Sikap Ekstrem Sekumpulan Cina Malapetaka Bahaya


Kenapa mereka takut sangat tulisan Jawi sampai nak ada persidangan?
BANGI – Sekiranya ada pihak yang ekstrem atau fanatik kepada kaumnya sendiri, maka hasrat mewujudkan negara harmoni dan makmur tidak akan kesampaian, kata Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk tindakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang mahu menganjurkan persidangan hujung bulan ini bagi membantah pengenalan Jawi di sekolah vernakular, meskipun kerajaan sudah mengurangkannya kepada tiga muka surat sahaja.

Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan 28 Disember ini, pertubuhan rasis itu turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.

Menyelar tindakan melampau kumpulan itu, Dr Ahmad Fakhruddin berkata, sikap pertubuhan berkenaan adalah satu kemudaratan dan malapetaka yang cukup bahaya dan wajib dihindari oleh semua pihak.

“Tersingkap sudah sikap fanatisme sekelompok masyarakat Cina apabila enggan menerima sukatan pengajian Khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah Vernakular. Silibus hanya beberapa helai muka surat sahaja, bukannya semua dalam tulisan Jawi.

“Apa yang nak ditakutkan sangat dengan belajar menulis seni Khat itu sehingga terpaksa memanggil satu kongres. Apakah dengan belajar seni khat itu, semua murid lupa tulisan bahasa ibunda mereka?

“Atau, apakah kelompok itu memang sengaja mewujudkan suasana ketakutan di kalangan rakyat terutamanya kaum Cina dan India dalam negara ini supaya mereka dapat memenangi peperangan persepsi yang sengaja direka?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu desakan sedemikian berlanjutan, beliau menegaskan bahawa kelompok berkenaan perlu sedar bahawa kekuatan sesebuah negara adalah berakar umbi daripada sistem pendidikan yang dijana oleh sikap toleransi dan ikhlas, membina masyarakat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Pastinya, kekuatan tersebut mesti didukungi oleh semua kaum dalam negara ini. Perlu difahami pengenalan pengajian seni Khat Jawi di sekolah rendah vernakular adalah usaha baik yang mampu merapat serta memperkenalkan asas silang budaya yang cukup bermakna.

“Ia juga merupakan tali penyambung jalinan kemesraan antara kaum apabila anak-anak sekolah rendah berbilang kaum saling belajar dan memahami bahasa dan tulisan masing-masing.

“Andai kata pihak Kementerian Pendidikan pula ingin memasukkan sukatan mempelajari beberapa patah perkataan atau tulisan bahasa Cina atau Tamil di sekolah kebangsaan, ia adalah sesuatu yang baru,” katanya. - www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/12/sikap-ekstrem-sekumpulan-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Hanya Plastik 6 Jenis Sampah Yang Sering Kita Pakai Sehari Hari Ini Juga Bahaya Bagi Bumi

Tak Hanya Plastik 6 Jenis Sampah Yang Sering Kita Pakai Sehari Hari Ini Juga Bahaya Bagi Bumi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 366 hits
Plastik itu cuma 1 dari sekian banyak jenis sampah yang berpotensi mencemari lingkungan kalau buangnya sembarangan
Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati

Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 638 hits
Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati Kita mungkin pernah membawa anak menziarah saudara atau kenalan yang sakit di hospital Ia memang amalan yang dituntut namun membawa anak kecil ke persekitara...
Bahaya Weh Dobi Tengah Malam Netizen Bimbang Keselamatan Untuk Dobi Lewat Malam Lepas Tengok Video Rompakan Ni

Bahaya Weh Dobi Tengah Malam Netizen Bimbang Keselamatan Untuk Dobi Lewat Malam Lepas Tengok Video Rompakan Ni

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 787 hits
Sekarang ni kita boleh nampak banyak kedai dobi 24 jam beroperasi di tempat kita Idea untuk mewujudkan kedai dobi layan diri 24 jam ni memang bagus sebab dapat bagi peluang untuk golongan yang kerja tak menentu masa tu membersihkan pakaian ...
Jangkitan Gbs Ketika Hamil Tak Merbahaya Pada Ibu Tapi Amat Bahaya Pada Bayi 5 Perkara Perlu Tahu

Jangkitan Gbs Ketika Hamil Tak Merbahaya Pada Ibu Tapi Amat Bahaya Pada Bayi 5 Perkara Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 342 hits
Bahaya ke keputihan ketika mengandung ni sampai doktor kata kena buat test untuk GBS Apa benda GBS ni GBS bukannya Geng Bas Sekolah ya Ia adalah nama singkatan untuk sejenis kuman bakteria dipanggil Group B Streptococcus Kebanyakan ibu mu
4 Bahaya Konsumsi Daging Ayam Yang Tidak Matang Waspadai Ciri Cirinya

4 Bahaya Konsumsi Daging Ayam Yang Tidak Matang Waspadai Ciri Cirinya

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 210 hits
Bahaya konsumsi daging ayam yang tidak matang dapat menimbulkan beberapa penyakit Mulai saat ini Anda harus segera waspada jika sering memakan makanan yang belum matang
Bahaya 9461

Bahaya 9461

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 237 hits
In Syaa Allah Allah lindungi dan tolongi kita semua Aamiin Yaa Allah Sangat Sangat Serius Sila hantar mesej ini kepada keluarga dan rakan anda SEKARANG Sesiapa yang telah menerima panggilan daripada Tel 375602605281 Tel 37127913091 Tel 3717...
Bahaya Tampal Wallpaper Pada Peti Sejuk Peralatan Elektrik

Bahaya Tampal Wallpaper Pada Peti Sejuk Peralatan Elektrik

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 1734 hits
Bahaya Tampal Wallpaper Pada Peti Sejuk Peralatan Elektrik Pastinya kita tak terfikir benda ini akan berlaku Ingatkan nak cantikkan perabot di rumah rupanya boleh mendatangkan musibah kepada kita Kalau boleh elakkan menampal wallpaper pada ...
Bahaya Sindrom Hurried Child Paksa Si Kecil Bersolek Pakai Kasut Tumit Tinggi Bergaya Seperti Dewasa

Bahaya Sindrom Hurried Child Paksa Si Kecil Bersolek Pakai Kasut Tumit Tinggi Bergaya Seperti Dewasa

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 909 hits
Jika diperhatikan kebanyakan ibu gemar menggayakan si manja seperti individu dewasa Sama ada dari segi pakaian solekan mahupun perhiasan Keadaan ini dipanggil Sindrom Hurried Child Bahaya tau sebenarnya Fesyen dan bergaya Tidak dinafikan me...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal

Akan Turun Lebih Besar

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Tapi Aku

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan