Silibus Sudah Bagus Tetapi Banyak Tokok Tambah Dan Gangguan


Imej hiasan via Bing Image Generator
Bukan sekali dua ibu bapa dan guru di Malaysia mengeluh mengenai silibus pembelajaran Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) yang dianggap terlalu tinggi dan membebankan murid. Malah keluhan mengenai hal ini pernah menjadi punca seorang pempengaruh pendidikan menjadi tumpuan gara-gara kelantangannya menyuarakan isu berkenaan di laman sosial

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 7 November 2019, mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (semakan 2017), murid Tahun Satu hingga Tiga perlu mempelajari tujuh subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam (termasuk pelaksanaan Tasmik dalam Program J-QAF) atau Pendidikan Moral, Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan mata pelajaran tambahan bahasa

Keperluan itu walaupun selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK), namun ia dilihat membebankan murid disebabkan banyak tokok tambah dalam silibus sedia ada. Apatah lagi, selepas COVID-19, berlaku ke tirisan terhadap keupayaan murid menguasai pembelajaran. 
Bagi Pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Azizah Zain, berkata isu yang perlu diberi perhatian adalah silibus pembelajaran semua subjek yang perlu dicapai murid Tahun Satu terlalu tinggi dan ia tiada kesi- nambungan dengan standard pembelajaran di prasekolah

Azizah yang berkepakaran sebagai penyedia modul pengajaran di peringkat prasekolah, berkata sebenarnya pada peringkat prasekolah lagi, murid sudah terbeban apabila mereka perlu mencapai kemahiran 3M bagi memastikan tidak tercicir di Tahun Satu

Guru terbeban
Dalam hal ini katanya, guru juga turut terbeban kerana mahukan murid cepat menguasai kemahiran 3M sekaligus, mereka tidak berpeluang menggunakan strategi yang boleh menarik minat murid untuk belajar mata pelajaran yang pelbagai

"Umumnya, silibus untuk murid Tahun Satu bersesuaian dengan kemampuan kognitif mereka, namun keupayaan itu terganggu akibat perubahan dan tokok tambah dalam silibus kurikulum ketika ini

"Misalnya, murid dipaksakan dengan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam peperiksaan yang mencabar minda mereka untuk menjawab

"Pada peringkat anak-anak kita berusia tujuh hingga sembilan tahun, cukuplah mereka menguasai konsep asas yang boleh mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman mereka sebelum berganjak ke tahun seterusnya," katanya

Tambahnya, silibus sukar memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi murid

"Kebanyakan murid di Malaysia jika cuti sekolah merekalah yang paling seronok. Kenapa ini berlaku? Antaranya disumbangkan sistem pendidikan kita yang dari awal telah membebankan murid

"Kita sepatutnya menjadikan sekolah suatu tempat seronok untuk belajar dan memberi impak positif terhadap perkembangan emosi mereka," katanya

Justeru Azizah menyarankan supaya Kementerian Pendidikan (KPM) menyemak semula silibus setiap mata pelajaran untuk memastikan ia bersesuaian dengan tahap usia murid

Katanya, sistem pendidikan seharusnya merangsang kemahiran berfikir murid melalui aktiviti menyeronokkan, bukan dengan soalan peperiksaan memeningkan untuk dijawab

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan dari Universiti Malaya (UM), Dr Abd Razak Zakaria berkata, bebanan silibus subjek yang semakin berat dilihat mampu memberi tekanan kepada murid pada usia masih muda. Katanya, kurikulum yang se begini melampaui tahap perkembangan diri murid. Sedangkan di Barat, kaedah pembelajaran di se- kolah lebih santai selain tiada sebarang kerja rumah diberikan selepas waktu pembelajaran

Begitu juga di Jepun katanya, murid di usia sembilan tahun hanya belajar mengurus diri, bersosialisi, menjaga persekitaran dan alam di samping belajar tentang nilai dan adab

"Asas yang kukuh mengenai diri menjadikan kanak-kanak di Jepun lebih berdikari dan mengamalkan nilai yang tinggi berbanding di negara kita yang lebih mementingkan kandungan, sedangkan nilai hanya dititip secara sampingan," katanya

Kandungan subjek berat
Beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga UM, berkata bilangan subjek yang diajar di sekolah rendah ketika ini memadai, namun isi kandungan setiap subjek agak berat

Tambahnya, pasca pandemik COVID-19 memberi impak sangat besar kepada kualiti pendidikan kerana ramai pelajar terkesan dan gagal menguasai kemahiran asas

Abd Razak berkata, tiga domain asas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu kognitif, afektif dan psikomotor perlu dikuasai mengikut tahap perkembangan diri

"Bagaimana pun, silibus mata pelajaran yang terlalu berat membebankan murid sekiranya kemahiran asas Tahun Satu masih tidak dikuasai sepenuhnya

"Masalah ini akan berlarutan dan dilanjutkan ke Tahun Dua dengan silibus yang lebih mencabar mengakibatkan murid akan terus tertinggal dalam arus perdana yang menuntut mereka menguasai ke semua kemahiran mengikut peringkat tahun dan usia," katanya

Ditanya sama ada mata pelajaran yang sarat ketika ini selari atau perlu diubahsuai bagi memaksimumkan penerapan kemahiran asas 3M murid, Abd Razak berkata, semakan kurikulum sering dilaksanakan, namun persoalannya kini sejauh mana KPM melihat pengubahsuaian ini perlu hinggakan murid dikehendaki mematuhi garis panduan sistem sebagai ukuran pencapaian kecemerlangan

Sedangkan katanya, murid seharusnya diberi peluang berkembang ikut usia dan tahap keupayaan sendiri. Hal ini disebabkan tahap perkembangan kanak-kanak tidak sama antara satu sama lain, manakala guru hanya perlu membimbing mereka bagi mencapai kemahiran asas 3M

Dalam pada itu, tegasnya, penekanan terhadap nilai dan adab perlu diberikan juga bak pesan orang lama-lama, melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya modal insan terlahir di setiap peringkat adalah murid yang memiliki asas nilai tinggi

"Jika dilihat kepada kesan jangka panjang, bukan banyaknya subjek yang dipelajari menjadi ukuran sebenar, tetapi kualiti murid selama mereka belajar di sekolah

"Dalam sistem persekolahan di mana-mana negara sekali pun pasti akan ada murid yang menjadi mangsa keadaan dan gagal mengikut arus perdana sebagaimana yang diharapkan, namun mereka tidak seharusnya diketepikan dalam dunia pekerjaan," katanya

Artikel: Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/01/silibus-sudah-bagus-tetapi-banyak-tokok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin Biar Susu Ibu Tambah Banyak

4 Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin Biar Susu Ibu Tambah Banyak

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 210 hits
petua tambah susu badan ibu Orang kata petua petua orang lama ini jangan pandang sebelah mata Iya selagi belum cuba resultnya belum kita tahu kan Macam tu jugalah Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin bagi ibu ibu yang baru melahirkan zu...
Cak Imin Dapat Kabar Banyak Kepala Desa Jadi Target Kriminal Berkedok Pemberantasan Korupsi

Cak Imin Dapat Kabar Banyak Kepala Desa Jadi Target Kriminal Berkedok Pemberantasan Korupsi

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 162 hits
Namun dia mengingatkan jangan sampai adalagi penegakan kasus korupsi berbau kriminalisasi
10 Tips Mengepam Susu Ibu Supaya Bertambah Banyak

10 Tips Mengepam Susu Ibu Supaya Bertambah Banyak

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 158 hits
Tips Mengepam Susu Ibu Supaya Bertambah Banyak Alhamdulillah tahun ini rasanya dah matang tempoh penyusuan yang Anim buat untuk Sofia Kira nak complete dah ni syukur Antara yang dilakukan sepanjang tempoh PSI adalah mengepam Hari ini Anim n...
Video Survei Terbaru Anies Salip Ganjar Di Peringkat 2 Banyak Yang Mau Perubahan Tapi

Video Survei Terbaru Anies Salip Ganjar Di Peringkat 2 Banyak Yang Mau Perubahan Tapi

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 152 hits
Capres Anies Baswedan menanggapi hasil survei dari Indikator yang telah menyalip Ganjar Pranowo dan berada di peringkat 2
Makanan Untuk Tambah Darah Ini 12 Makanan Terbaik Dimakan

Makanan Untuk Tambah Darah Ini 12 Makanan Terbaik Dimakan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 305 hits
Bagi pesakit Anemia anda boleh cuba menambah darah secara semula jadi dengan mengambil makanan untuk tambah darah Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan makanan untuk tambah darah yang terbaik Baca juga Apa i...
Ada Banyak Chat Group Tanpa Beberapa Ahli Haha Dedah Ahli Running Man Tak Sebulu

Ada Banyak Chat Group Tanpa Beberapa Ahli Haha Dedah Ahli Running Man Tak Sebulu

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 316 hits
Biasalah bila satu kumpulan itu terdiri daripada beberapa ahli sudah semestinya akan ada pelbagai kepala yang perlu dilayan ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Radio Star Haha Kim Sae rom Kim Jye sun dan Jo Jung sik telah hadir sebagai t...
Malangnya Aktif Temui Peminat Di Banyak Negara Seungri Akui Dah Bersara Dalam Dunia Hiburan

Malangnya Aktif Temui Peminat Di Banyak Negara Seungri Akui Dah Bersara Dalam Dunia Hiburan

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 144 hits
Meskipun sudah tidak aktif dalam dunia hiburan Seung ri bekas ahli BIGBANG kerap berjumpa dengan peminat menerusi beberapa acara ARTIKEL BERKAITAN Terbaru di sebuah acara di Cambodia yang diadakan di restoran Prince Brewing Seung ri telah t...
Tuuudiaaaa Banyak Rakyat Yang Susah Anak Dia Juga Dia Nak Bela

Tuuudiaaaa Banyak Rakyat Yang Susah Anak Dia Juga Dia Nak Bela

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 149 hits
Iswardy Morni Tun buat statement nak bela anak dia Fuh umo 60 tahun pun mintak bapak backup Perghhh
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian