahmad Suhairi terlantar sakit akibat kanser otak tahap empat yang dihidapinya sejak Mac tahun ini sebelum disahkan lumpuh dua bulan kemudian.
Menurut ayahnya, Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba dia pasti akan teruja.

Hasratnya itu kini tercapai meskipun Danial tidak mampu menunjukkan sebarang reaksi, namun ayahnya percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira dapat peluang menaiki jentera bomba.
Pengarah JBPM turun padang realisasikan impian Danial Menurut laporan sebuah akhbar, Menyedari impian Ahmad Danial yang sedang menghitung sisa kehidupan, JBPM Pahang terpanggil merealisasikan hajat ‘anak syurga’ itu untuk mengenakan seragam anggota bomba selain turut membawanya bersiar-siar menggunakan jentera penyelamat.
Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan Pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser Malaysia (PESONA), Wan Shahriza Wan Ab Rahman, baru-baru ini, mengenai keadaan Ahmad Danial dan impiannya menjadi anggota bomba.
Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad turun padang untuk merealisasikan impian Danial Beliau berkata, JBPM Pahang kemudian mengaturkan sesi bertemu kanak-kanak itu dan keluarganya di Masjid Jamek, Beserah, sebelum memakaikan seragam lengkap anggota bomba dan menyematkan lencana JBPM kepada Ahmad Danial.
Lebih mengujakan, Nor Hisyam memandu sendiri jentera bomba itu dan membawa kanak-kanak terbabit selama 10 minit.
“Kami dimaklumkan dia bercita-cita menjadi anggota bomba untuk berbakti kepada masyarakat.
“Jadi hari ini, JBPM Pahang tunaikan impiannya. Kita turut membawanya menaiki jentera bomba,” katanya yang kagum dengan kecekalan kanak-kanak itu meneruskan kelangsungan hidup.
Kanser dikesan bila mata anak nampak juling Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, dikesan menghidap penyakit itu apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
walaupun Danial tidak memberi sebarang reaksi, ayahnya percaya dia sangat gembira dan seronok kerana berpeluang memakai seragam Bomba “Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,”
Perlu Penjagaan Rapi, Tak mampu urus diri sendiri Katanya, Ahmad Danial memerlukan penjagaan rapi termasuk dibantu menguruskan diri dan ditolak menggunakan kerusi roda.
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif dan kini bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskan diri sendiri.
sumber: Berita Harian & Bernama
The post Simpan Hasrat Nak Jadi Anggota Bomba, Impian Anak Penghidap Kanser Otak Tahap 4 Ini Kini Tercapai appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/simpan-hasrat-nak-jadi-anggota-bomba-impian-anak-penghidap-kanser-otak-tahap-4-ini-kini-tercapai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papa Dah Lama Simpan Impian Nak Ke Tanah Suci Anak Arwah Yazit Dedah Impian Ayah Ke Umrah Tak Kesampaian

Papa Dah Lama Simpan Impian Nak Ke Tanah Suci Anak Arwah Yazit Dedah Impian Ayah Ke Umrah Tak Kesampaian

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 309 hits
Langit mendung seakan mengerti perkhabaran duka yang menimpa keluarga Allahyarham Yazit Ahmad yang menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur Seluruh ahli keluarga redha tatkala diberitahu bahawa mesin bantua...
Impian Saya Nak Anak Jadi Al Hafiz Siti Sarah Syukur Anak Sulung Dapat Top 2 Hafazan

Impian Saya Nak Anak Jadi Al Hafiz Siti Sarah Syukur Anak Sulung Dapat Top 2 Hafazan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 867 hits
Penyanyi dan usahawan Siti Sarah bersyukur apabila anak sulungnya Uwais Al Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al Quran Ibu kepada tiga cahaya maya itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi instagr...
Orang Tu Ambil Rantai Kak Ngah Rantai Anak Kena Rentap Hingga Kini Trauma

Orang Tu Ambil Rantai Kak Ngah Rantai Anak Kena Rentap Hingga Kini Trauma

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 368 hits
Perkara yang tak disangka berlaku jika nak jadi sekelip mata sahaja Begitu juga dengan kes kecurian dan ragut yang sekarang makin menjadi jadi Jenayah tersebut biasanya tidak disedari kerana berlaku dalam keadaan cepat Anak menangis beritah...
Hisap Jari Bukan Petanda Nak Dapat Adik Mungkin Petanda Anak Anda Stres

Hisap Jari Bukan Petanda Nak Dapat Adik Mungkin Petanda Anak Anda Stres

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 456 hits
Pernahkah anda mendengar kata kata yang mengatakan bayi yang menghisap ibu jari menandakan bahawa dia akan mendapat adik baharu Ketepikan dahulu kesahihan hal tersebut kerana kita akan meneliti satu lagi perkara yang lebih penting Adakah hi...
Anak Pun Nak Makan Sedap Macam Kita Ayam Masak Lemak Versi Baby Terangkat Habis

Anak Pun Nak Makan Sedap Macam Kita Ayam Masak Lemak Versi Baby Terangkat Habis

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 515 hits
Nak sediakan makanan buat anak sebenarnya tidaklah sesukar mana Hanya perlu gantikan beberapa bahan menjadi lebih sihat dan lebihkan sayur sayuran untuk tambahkan khasiat dan zat pada anak Paling penting elakkan penambahan garam dan gula se...
Setiap Kali Geram Nak Marah Anak Istighfar Banyak Kali Baca Al Fatihah

Setiap Kali Geram Nak Marah Anak Istighfar Banyak Kali Baca Al Fatihah

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 322 hits
Cuba perhatikan macam mana cara didikan ibu ayah semasa marah dan menghukum anak Pastinya tindakan paling spontan yang ibu ayah lakukan adalah terus menjerit dan memukul Adakah cara ini akan memberi penyelesaian pada anak anak terutama emos...
Badan Penat Otak Stres Rupanya Itulah Punca Nak Mengandung Tapi Tak Lekat Lekat

Badan Penat Otak Stres Rupanya Itulah Punca Nak Mengandung Tapi Tak Lekat Lekat

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 443 hits
Dalam bekerja dan menguruskan rumah tangga tanpa sedar seseorang wanita itu cenderung unuk menghadapi stres Stres bukan sekadar keletihan badan tetapi lebih kepada mental emosi Sebenarnya stres boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wan...
Bila Suami Isteri Bekerjasama Jaga Anak Proses Nak Membesarkan Anak Jadi Mudah

Bila Suami Isteri Bekerjasama Jaga Anak Proses Nak Membesarkan Anak Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 376 hits
Anak anak merupakan amanah yang tidak ternilai yang tuhan anugerahkan Mendidik dan membesarkan anak anak memerlukan kerjasama pasangan masing masing kerana amanah tersebut sangat berat dan sangat mencabar Lagi ramai anak lagi banyak ragam y...
Emak Emak Dibantu Polisi Cari Anak Ikut Demo Di Dpr Ayo Ananda Faiz Pulang Nak

Emak Emak Dibantu Polisi Cari Anak Ikut Demo Di Dpr Ayo Ananda Faiz Pulang Nak

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 238 hits
Berdasarkan informasi dihimpun Suci mengetahui keberadaan anaknya bergabung dengan para pelajar lainnya untuk berdemo di belakang dedung DPR RI dari media sosial teman Faiz
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya