Sila Buat Benda Ni Sebelum Check Out Dari Hotel
Hi Korang!
Selamat datang ke blog Sayaiday! So, artikel kali ini Iday nak share tentang satu benda yang Iday baru tahu and sangat berguna untuk semua orang.
Kalau baca tajuk artikel ni "Sila Buat Benda Ni Sebelum Check Out Dari Hotel ". Macam dah macam wajib kan. Tapi, itu ikut korang, kalau korang rasa apa yang Iday kongsikan ni betul, korang boleh ikut. Kalau tak, it's okay. I tak paksa. Gituuuu Hahahaha
Benda ni sebenarnya dikongsikan dekat Facebook dan buat Iday sedar yang selama ni Iday buat something yang tak perlu.
Korang ada tak perangai, bila masuk hotel. Then, bila nak check out, korang kemas katil siap pasang cadar elok-elok, then susun bantal cantik-cantik. Dalam bilik air, sidai tuala yang dah guna elok-elok.
Konon-konon nak tunjuk kita ni appreciate hotel maid, hargai la servis diorang and nak jadi manusia bertamadun. Padahal kita tak sedar yang diorang pon kena cabut semua dan basuh semua tu. Kenapa la tak pernah terfikir.
Nanti ada la pulak orang yang cakap.
"Ala, tak payah la. Tu kerja diorang, biar diorang buat!"
Masalahnya sekarang, kita bukan nak mudahkan kerja dia je taw. Tapi nak elakkan ada "hotel maid yang pemalas" (bukan semua) ambil kesempatan dan tak basuh sarung cadar, sarung bantal dan tuala semua tu. Sebab kalau ikut S.O.P, semua tu harus ditukar.
Bila dah elok kemas macam tu, diorang pon macam fikir. "Ala takpelaa, bukan orang perasan pon" . Macam mana?
Cuba bayangkan the next person yang nak checkin bilik sama? Sekarang bayangkan kalau kita tu the next person dekat hotel mana-mana. Dapat selimut or cadar yang nampak je bersih, tapi hakikatnya tak dibasuh.
So, benda ni kena bagitau semua orang supaya kita sama-sama amalkan. Benefit for everyone la kan? Apa kita buat dekat orang, mana tahu nanti orang buat balik kat kita tanpa kita sedar.
Tak payah nak rajin-rajin nak kemas, siap tegangkan cadar dan susun bantal. Rajin biar bertempat ye.
So, ini yang korang perlu buat sebelum Check Out dari hotel.
1. Tanggalkan semua sarung bantal, selimut @ sarung selimut, cadar tilam dan kumpulkan di atas lantai.
2. Semua jenis tuala boleh letak dekat lantai bilik air atau tepi sinki bilik air. Biarkan dalam keadaan basah untuk kurangkan risiko tuala tu diguna pakai untuk lap gelas cawan minuman.
Kalau takut kena cop pemalas or tukang sepah, boleh tinggalkan nota "Oh, saya saja cabut cadar dan sarung bantal ni, so korang senang nak terus basuh je" Hehehe
Pastikan benda ni jadi habit.
Thanks to Maya Ariffin dari Facebook sebab share benda ni dan dia pon memang dari industry hotel dan dia tahu benda-benda ni. Post dia pon dah dikongsikan lebih dari 10 ribu orang.
Kalau nak tahu, ramai je visitor yang tahu benda ni, termasuklah Iday. Tengok je la komen-komen diorang ni yang kongsi pengalaman sama. Hahahaha
Siap ada duit tip dekat selimut, kantoi tak tukar selimut
"Suami selalu siap kemas siap tarik cadar"
Tegangkan katil sebelum check out, tak suka tinggalkan bilik bersepah?
Banyak je maid yang malas!
Ramai yang tak tahu sebenarnya dan iday nak jelaskan dekat sini, bukan semua maid okay. So, Lepas ni Sila Buat Benda Ni Sebelum Check Out Dari Hotel okay! Hehehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sayaiday.com/2018/11/sila-buat-benda-ni-sebelum-check-out-dari-hotel.html