4 Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin Biar Susu Ibu Tambah Banyak


petua tambah susu badan ibu
Orang kata, petua-petua orang lama ini jangan pandang sebelah mata. Iya, selagi belum cuba, resultnya belum kita tahu kan. Macam tu jugalah Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin bagi ibu-ibu yang baru melahirkan zuriat.
Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin. Sebenarnya Anim tertarik dengan beberapa amalan orang dulu-dulu ni. Sangat ‘rare’ dan jarang juga orang kita amalkan tau. Ini mungkin disebabkan dah wujudnya penawar serta ubat-ubatan moden yang bantu para ibu yang alami masalah penyusuan berjaya menambah susu badan dengan lebih cepat seperti milk booster dan sebagainya.
Milk Booster Penambah Susu Badan
Namun, PETUA TAMBAH SUSU BADAN yang sejak turun termurun nenek moyang kita dulu amalkan boleh juga sebenarnya dipakai sehingga kini kerana tidak ada salahnya jika mencuba sekiranya itu mendatangkan kebaikan.
Sekiranya anda tengah mencari cara untuk banyakkan susu badan, apa kata cuba petua ini. hehe
Salah satu sebab adalah ia adalah berdasarkan pengalaman orang terdahulu. Jangan main-main dengan pengalaman, ia mungkin lebih baik dan sudah terbukti.
Tak cuba tak tahu. Kalau menjadi, awak juga yang rugi sebab tak nak try
Apabila seorang bayi itu lahir, makanan pertama yang wajib disalurkan kepadanya ialah air susu ibu tu sendiri. Bayangkan sekiranya bayi yang dilahirkan sempurna tetapi tidak dapat zat dan khasiat sepenuhnya daripada ibu. Ya anda lah!
Akibatnya, bayi mudah meragam bila perut cepat kembung. Malah ada yang mudah sangat terdedah dengan pelbagai penyakit lebih-lebh lagi zaman sekarang ni.
Sudah tentu ibu yang baru sahaja bersalin akan sedaya upaya untuk berikan penyusuan susu ibu kepada bayinya supaya terhindar daripada perkara-perkara musibah yang berkaitan kesihatan anak.
Sebenarnya banyak manfaat dan khasiat kepada si anak yang minum susu badan ibunya.
Bahkan si ibu juga peroleh kebaikan dan kelebihan apabila menjayakan proses penyusuan susu ibu (PSI), contohnya tubuh lebih sihat, metabolisme meningkat, tidak mudah jadi gemuk dan emosi lebih stabil.
Jadi tak salah sekiranya Anim simpulkan disini yang setiap ibu pasti risau sekiranya bayinya tidak dapat menyusu dengan sempurna kan!
Namun Anim tak salahkan mereka yang tak berpeluang untuk lakukan semua tu. Ya mungkin sebab ada yang alami susu badan kering, tak keluar dengan baik atau ilmu penyusuan yang masih cetek.
Apa pun sebabnya, jangan jadikan alasan untuk para ibu yang baru bersalin skip berikan susu badan sebaliknya hanya bekalkan susu formula kepada anak. Usah patah semangat, masih ada usaha yang boleh dilakukan. Gagahkan diri ya!
Cuba Petua Tambah Susu badan Selepas Bersalin Ini Petua #1

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan atas api sampai layu. Apabila sudah rasa agak suam, tekapkan pada payudara selama beberapa minit. Amalkan setiap hari dan lihat hasil inshaallah.
Petua #2

Daun betik juga punya khasiat untuk menambah susu ibu. Rebus beberapa helai daun betik, ambil yang sederhana muda sahaja. Rebuskan kedalam air kemudian minum 2 hingga 3 kali sehari.
Petua #3

Banyakkan makan lobak putih. Lobak putih antara makanan yang sangat membantu para ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu badan.
Anim sendiri kerap mengamalkan pengambilan lobak putih supaya dapat tambah susu badan dan memekatkan lagi susu. Sehingga sekarang, Alhamdulillah susu badan masih ada untuk Sofia.
Lobak putih boleh dikisar halus dan campurkan dalam air suam untuk diminum. Tapi, kalau rasa terlalu extreme sangat kaedah ini, anda boleh renehkan ia jadi Sup Lobak Putih. Inshaallah selain berika tenaga, ia mampu menambah susu badan.
Petua #4
Mungkin ramai yang tak tahu petua tambah susu badan ke 4 ini.  Tapi Alhamdulillah berkesan selepas Anim cuba tau!
Jantung Pisang. Ya! Sekiranya anda nak cari macam mana nak tambah susu badan secara semula jadi, cubalah makan jantung pisang.
Syaratnya, kenalah beli atau petik dari kebun.

Rebuskan dahulu, jangan dimakan terus. Rakus namanya tu hehe.
Rebuskan Jantung Pisang, dan makan macam Ulam. Tak kisah lah anda nak colek dengan sambal apa sekalipun. Jantung Pisang banyak berikan khasiat kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.
Ingat, menyusukan anak ini, bukan saja perlu tahu ilmu seperti cara mengepam, teknik mermet, supply & demand dan sebagainya. Tetapi makanan juga mempengaruhi hasil supaya ia dapat banyakkan susu badan.
 
Kalau tak makan, perut tak kenyang.
Kalau tak makan ubat, nanti penyakit tak sembuh.
Makanan adalah keperluan hidup dan nutrisi tubuh.
 
Jangan pandang rendah pada petua tok nenek kita dulu.  Dan jangan perlekeh makanan penambah susu badan.
Sebab ramai yang dah dapat manfaat dan rasa lega apabila proses penyusuan lancar dan masalah susu badan kurang berjaya diselesaikan.
Nak tambah susu badan? —> Cara Tambah Susu Badan 24 jam
 
Kesimpulan
Perkara mustahak untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu kepada anak ialah anda memahami konsep awal dan asasnya terlebih dahulu.
Suply & Demand
Jika anda clear tentang ini, inshaallah akan lebih mudah menempuh proses seterusnya.
Selain itu, ibu menyusukan bayi perlulah mempunyai kondisi tubuh yang baik. Tidak biarkan diri dalam keadaan stress dan terganggu emosinya. Salah satu cara untuk mengelakkannya ialah dengan pemakanan yang baik, gaya hidup serta persekitaran yang bersih/kemas.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel petua tambah susu badan selepas bersalin ini. Semoga manfaat, inshaAllah.
 
PS: Jangan lupa cuba ya, inshaallah tak rugi pun.
 
The post 4 Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin. Biar Susu Ibu Tambah Banyak! appeared first on Gerobok Anim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://info.gerobokanim.com/susu-badan-kurang-lepas-bersalin-cuba-petua-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Petua Banyakkan Susu Badan Ibu 99 Mudah Halal Berkesan

Ini Petua Banyakkan Susu Badan Ibu 99 Mudah Halal Berkesan

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 191 hits
Petua banyakkan susu badan Petua Banyakkan Susu Badan Ibu Petua ni kebanyakannya kita dapat dari orang dulu dulu Orang tua tua jadi sebab tu kita panggil petua kan Dalam entri kali ni sekali lagi ingin Anim kongsikan beberapa Petua Banyakka...
Panduan Penyusuan Diperingkat Awal Kelahiran Sangat Membantu Menambah Susu Badan Ibu

Panduan Penyusuan Diperingkat Awal Kelahiran Sangat Membantu Menambah Susu Badan Ibu

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 193 hits
Ramai ibu muda mengalami rasa panik selepas kelahiran bayi mereka apbila susu badan tidak keluar dan malah tiada langsung Situasi ini dialami bukan saja pada ibu yang kali pertama melahirkan malah yang sudah mempunyai 2 3 orang anak juga Ya...
10 Tips Mengepam Susu Ibu Supaya Bertambah Banyak

10 Tips Mengepam Susu Ibu Supaya Bertambah Banyak

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 158 hits
Tips Mengepam Susu Ibu Supaya Bertambah Banyak Alhamdulillah tahun ini rasanya dah matang tempoh penyusuan yang Anim buat untuk Sofia Kira nak complete dah ni syukur Antara yang dilakukan sepanjang tempoh PSI adalah mengepam Hari ini Anim n...
Anak Susah Makan Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

Anak Susah Makan Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 133 hits
Bila anak susah makan mama mulalah risau Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan lagilah pening mama dibuatnya Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad Tap...
Tip Pilih Tukang Urut Untuk Ibu Lepas Bersalin Boleh Ikut Saranan Doktor Ini

Tip Pilih Tukang Urut Untuk Ibu Lepas Bersalin Boleh Ikut Saranan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 295 hits
Urutan dapat menenangkan emosi meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi Maka sebab itulah amat penting untuk memilih tukang urut yang tepat selepas bersalin Waktu berpantang sememangnya saat paling penting kepada ...
Anak Yatim Menjadi Jutawan Sekelip Mata Selepas Kematian Ibu Bapa Yang Dilanggar Pemandu Lori Mabuk

Anak Yatim Menjadi Jutawan Sekelip Mata Selepas Kematian Ibu Bapa Yang Dilanggar Pemandu Lori Mabuk

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 317 hits
hidup dalam kemiskinan setelah kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya Mereka tinggal di rumah usang bersama nenek mereka yang uzur Mereka tidak tahu bahawa ibu bapa mereka telah mengambil insuran hayat dan meninggalkan hibah u...
Susukan Bayi Selepas Bersalin Kolostrum Memang Nampak Sedikit Tapi Cukup Untuk Bayi Baru Lahir

Susukan Bayi Selepas Bersalin Kolostrum Memang Nampak Sedikit Tapi Cukup Untuk Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 165 hits
Selepas bersalin ibu ibu digalakkan untuk menyusukan bayi Susu kolostrum memang nampak sedikit namun cukup untuk memenuhi keperluan bayi baru lahir Ibu ibu memang digalakkan untuk membuat penyusuan eksklusif kepada bayi sekurang kurangnya s...
Buang Angin Dalam Badan Kulit Ibu Jadi Makin Flawless Amal Minum Pati Lemon Ni

Buang Angin Dalam Badan Kulit Ibu Jadi Makin Flawless Amal Minum Pati Lemon Ni

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 178 hits
Menguruskan rumahtangga saban waktu membuatkan tubuh kepenatan malah tidak dapat berehat secukupnya Masalah angin dalam badan turut menjadi punca lenguh dan sakit sakit badan ini Bagi mengatasi masalah ini amalan minum air lemon dengan hali...
Petua Legakan Lenguh Badan Jom Cuba Sendiri

Petua Legakan Lenguh Badan Jom Cuba Sendiri

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 254 hits
Selain dari pengambilan ubat untuk melegakan lenguh ada beberapa petua untuk melegakan rasa tak selesa yang korang alami tu Petuanya pun mudah diikuti dan bahan bahan yang digunakan jugak mudah didapati Bawang merah Ambil 7 ulas bawang mera...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian