Bahaya Sindrom Hurried Child Paksa Si Kecil Bersolek Pakai Kasut Tumit Tinggi Bergaya Seperti Dewasa


Jika diperhatikan, kebanyakan ibu gemar menggayakan si manja seperti individu dewasa. Sama ada dari segi pakaian, solekan mahupun perhiasan. Keadaan ini dipanggil Sindrom Hurried-Child. Bahaya tau sebenarnya!

Fesyen dan bergaya
Tidak dinafikan, melihat anak berpakaian seperti individu dewasa akan menonjolkan sisi comel mereka. Malahan, sudah tentu timbul rasa seronok dapat menggayakan si manja mengikut fesyen dewasa.
Niat anda mungkin sekadar untuk berseronok dan suka-suka. Walau bagaimanapun, tabiat ini mempunyai kesan yang tersendiri terhadap pekembangan permata hati anda. Apatah lagi kalau sejak dari bayi lagi sudah dibiasakan dengan fesyen pakaian individu dewasa, ia berkemungkinan akan mengakibatkan mereka menjadi dewasa sebelum waktunya.
Ia merupakan satu ‘penyakit. Penyakit yang semakin berleluasa ini adalah mengenai cara ibu bapa yang terlalu memaksa anak-anak untuk berjaya atau bergaya. Situasi ini sekali gus berisiko untuk mewujudkan tekanan, masalah kemurungan dan juga keinginan untuk membunuh diri.
Apa itu Sindrom Hurried-Child
Sindrom ini dikenal pasti oleh pakar psikologi di Tufts University, David Elkind, pada tahun 1981. Sindrom Hurried-Child ini bukan hanya melibatkan aspek tekanan akademik yang terlalu awal di luar batas kemampuan perkembangan semula jadi si kecil. Tetapi ia juga melibatkan pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak pada masa kini.
Dalam pemahaman yang mudah, sindrom ini adalah keadaan di mana ibu bapa membuat jadual hidup untuk anak-anak mereka, mendorong mereka untuk berkerja keras bagi mencapai kejayaan akademik, dan mengharapkan mereka berkelakuan dan bertindak balas bagaikan individu dewasa.
Anda mungkin menganggap perlakuan anda itu tidak akan mendatangkan impak kepada si manja. Namun hakikatnya, ia boleh mewujudkan trauma kepada kanak-kanak yang dipaksa untuk menjadi matang dengan melakukan aktiviti dan peranan seperti individu dewasa.
Impak dan kesannya
Ia bagaikan trend yang berkembang hampir di seluruh dunia untuk memaksa kanak-kanak berpakaian seperti dewasa. Dan perkara ini menjadi antara isu besar yang mendapat kecaman pelbagai pihak.
Sering kali trend ini dieksploitasikan kepada kanak-kanak perempuan untuk berpakaian seksi, berkasut tumit tinggi dan mengenakan solekan yang ada kalanya keterlaluan. Sudah tentu apa yang dipakai itu adalah tidak bersesuaian dengan usia mereka.
Menurut Pengasas dan Perunding Utama Parent Connect Consultancy, Noor Afidah Abu Bakar, terdapat dua kesan yang berkemungkinan untuk berlaku kepada kanak-kanak akibat sindrom Hurried-Child ini.
Harus berkelakuan seperti dewasa
Apabila mengenakan fesyen dewasa, ia secara tidak langsung menjadikan mereka untuk perlu dan diharapkan untuk berkelakuan seperti dewasa. Perlu diingatkan, kanak-kanak tidak boleh dianggap sebagai ‘mini adults’.
Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka belum mencapai tahap seperti individu dewasa. Masih terlalu banyak perkara yang perlu dipupuk dan dididik dengan sebaiknya. Bukan semata-mata untuk memuaskan hati ibu bapa sahaja.

Pertuturan tidak terjaga
Apabila mengenakan fesyen seperti dewasa, ada kanak-kanak memaksa diri mereka sendiri untuk bertutur seperti dewasa. Adakalanya ia melibatkan perkataan-perkataan yang tidak manis untuk disebut, mendengar lagu dan menonton rancangan televisyen yang tidak sesuai dengan usia mereka. Kecenderungan untuk meniru ini wujud untuk mereka menyesuaikan diri dengan imej yang ‘dikenakan’ kepada mereka.
Sindrom Hurried-Child ini akan membuatkan anak-anak anda terlepas keseronokan membesar sebagai kanak-kanak. Lebih malang lagi, masa yang sudah berlalu tidak mungkin akan dapat diulang kembali.
Sindrom ini bukan sekadar melibatkan kanak-kanak untuk mengenakan pakaian seperti dewasa, berpakaian seksi, bertumit tinggi dan bersolek. Tetapi ia juga termasuk kanak-kanak yang ‘dipakaikan’ fesyen menutup aurat sebelum tiba usianya. Ia dilakukan hanya kerana inginkan mereka untuk tampak comel di mata khalayak.
Jadi berikan si comel anda ruang dan peluang untuk menikmati zaman gembira dan membesar sebagai kanak-kanak dengan sebaiknya. Jangan jadikan anak mangsa kegilaan fesyen anda, okay?
Sumber: Hello Doktor
The post Bahaya Sindrom Hurried-Child: Paksa Si Kecil Bersolek, Pakai Kasut Tumit Tinggi & Bergaya Seperti Dewasa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-sindrom-hurried-child-paksa-si-kecil-bersolek-pakai-kasut-tumit-tinggi-bergaya-seperti-dewasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Sri Mulyani Beberkan Seberapa Bahaya Dampak Pemakzulan Trump Bagi Ekonomi

Menteri Sri Mulyani Beberkan Seberapa Bahaya Dampak Pemakzulan Trump Bagi Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 231 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani menyebutkan Indonesia harus mewaspadai dampak dari rencana pemakzulan Presiden Amerika Serikat Donald Trump Sebab kondisi ini akan mempengaruhi kondisi ekonomi global Apa yang terjadi pada AS dampaknya akan melu...
Banjir Kota Tinggi Metmalaysia Keluar Amaran Cuaca Bahaya Merah Johor Sehingga Esok

Banjir Kota Tinggi Metmalaysia Keluar Amaran Cuaca Bahaya Merah Johor Sehingga Esok

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 609 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca bahaya yang melibatkan negeri Johor manakala negeri Pahang serta beberapa kawasan di negeri Johor pula cuaca buruk bakal diramalkan berlaku Menurut kenyataan yang dikeluarkan kawa...
Air Selusuh Paksa Sakit Kontraksi Sebelum Waktunya Bahaya Untuk Ibu Bayi

Air Selusuh Paksa Sakit Kontraksi Sebelum Waktunya Bahaya Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 609 hits
Air selusuh diminum selepas tanda tanda awal bersalin itu berlaku keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula Bukan sahaja boleh diminum ada yang boleh disapu pada perut bersertakan bacaan bacaan t...
Benarkah Nata De Coco Berbahan Seperti Plastik Dan Bahaya Bagi Tubuh

Benarkah Nata De Coco Berbahan Seperti Plastik Dan Bahaya Bagi Tubuh

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 381 hits
Dalam pernyataannya BPOM menulis bahwa nata de coco merupakan pangan yang dibuat dari bahan baku air kelapa Dalam kategori pangan produk ini masuk ke dalam kelompok bahan baku berbasis buah
Bahaya Kalau Bacaan Kuning Bayi Tinggi Boleh Menyebabkan Kecacatan Otak Kematian

Bahaya Kalau Bacaan Kuning Bayi Tinggi Boleh Menyebabkan Kecacatan Otak Kematian

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 458 hits
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian Kuning memang selalu terjadi dikalangan bayi yang baru lahir Kenapa darah bayi perlu diambil lagi selepas 2 minggu jika kuning tidak turun Mungkin ramai ibu bapa yang mengeluh...
Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 400 hits
Dalam membesarkan anak anak setiap orang ada cara dan pendekatan yang tersendiri untuk mengajar dan mendidik Paling penting jangan sampai anak anak rasa tertekan dan jadi tak seronok tiap kali mama papa nak ajar mereka Keadaan yang tertekan...
Perut Besar Senak Tak Pakai Belt Dalam Kereta Bahaya Untuk Ibu Kandungan

Perut Besar Senak Tak Pakai Belt Dalam Kereta Bahaya Untuk Ibu Kandungan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 807 hits
Jangan ambil mudah soal keselamatan Biarpun anda sedang hamil dan perut sudah besar jangan jadikan ia alasan untuk tidak memakai tali keledar keselamatan Perut dah besar pakai belt jadi senak Tak naklah pakai Tidak kiralah sebesar mana pun ...
Tak Hanya Plastik 6 Jenis Sampah Yang Sering Kita Pakai Sehari Hari Ini Juga Bahaya Bagi Bumi

Tak Hanya Plastik 6 Jenis Sampah Yang Sering Kita Pakai Sehari Hari Ini Juga Bahaya Bagi Bumi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 343 hits
Plastik itu cuma 1 dari sekian banyak jenis sampah yang berpotensi mencemari lingkungan kalau buangnya sembarangan
Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati

Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 609 hits
Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati Kita mungkin pernah membawa anak menziarah saudara atau kenalan yang sakit di hospital Ia memang amalan yang dituntut namun membawa anak kecil ke persekitara...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Rumah Terbuka Mini

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat

Ayam Goreng Berebut Makan Goreng Macam Ni Ikut Cara Mak Mak

Ini Ker Namanya Menteri Dap Hipokrik