Masih Belum Cukup Bukti Kata Tommy Thomas Tentang Kes Teoh Beng Hock


Adam Abu Bakar   


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara masih tidak mempunyai bukti cukup untuk mengkelaskan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock sebagai mati dibunuh, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Thomas dalam surat kepada peguam keluarga Teoh, Ramkarpal Singh berkata, arahan jabatannya kepada polis untuk membuka siasatan bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan merupakan prosedur pentadbiran.

“Keputusan ini perlu dilakukan walaupun terdapat banyak penelitian pihak jabatan berhubung bukti diperoleh dari siasatan. Terbaru pada Mac lalu, berikutan bukti daripada dapatan Mahkamah Rayuan.

“Bukti yang ada pada masa kini tidak mencukupi untuk tuduh kematiannya dibawah Seksyen 304 atau 304A Kanun Keseksaan.

“Pengkelasan ini bagaimanapun tidak menghalang pihak penyiasat untuk mencari kebenaran atau mengenalpasti pihak terbabit dalam kematiannya,” katanya.

Pada 2009, Teoh, pegawai kepada Exco Selangor ketika itu, Ean Yong Hiah Wah, ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam di Shah Alam, beberapa jam selepas beliau disoal siasat SPRM Selangor di pejabat badan anti-rasuah itu di tingkat 14 bangunan sama.

Suruhanjaya Siasatan Diraja menyimpulkan Teoh didorong membunuh diri oleh cara soal siasat agresif pegawai SPRM. Ia turut menyalahkan 3 pegawai, atas sikap agresif mereka yang dikatakan melanggar prosedur.

Thomas dalam surat bertarikh 8 Julai lalu memberi jaminan, sekiranya polis menemui bukti mencukupi, pihaknya tidak teragak-agak mengkelaskan semula pertuduhan bawah atas kesalahan bunuh atau tuduhan lain.

Pengerusi Teoh Beng Hock Trust For Democracy, Ng Geok Chee sebelum ini memaklumkan pengkelasan semula itu bercanggah dengan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 yang memutuskan bahawa seorang atau lebih individu termasuk pegawai SPRM menyebabkan kematian Teoh.

Ng berkata, pihaknya hanya mengetahui keputusan pengkelasan siasatan itu, selepas polis memanggil adik Teoh, Lee Lan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 342.

Dalam surat berlainan, yang dikirimkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Thomas memaklumkan sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

“Mereka setuju untuk bergabung tenaga dan bekerjasama untuk menyelesaikan kes yang sudah lama tertunggak ini dengan kadar segera.

“Harapannya, mereka akan laporkan perkembangan dalam siasatan kepada saya dalam masa terdekat dan kebenaran di sebalik kematian Teoh akan didedahkan,” katanya.

Sementara itu, Ramkarpal berkata, penjelasan Thomas bahawa Jabatan Peguam Negara tidak memiliki bukti cukup untuk menuduh kes berkenaan atas tuduhan membunuh adalah tidak boleh diterima.

“Kami ambil pandangan berbeza dalam isu ini. Kami merasakan, sudah cukup bukti untuk menuduh kes ini bawah kesalahan membunuh. Kami gesa peguam negara meneliti bukti yang diperoleh,” katanya.

Ramkarpal dan beberapa ahli keluarga Teoh akan mengadakan pertemuan dengan Thomas pada minggu ini, bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusannya itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/masih-belum-cukup-bukti-kata-tommy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tahun Kes Beng Hock 5 Misteri Belum Dirungkai

10 Tahun Kes Beng Hock 5 Misteri Belum Dirungkai

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 320 hits
Ng Xiang Yi dan Fion Yap LAPORAN KHAS Sepuluh tahun lalu pada 16 Julai 2009 Teoh Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam Shah Alam yang ketika itu menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala...
Peguam Negara Setuju Temui Keluarga Teoh Beng Hock Keluarga Arwah Adib Macam Mana Pula

Peguam Negara Setuju Temui Keluarga Teoh Beng Hock Keluarga Arwah Adib Macam Mana Pula

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 488 hits
Peguam keluarga Teoh Beng Hock begitu arif dan teliti sekali mengatur strategi bagi menegakkan keadilan Paling penting isu kematian puak DAP ni kembali mendapat perhatian ramai Keluarga si puak DAP ini mengesahkan bahawa mereka telah mengha...
Kes Video Masih Dalam Siasatan Serah Kepada Pasukan Penyiasat

Kes Video Masih Dalam Siasatan Serah Kepada Pasukan Penyiasat

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 417 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Selepas Berpisah Ini Pendapat Mawar Tentang Fizo Ketika Masih Bergelar Suami

Selepas Berpisah Ini Pendapat Mawar Tentang Fizo Ketika Masih Bergelar Suami

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 445 hits
DESAS DESUS keretakan rumah tangga pelakon Fizo Omar dan isterinya Mawar akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat hari ini Selepas berpisah ini pendapat Mawar Tentang Fizo ketika ...
Menko Luhut Kita Tak Tunda Aturan Mobil Listrik Masih Ada Yang Belum Pas Saja

Menko Luhut Kita Tak Tunda Aturan Mobil Listrik Masih Ada Yang Belum Pas Saja

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 236 hits
Luhut menegaskan pemerintah tidak menunda nunda keluarnya aturan tersebut Pemerintah katanya menginginkan agar aturan yang dibuat dan disahkan benar benar berkualitas
40 Tahun Masih Belia Di Johor Sehingga 2021 Kata Exco

40 Tahun Masih Belia Di Johor Sehingga 2021 Kata Exco

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 263 hits
Sheikh Umar Bagharib Ali berkata keputusan dibuat bagi memastikan kerajaan negeri mempunyai tempoh masa persediaan yang mencukupi Foto oleh Roysten RuebenJOHOR BARU 9 Julai Kerajaan negeri Johor mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 t...
Berbeza Dengan Kes Kes Penceraian Lain Luahan Wanita Ini Tentang Isu Fizo Mawar Buat Netizen Sebak

Berbeza Dengan Kes Kes Penceraian Lain Luahan Wanita Ini Tentang Isu Fizo Mawar Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 443 hits
Para peminat dunia hiburan tanah air pastinya tersentak dengan berita perpisahan di antara pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim semalam Rata rata peminat mereka seperti tidak mempercayai dengan apa yang berlaku kerana pasangan ini boleh dikat...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Affordable Cars Dominate Market As Consumers Downtrade Amid Economic Pressures

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Hipodontia Kehilangan Gigi Secara Genetik Yang Tidak Disedari

Psychology Of Brand Names

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Exciting Ios 26 Beta Revelation Surprising New Name Emerges For Apple S Homepad

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia