Sikap Petugas Muda
ANTARA SIKAP PETUGAS MUDA YANG PERLU DIUBAH
Generasi muda yang baru bertapak di alam pekerjaan perlu faham:-
1. Jika majikan suruh buat kerja mudah-mudah di awal tugasan, itu BAGUS dan siapkannya dengan CEMERLANG walau bosan & kelihatan remeh. Kerana itu cara pertama untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan majikan.
2. Jika majikan suruh buat kerja susah dan berat, itu juga BAGUS, itu tanda peluang terbuka untuk buktikan diri mampu galas tugasan hebat. Itu cara dapat keyakinan dan perhatian khas majikan untuk diangkat sebagai orang kanan.
3. Perlu suka dan mencari tugasan, malah lebih banyak tugasan yang diberikan sebenarnya LEBIH BAGUS walau lebih sukar, kerana itu adalah peluang-peluang meraih pengalaman baru yang bukan mudah diperolehi. Kesukaran dalam menyiapkannya bakal mengilap bakat diri dan kemahiran.
4. Jika dimarahi adalah kesilapan, fokus pada kesilapan dan cara pembaikannya bukannya pada bahasa marah si majikan. Jadikan majikan menyesal atas kritikan lebih-lebihnya dengan memberi hasil kerja lebih baik dalam tugasan lain. Itu sangat membantu membina mental kukuh seorang petugas cemerlang.
NAMUN apa yang berlaku…hasil laporan teman-teman korporat dan pengalaman orang lama, mendapati minda dan sikap yang buruk di kalangan pekerja muda lebih ketara, antaranya :-
1. Diberi kerja mudah, lalu rasa diri tak dihargai dan layan kebosanannya, akhirnya, kerja mudah pun tak dilaksana dengan baik. Gagal perolehi kepercayaan majikan & tunggu masa akan ditamatkan.
2. Diberi kerja susah, lalu rasa down dan give up..rasa sengaja dianiaya dengan kerja sukar. tidak hargai peluang..akhirnya gagal.
3. Tidak suka mencari tugasan, lebih suka tunggu arahan baru buat. Malah lebih suka cari alasan untuk elak dari tugasan yang ingin diberi. akhirnya, terlepas peluang gilap bakat diri dan tambah kemahiran diri. dan berterusanlah duduk dalam hidup yang ‘relax & kekal dungu’. akhirnya terus terperuk di situasi itu dalam tempoh lama.
4. Sekali kena marah dalam whatsapp atau secara verbal, terus down habis dan mudah merajuk dan terus nak berhenti kerja serta merta etc. Sikap begini akan terus jadikan petugas terus mundur ke belakang. ‘Hati tisu’ dan ‘minda mudah pecah’ bakal jadikan diri hanya sebagai pengikut yang corot.
Wahai pekerja muda dan pelatih muda…sedarlah dan ubahlah gaya berfikir dan sikap negatif tersebut..
Benar pekerja tua, senior dan otai juga ada masalah pelbagai termasuk masalah yang sama disebut di atas tetapi status ini hanya fokus kepada permasalahan pekerja muda yang baru memulakan tugasan. Masalah otai akan disentuh di waktu lain.
#DrZaharuddinAbdRahman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/sikap-petugas-muda/