Makanan Untuk Tambah Darah Ini 12 Makanan Terbaik Dimakan


Bagi pesakit Anemia, anda boleh cuba menambah darah secara semula jadi dengan mengambil makanan untuk tambah darah.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan makanan untuk tambah darah yang terbaik.
Baca juga:
Bacaan HB Normal Ibu Hamil Darah Putih Tinggi Hidung Berdarah Apa itu hemoglobin?  Hemoglobin adalah protein yang terdapat dalam sel darah merah. Ia mempunyai fungsi terpenting dalam mengangkut oksigen dari paru-paru ke semua sel lain yang membantu mengekalkannya.
Tahap hemoglobin yang rendah akan mengakibatkan anemia dan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Antaranya seperti tabiat pemakanan yang buruk, penyerapan nutrien yang lemah yang diperlukan untuk mengeluarkan hemoglobin, peningkatan dalam dos yang diperlukan akibat kehamilan, kehilangan darah, dan juga ubat-ubatan tertentu. Semuanya boleh mengakibatkan tahap hemoglobin yang rendah 
Makanan untuk tambah darah (zat besi) Antara makanan untuk tambah darah dalam kategori zat besi adalah seperti:
1. Daging
Makanan untuk tambah darah yang penting dalam kategori zat besi adalah daging. Daging mempunyai tahap zat besi yang tinggi.
Berikut adalah antara jenis daging berserta kandungannya yang boleh membantu anda meningkatkan tahap hemoglobin anda:
Hati: Hati kambing mempunyai jumlah tertinggi vitamin B12, dengan 100 g mengandungi 85.7 mcg Daging lembu kisar: Setiap 85 gram (3 oz) daging lembu yang dikisar menyediakan 2.1 mg zat besi. Dada ayam: 7 miligram zat besi daripada setiap 100 gram (3.5 oz) dada ayam. 2. Makanan laut
Makanan laut seperi kerang, tiram, dan kaviar boleh memberikan lebih daripada keperluan harian zat besi dan vitamin B12.
Kerang misalnya mengandungi 28 mg zat besi, 22.1 mg vitamin C, dan 98.9 mcg vitamin B12 bagi setiap 100 gram.
3. Kekacang
Sekiranya anda seorang vegan, anda boleh menukarkan menu daging kepada kekacang sebagai makanan untuk tambah darah.
Kacang soya, kancang ginjal, lentil, dan kacang ayam adalah beberapa kacang yang disyorkan.
4. Bijian
Mengambil bijian hitam yang kaya dengan magnesium, kuprum, zink, zat besi, kalsium, selenium, folat vitamin B6 dan vitamin E, adalah satu lagi pendekatan yang sangat baik untuk meningkatkan penggunaan zat besi anda.
Kami syorkan 1 sudu besar bijian hitam panggang kering boleh dikisar bersama 1 sudu teh madu dan dimakan secara rutin untuk meningkatkan tahap zat besi anda.
Anda boleh juga tabur beberapa bijian panggang ini ke dalam yogurt, salad buah-buahan, oat dan juga bijirin anda.
5. Telur
Telur sering disebut-sebut sebagai sarapan terbaik atas sebab-sebab tertentu. Sebiji telur mempunyai kira-kira 6 gram protein, 0.55 mcg vitamin B12, 22 mg folat, dan 0.59 mg zat besi.
6. Biji labu
Mungkin ramai tidak tahu bahawa biji labu adalah sumber zat besi terbaik. 100 gram labu atau biji chia mengandungi kira-kira 15 miligram zat besi, iaitu 83 peratus daripada nilai disyorkan harian. 
Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi asid lemak penting yang boleh menjadikan kulit anda bersinar. 
7. Tauhu
Tauhu adalah makanan berasaskan soya yang popular di kalangan vegetarian dan di beberapa negara Asia. Walaupun tauhu dari sumber tumbuhan, tauhu juga mengandungi zat besi jenis bukan heme.
Setengah cawan tauhu, iaitu kira-kira 126gram mengandungi 3.4mg zat besi. Jumlah ini memenuhi 19% keperluan badan sehari.
Selain dari zat besi, tauhu juga mengandungi khasiat unik seperti isoflavon yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
Makanan untuk tambah darah (vitamin) Antara makanan untuk tambah darah dalam kategori vitamin adalah seperti:
1. Buah-buahan Kering
Buah-buahan kering yang dimaksudkan ini adalah seperti kurma, kismis, dan buah tin.
Buah tin sarat dengan manfaat zat besi, magnesium, vitamin A, dan folat sesuai dijadikan sebagai makanan untuk tambah darah. Kurma dan kismis pula kaya dengan zat besi dan vitamin C.
Tahap hemoglobin anda boleh meningkat dengan cepat sekiranya anda makan segenggam kurma kering, buah tin dan kismis pada waktu pagi.
Namun sekiranya anda seorang penghidap diabetes, pastikan minta nasihat doktor anda terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati.
2. Sayur-sayuran berdaun hijau
Sayuran hijau adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan dan rendah kalori. Ia cukup dikenali dalam membantu anda meningkatkan penghadaman dan penurunan berat badan.
Bayam, sayur sawi, saderi, dan brokoli adalah sumber zat besi yang baik dan boleh dijadikan makanan untuk tambah darah dari keluarga vitamin.
Anda disyorkan untuk makan sayur-sayuran yang dimasak berbanding mentah. Hal ini kerana sayuran mentah biasanya mempunyai asid oksalik yang mampu menghalang tubuh daripada menyerap zat besi.
Brokoli juga membekalkakn sumber vitamin V kompleks, vitamin A dan C, asid folik dan mineral yang baik seperti magnesium dan besi.
3. Ubi bit
Ubi bit adalah sumber minerla semula jadi yang hebat. Ia mengandungi kuprum, fosforus, besi, magnesium dan vitamin seperti B1, B2, B6, B12, dan C.
Kajian menunjukkan bahawa kekayaan nutrien penting dalam membantu meningkatkan tahap hemoglobin dan menggalakkan pertumbuhan semula sel darah merah.
Anda boleh memakannya sesuka hati sama ada dimasak atau mentah seperti salad. Boleh juga dijadikan jus bit.
4. Daun moringa
Khasiat daun moringga adalah sangat tinggi sehingga mengatasi lobak merah, oren, dan juga susu. Daun ini merupakan sumber mineral yang banyak seperti tembaga, magnesium, besi, zink, dan vitamin A, B dan C.
5. Pengambilan asid folik
Folat dan vitamin B kompleks sangat penting untuk membentuk sel darah merah. Kekurangan ini boleh menyebabkan risiko kepada paras hemoglobin menurun dan meningkatkan risiko anemia.
Oleh itu, diet yang kaya dengan asid folik dicadangkan bagi mereka yang mempunyai bilangan hemoglobiin yang rendah.
Walaupun anda boleh dapatkan asid folik di farmasi, pastikan ia diambil di bawah pengawasan doktor. Pengambilan harian suplemen asid folik adalah antara 200 dan 400 mg.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan pilihan nmakanan untuk tambah darah dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Sumber:
Top Haemoglobin Foods That can Increase your Haemoglobin Naturally. Redcliffe Labs Things You Can do to Improve Your Hemoglobin Levels and Prevent Anemia. Sanguina Foods That Boost Your Hemoglobin Levels. Stylecraze

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-untuk-tambah-darah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-untuk-tambah-darah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Mahu Musa Dibesarkan Dengan Cara Terbaik Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah Tiada Lagi Pertikaian

Saya Mahu Musa Dibesarkan Dengan Cara Terbaik Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah Tiada Lagi Pertikaian

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 156 hits
Tiada lagi sebarang pertikaian Aktivis kemanusiaan Mizz Nina mengesahkan dia mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga yang sah kepada anak angkatnya Musa malah tidak mahu hal itu dibangkitkan lagi Nina hadir ke mahkamah hari ini bagi mengh...
Tular Selebriti Wanita Popular Marah Pekerja Dalam Meeting Sebagai Ketua Saya Mahukan Yang Terbaik

Tular Selebriti Wanita Popular Marah Pekerja Dalam Meeting Sebagai Ketua Saya Mahukan Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 173 hits
Rakaman mempamerkan selebriti terkenal dari negara jiran Luna Maya memarahi pekerjanya tular di media sosial baru baru ini dan ia meraih perhatian ramai warganet nbsp var currentUrlTwo window location hostname window location pathname
Tempat Terbaik Sebab Masih Bujang Kim Jongkook Akui Ingin Cari Kekasih Di Gim

Tempat Terbaik Sebab Masih Bujang Kim Jongkook Akui Ingin Cari Kekasih Di Gim

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 203 hits
Mesti ramai yang tertanya tanya kan bilakah Kim Jong kook akan menamatkan zaman bujangnya ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini dalam siaran program Make Handsome Change My Man Kim Jong kook ada berkongsi di manakah dia lebih gemar untuk melakuka...
Terbaik Pmx Ds Anwar Umumkan Berita Baik Kepada Penjawat Awam Pesara

Terbaik Pmx Ds Anwar Umumkan Berita Baik Kepada Penjawat Awam Pesara

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 254 hits
PERHIMPUNAN WARGA KEMENTERIAN KEWANGAN BERSAMA YAB DATO SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
Hanura Benarkan Bus Rombongan Dari Konser Gbk Kecelakaan Di Tol Solo Ngawi 3 Kader Terbaik Gugur Dalam Tugas Partai

Hanura Benarkan Bus Rombongan Dari Konser Gbk Kecelakaan Di Tol Solo Ngawi 3 Kader Terbaik Gugur Dalam Tugas Partai

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 146 hits
Bus membawa rombongan kader Hanura berjumlah 18 orang yang hendak pulang dari acara kampanye Ganjar Mahfud MD di GBK
Strategi Terbaik Untuk Memenangkan Slot Casino Online

Strategi Terbaik Untuk Memenangkan Slot Casino Online

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 223 hits
Strategi Terbaik untuk Memenangkan Slot Casino Online Halo para pecinta permainan slot casino online Apakah Anda mencari cara untuk meningkatkan peluang menang Anda Jika iya maka Anda telah datang ke artikel yang tepat Kami akan membahas st...
Marquez Lopez Mahu Jadikan Qatar Pasukan Terbaik Di Asia

Marquez Lopez Mahu Jadikan Qatar Pasukan Terbaik Di Asia

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 188 hits
Ketua jurulatih Qatar Marquez Lopez mahu jadikan Qatar sebagai pasukan terbaik di Asia dengan menjulang Piala Asia 2023 Qatar kini turun dengan misi mempertahankan gelaran juara Asia berdepan Jordan kelak setelah pernah memenangi Piala Asia...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord